Sudah Tiada Hero Di Hati Kita

Monday, March 01, 2010 · Posted in

1. Setiap kali apabila berlaku kejadian jenayah di depan mata, brader yang dah kahwin akan cakap, aku ada anak bini nak tanggung. Susah! Brader bujang pula cakap, aku tak kahwin lagi. Amal ibadat pula tak banyak.

2. Kadang-kadang pernah juga kita dengar ayat ni, kalau ada orang first belasah mamat tu, aku follow!! Sudahnya, masing-masing tak buat apa sebab tunggu orang first tak keluar-keluar.

3. Kenyataan-kenyataan berantai beginilah punca adik Syafia Humaira ditendang macam bola.

4. Banyak lagi cerita jenayah lain seperti kes ragut, rompak, cabul dan pukul perempuan depan orang ramai. Persamaannya, semua tengok saja sambil berdoa hero akan datang sebelum sama-sama membantu.

5. Kita patut mengaku bahawa kita masing-masing sebenarnya takut mati. Perasaan tak berbaloi mati kerana menyelamatkan orang yang tidak dikenali sangat menebal.

6. Semakin moden kita, semakin takut kita kepada kematian.

7. Tidak malukah kita mengaku hero hanya kerana kita punya kumpulan yang besar dan kuat, tetapi bacul mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan nyawa orang lain demi kebenaran ketika bersendirian.

8. Seorang brader mati ditikam kerana cuba selamatkan seorang mangsa ragut, lapor akhbar beberapa tahun dulu.

9. Kematian brader tu buat aku tertanya, apakah berbaloi mati menyelamatkan orang yang tidak dikenali?

10. Soalan berikutnya ialah, apakah aku berani menjadi hero sehingga sanggup menggadaikan nyawa?

11. Jawapan aku, semakin moden kita, semakin takut kita kepada kematian.

8 Responses to “Sudah Tiada Hero Di Hati Kita”

i'msosupernotcool said...

yup..
kita semakin human

ayobkelubi said...

tamadun brader.tamadun yang makin jahanam!.

Hambali ® said...

Dunia dah lama dah usianya. Selain bencana (alam dan buatan manusia), jenayah pun menjadi-jadi. Tanda² nak kiamat dah ....

rinz raime said...

setuju.. kerana kita merasakan semakin penting utk melakukan perkara2 yg hanya berbaloi shj..

sUe said...

ttg soalan awk,sanggupkah menjadi hero sehingga menggadaikan nyawa?

saya rasa, kalau berdepan dgn situasi mencemaskan, mcm tgk org lemas, atau tgk budak kena dera, atau tgk perempuan kena rogol, etc..niat nak jadi hero/in tu tak terlintas lgsg sbnarnya.

sudden impulse akan bgtau yg org itu perlu diselamatkan,walau kita pun sbnrnya tak lah berani mana.itulah yg dikatakan fitrah manusia - mahu keamanan dan menentang keganasan.

persoalannya adalah - fitrah itu skrg dah makin terhakis dalam diri kita. sampai satu tahap, kita akan fikir "asal tak jadi kat aku sudah...". kesian kan?

thoyol said...

dulu aku pernah selamba terjun dalam kolam renang utk menyelamatkan kawan aku yang terkapai-kapai lemas. 3 kali pula tue..

sekarang, nak horn kereta potong lane pun pikir banyak kali..

ke mana hilangnya hero dalam diri..

haih..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

aku selalu ingin jadi hero tapi muka tak hensam

kemat said...

ya... kita semakin takut pada kematian... aku sendiri, takut jika diajak berperang...malu pada generasi lalu yang berani berjuang bebaskan tanah air dari penjajah...

Powered by Blogger.