Tentang Persepsi

Wednesday, September 22, 2010 · Posted in

"Janganlah asyik senyum-nak-kawin-anak-raja bila tengok lisa tau. Ngeee.."

Ada beberapa kawan aku tanya, apa maksud logo 1Malaysia dalam entri lepas? Apakah aku menyokong gagasan Najib? Apakah aku memerli logo 1Malaysia yang dikecohkan dengan kompeni APCO? Apakah aku ini ejen Kerajaan atau Amerika?

Sebenarnya, aku letak logo 1Malaysia sebab aku rasa entri aku perlu ada gambar supaya nampak menarik sikit. Lagipun, berdasarkan pemerhatian aku, meletak gambar dalam entri blog ni sama seperti iklan juga. Ini kerana bagi pengguna blogspot yang gunakan fungsi 'gadget' untuk senarai blog-blog kegemaran mereka, pembaca akan lebih mudah tertarik untuk klik masuk blog yang ada gambar.

Aku ambil contoh habit aku sendiri. Kalau ada mana-mana blogger update entri, aku akan cenderung klik masuk ke blog yang ada update bergambar. Tambah-tambah kalau gambar tu nampak macam menarik.

Situasi ini sama seperti lelaki tengok perempuan. Apabila ada awek lalu, apakah objek yang akan lelaki itu tengok? Aku malas bagi jawapan. Boleh buat kaji selidik sendiri dengan tengok mata rakan-rakan korang bila ada awek melintas.

Tabiat tengok apa yang orang lain sedang tengok ni aku belajar dari Syem, seorang salesman Proton. Sebabnya, setiap kali aku tengok awek lalu lalang, banyak kali juga dia tiba-tiba sampuk aku dan cakap, "Woi, kau tengok apa?" sambil gelak-gelak. Pernah juga beberapa kali dia kuis bahu aku suruh tengok apa yang kawan-kawan lain sedang tengok.

Perangai tak semenggah Syem itu perlahan-lahan mengubah habit aku daripada seorang pemerhati menjadi seorang yang memerhati pemerhati. Bagi aku, memerhati ekspresi orang ketika sedang melihat sesuatu momen adalah fill yang menyeronokkan. Kau pernah tengok tak senyum-nak-kawin-anak-raja kat muka-muka peminat obses Lisa Surihani semasa tengok dia berlakon drama TV?

Berbalik kepada logo 1Malaysia. Gambar entri lepas tu sebenarnya tak bermaksud apa-apa pun. Cuma untuk tarik perhatian pembaca blog yang senaraikan blog aku dalam blog list diorang. Tapi satu benda yang aku belajar daripada respons tersebut ialah tentang persepsi. Betapa kita mengaku semakin moden dan terbuka, sebenarnya kita masih gagal melarikan diri daripada persepsi. Walhal, what I am saying that is what I mean.


A man should look for what is, and not for what he thinks should be.
- Albert Einstein

7 Responses to “Tentang Persepsi”

Mohd Azraie Md Yusof said...

aku sokong 1 malaysia. lantak lah! lalalala...

prof nik said...

mane citer pasal lisa senyum hah? penat aku baca artikel nko ni kelambu. hahaha.

Amy Z! said...

suka tgk awek seksi nampak cleavage ye?

nasr said...

aku suka habit syem. aku pun pun ada wat gak. hahahaa..

Kap said...

lelaki suka tengok sesuatu yang menonjol...
...dan terjojol :)

Lanzo said...

aie;
pergh.. sejak2 jadi cikgu ni lain macam..

nik;
apa barang cerita lisa senyum..

amyz;
seksi subjektif. ada kawan aku suka tengok awek pakai purdah. penuh misteri katanya.

nasr;
tapi macam kau je selalu kantoi.. hahaha..

kap;
benda jojol ni kena hati2.. bonggol jalan misalnya..

aie said...

hahaha.. ;p

Powered by Blogger.