Kaitan Kerjaya dan Tabiat Peribadi

Thursday, April 15, 2010 · Posted in

Satu malam, aku jumpa kawan lama, Syam. Merangkap budak serumah masa aku belajar di Johor dulu. Dia datang bawa bini. Pengantin baru katakan.

Dengan budak Syam inilah aku buat rekod peribadi naik motor dari Johor ke Utara sampai aku mabuk highway. Dia juga satu-satunya kawan aku yang minat gila Hindustan sampai sanggup pause cerita Shah Rukh Khan, dengar dan tulis lirik lagu. Jadi, tak hairan aku boleh hafal lagu Kuch Kuch Hota Hai.

Lama aku tak jumpa Syam, paling akhir 2001, hampir 10 tahun. Aku tercampak di tengah Semenanjung, dia ke selatan. Habis belajar dan sudah bekerja baru berjumpa.

Kami lepak makan ABC malam-malam. Syam tanya, kerja apa? Aku cakap, sub-editor cabuk.

"Aku dah agak dah. Hang dulu memang taip komputer laju!" kata Syam.

6 Responses to “Kaitan Kerjaya dan Tabiat Peribadi”

ms.zyedz said...

Kalau jalan laju?
PA agaknya..

rinz raime said...

kuang3.. aku teringat cita hang pasal konvoi selatan ke utara.. sambung balik, kuang3 dan tabik spring..

ainunL muaiyanah said...

haha..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

kalau hensam

sUe said...

hehe!logik jugak apa yg dia ckp tuh. :P

prof nik said...

taip komputer laju2.. sambil kaki dua2 atas kerusi. bahu membongkok n dekatkan muka dekat monitot dan betulkan spec mata dgn jari telunjuk. hahaha. itulah kelambu yg berciter2 mmenjadi bangsawan

Powered by Blogger.