Bukti Kejatuhan Panggung Rex di Alor Setar

Saturday, March 27, 2010 · Posted in

Ini tiket wayang tahun 1997. Cerita Batman and Robin. Budak-budak zaman GSC, TGV sekarang ni jangan harap nak masuk panggung wayang ada kipas kilang dan tikus melintas bawah kaki sambil makan Super Ring dan buang kulit kuaci depan kerusi.

Dulu tengok wayang RM4 saja. Itu pun dah kira mahal. Ada duit lebih sikit boleh masuk Kelas Khas. Tapi, manusia yang selalu duduk atas ni puak-puak nak beromen saja. Sebab gelap macam dalam gua.

Siapa nak tiket ni, aku jual RM2,000. Tak ada tolak ansur.

Panggung Rex Alor Setar, Jalan Putra, 2009. Tauke panggung sudah bungkus dan sekarang jadi tempat jin bertandang. Kalau biar lama sikit, mungkin boleh lawan kota A Famosa di Melaka sana. - kredit Pak Omaq

6 Responses to “Bukti Kejatuhan Panggung Rex di Alor Setar”

prettyrain said...

pernah layan wayang kt sini. tp tk dpt dh tiket mcm gmbar tu.
sesekali layan wayang dlm panggung cmni, layan gk. rasa mcm tmpah dewan tu sorg2.

Anonymous said...

"jual RM2,000.Tak ada tolak ansur."

kelakarnya...siap nak ckp tak ada tolak ansur pulak:p

Danielle_Corleone said...

Panggung REX dekat umah gua dah roboh buat jadi rumah kedai. Panggung Capitol depan Mahkamah Syariah tu dah jadi Pusat Snooker.

Hambali ® said...

Ah nostalgia.

Mo ada gambaq Hankyu jaya boh la no.

Gila ah dulu-dulu mai dari Kangaq naik bas p Loq Staq semata-mata nak beli tshirt masa nak raya kat Hankyu Jaya.

Tambang seringgit lebih saja masa tu.

profnik said...

kelabu.. nko pg ang kok mall. kat sana ada org jual duit lama, pasu lama, setem lama, meja lama, radio lama, dan lain2 yg lama. nko try la jual tiket nko ni. untung2 boleh jual ribu2 ke juta2 ke. leh belanje aku

zhfr said...
This comment has been removed by the author.
Powered by Blogger.