Kaitan Retorik Universiti dan Cinta

Tuesday, March 16, 2010 · Posted in

1. Adik-adik. Masuk universiti dan tamat pengajian bukanlah jaminan menjadi kaya atau mendapat pekerjaan hebat seperti dibayangkan. Itu cuma retorik pendidikan.

2. Tapi, itu tidak bermakna kau perlu campak keinginan kau untuk menjadi pelajar universiti.

3. Aku cuma mahu kau tanya kepada diri sendiri, kenapa kau masuk universiti?

4. Dan apabila kau bergelar graduan dan bergaji kecil berbanding kawan kau yang cuma lepasan menengah tapi bergaji kencang, apakah kau menyesal kerana menjadi pelajar universiti?

5. Dan apabila kawan kau itu, yang cuma lepasan menengah tapi bergaji kencang, mendabik dada kerana mampu hidup mewah dan tidak seperti kau yang bergelar graduan tapi berstatus buruh kasar, apakah kau berasa sakit hati dan cemburu dan menyesal kerana menjadi pelajar universiti?

6. Adik-adik, menjadi pelajar universiti dan menjadi kaya adalah dua dunia yang amat berbeza.

7. Ia sama seperti bercinta dan selepas itu berkahwin. Apakah kerana kau tak dapat berkahwin, maka kau menyesal bercinta? Ya, bercinta dan berkahwin adalah dua dunia yang amat berbeza.

8. Aku cuma mahu kau tanya kepada diri sendiri, kenapa kau masuk universiti?

9. Hmm, boleh tahan juga entri gaya Cik Sri Si Antan ni.

10. Selamat beruniversiti dan berpengajian tinggi.

8 Responses to “Kaitan Retorik Universiti dan Cinta”

Anonymous said...

hmmm...cinta...kawen...
ko mau kawen kah??? :D :D

ayobkelubi said...

pokok pangkal ada kemahuan untuk maju kan diri bang.

itu yg paling penting

Amyz! said...

propaganda..
kalau masuk U, orang lebih respect.. hiii..

tulip said...

hahah..tgh relate kn btwen story msuk u dgn story cinta-kwen.klmbu ni ttb je cter sl cnta n kwen.mau kwen kah? -ulg soklan di ats:p

nape masuk u?d rite way to achieve our ambition.btolkn.kt u kamu amik medic.so nti kamu jd dktor.kt u kamu amik pndidikn,abes blaja nti kamu jd ckgu.klmbu bckp ttg sstgh org yg yg gagal even msuk u.tp brp rmai yg bjya jd ape yg diorang impikn pas abeh blaja kt u.lg rmai yg bjya dr yg gagal.sue me! -eheh.seyes lak ttb-

Dato Why said...

Ala masuk U nk cari awek/pakwe ah...abis blajaq U skurang2 nya ada la awek/pakwe..wlpn xdpt sijil..janji dapat awek..pastu leh kawen...

Zakiah Hasan said...

msuk u,at least ade confiden lebey. Usaha tu yg penting, rezeki selepas tu Allah punye keje. klu org tak msuk leh dpt gaji kencang, itu rezeki dier. org masuk u dpt gaji ciput tu pun rezeki dier. tp tu semua kerja Allah, sbb maybe Allah nak uji setiap mnusia tuh. mane tau yg dpt gaji kencang tuh, tuptup kene saman berjuta2 sbb takde otak nak pk strategi baik jage duet.and yg gaji ciput ada otak lebey sket utk pk strategi tmbh duet.last2 sape yg bahagia? hekhek...phm2 sendirila,penat da taip

Zakiah Hasan said...

** komen atas tuh,ada ralat. Orang tak masuk 'u'. Ada tertinggal perkataan 'u' tu. hekhek

Anonymous said...

yang penting usaha bro..kat dunia ni takde sapa yang pandai ngan bodo..yang membezakan pandai ngan bodo dia tu ape yang dia buat je..yang paling penting 1) usaha 2) usaha 3) usaha 4) usaha 5) usaha
aku masuk "u" 6 tahun bro.. belum tentu ape yang aku rasa ni org lain mampu nak tanggung utk sampai mcm sekarang.. tujuan masuk u ni selain nak dapat cert, secara x langsung dia ajar mental ko..walau cemane pun..ko kene usaha utk berjaya..beza ngan org yang tak masuk langsung lain dia punye pemikiran..tapi x semua.. aku ade kenal sorang abang ni belaja sampai darjah 6 je bro.. tapi skang ade kilang bateri golf cart..satu malaysia dia sapu.. bayangkan.. so pendek kata 1) usaha 2) usaha 3) usaha 4) usaha 5) usaha

so renung2kan dan selamat beramal ;)

Powered by Blogger.