Belalang Masak Kunyit

Tuesday, March 09, 2010 · Posted in

Satu petang. Tak ada siapa di rumah. Cerita tivi pun tak best. Nak main internet, TMnet tak ada lagi masa tu. Nak ajak Muthu main basikal, baru tadi aku dengar dia kena sebat dengan auntie Rubi. Bukan sebab dia minum arak, tapi aku syak dia tak lulus BM. Nak ajak Jonid, rumah jauh. Lagipun time ni Jonid kena hafal kali-kali.

Selepas puas berfikir. Jadi hari ini, aku buat keputusan nak jadi tukang masak. Hmm.. nak masak apa haa? Aku teringat Suria Perkasa Hitam. Aku teringat belalang.

Aku ke dapur, capai pisau dan bergegas ke belakang rumah. Aku cari belalang bersaiz matang dan masukkan dalam plastik jernih. Kawan, tak adalah susah sangat menangkap belalang. Lebih susah lagi menangkap hati seorang perempuan.

Cukup 10 ekor, aku balik semula ke dapur. Cari papan siang. Selepas baca Bismillah, aku sembelih kepala belalang satu persatu dan mereka mati seekor demi seekor. Aku sudukan kunyit dan gaulkan bersama garam. Sambil menggaul, tidak lupa minyak di dalam kuali dipanaskan.

Untuk menguji tahap kepanasan, aku percik sedikit air basuhan yang masih melekat di tapak tangan. Jika bunyi berdenting lain macam, itu tandanya minyak sudah panas.

Aku campak 10 ekor belalang sekaligus. Terus meletup-letup tubuh belalang berkunyit digigit minyak panas. Selepas lima minit menggoreng, hidangan diangkat dan ditoskan di atas Utusan Melayu. Ada gambar Che Det senyum sebelah Proton Saga. Dua tiga kali aku tengok hidangan belalang istimewa tu sambil garu-garu kepala.

Tiba-tiba Jenab melintas. Rezeki kaulah Jenab oii...

8 Responses to “Belalang Masak Kunyit”

therosputih said...

nape garu2 pale...?

Amyz! said...

haha. rezeki si kucing jadinya. :-)

Qiez AR said...

lebih baek lah anda mkn telur ayam. gred C pnya baru 25sen sbijik. biar la haiwan2 exotic mcm nie bebas hidup dlm dunia nie. byk sumber alam lain utk di buat makan ye.

rinz raime said...

owh kawan.. hati pompuan bukan nya susah mana nak tangkap.. nak cari yg tak perlu tangkap tu yang payah..

i'msosupernotcool said...

gile ah belalang..
haha..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

pulangkan balik belalang tempur aku

Danielle_Corleone said...

Jonid. mcm biasa dgr je bukan Nord Jonid? ha ha ha.

profnik said...

kelambu.. nko nak cover2 ye. cakap je la nko sapu abis belalang mask kunyit tu. jual nama jenab lak. hahaha

Powered by Blogger.