Sedikit Sebanyak Tentang Benci

Monday, April 12, 2010 · Posted in

1. Kes studi kita hari ini ialah mengenai penubuhan grup Kami Benci Datuk Seri Abang Kassim dalam Facebook.

2. Tak payahlah saudara saudari cari grup Kami Benci Datuk Seri Abang Kassim di Facebook. Sumpah tak ada. Itu cuma contoh kes studi kita hari ini. Nama Datuk Seri Abang Kassim boleh saja digantikan dengan nama ahli politik dan artis yang anda benci.

3. Kepada sesiapa yang ajak aku join grup-grup di atas, minta maaflah. Tapi kalau grup pencinta armadillo atau kami-suka-nasi-lemak-makcik-simpang-depan-rumah, mungkin aku akan pertimbangkan.

4. Sampai sekarang aku masih mencari signifikan penubuhan grup-grup tersebut kepada aku. Apakah kalau aku menyertai grup membenci Datuk Seri Abang Kassim (contoh), maka Datuk Seri Abang Kassim akan muntah darah atau ditimpa celaka tujuh keturunan adanya?

5. Tapi kalau Datuk Seri Abang Kassim benar-benar ditimpa celaka dan berasa diri dizalimi lalu menyumpah ahli grup Kami Benci Datuk Seri Abang Kassim, apakah mereka juga akan ditimpa celaka tujuh keturunan adanya?

6. Memang dalam hidup kita wujud orang-orang yang kita benci dan meluat. Tapi apakah dengan meluahkan rasa benci dan meluat itu membuatkan hati kita lega?

7. Apakah kebencian kita itu, turut menjadi kebencian orang lain. Apakah kebencian orang lain, juga adalah kebencian kita? Justeru, benci ini relatif sifatnya.

8. Salah satu tanda anda mencintai seseorang itu ialah apabila anda membenci dia. Siapa entah bagi falsafah ni.

9. Cara untuk mengelak hidup dibelenggu benci ialah dengan menjauhkan diri daripada orang atau perkara yang anda benci. Tapi, kalau orang yang dibenci itu sudah pergi jauh, dan anda sendiri masih tidak tenang, itu tandanya anda sudah jatuh hati. Atau benci tapi sayang. Kot.

10. Internet macam siput, benci aku!!

6 Responses to “Sedikit Sebanyak Tentang Benci”

oh N.U.R.N.I said...

saya agree

'ainrahimin said...

saya pun benci cik tenet yang slow...

kita hidup jangan nak berlagak sangat sampai nak hebohkan kat sume org kita benci seseorang itu...kita sama2 manusia...

Amy Z! said...

tak baik benci-benci. kan?

Anonymous said...

hahaha.poin no.10 tu mmg terbaek la bro:p

tulip said...

kekdg join grup2 cmni sb nk tau ape cter jer..da join grup,bru leh phm ape kesah sbnr.pstu bl da tau delete la blk.hehehe..2 sy la:p

"jgnla kamu mncintai sesorg itu blebihan takut 1 hari nti kamu mbencinya,n jgnla kamu mbenci sesorg itu blebihn takut 1 hari nnti kamu akan mcintainya.." -myb flsafah no8 en.klmbu tu relate ngn hadis nabi S.A.W ni kn =)

-There is only one happiness in life,to love and be loved- (~,^)v

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ko benci kat bekas awek aku ye.. bila aku nak kenalkan ko tak mau

Powered by Blogger.