Dalam perjalanan pulang ke rumah, entah apa yang tidak kena, perut aku meragam lain macam. Isi perut aku terasa seakan dipintal taufan. Spontan, otak aku bukakan peta mencari stesen minyak dan masjid terdekat, iaitu lokasi tandas awam paling dicari di Malaysia.
Apabila bercerita tentang perut meragam atau apa saja yang ada kena mengena dengan buah pinggang atau usus besar, aku sebenarnya sudah lama bertaklid dengan pepatah ini, "Masalah rumah tangga, hubungan cinta boleh aku tolak ansur, tetapi tidak untuk sakit perut." (ceh, tak rhyme langsung).
Ini mungkin kesan trauma aku masa kecil dulu. Masa tu, dalam usia 5 tahun, aku pernah cuba nak kencing, tapi tak boleh gara-gara berjam-jam lama aku menahan kencing dalam kereta.
Sampai satu tahap abah terpaksa belikan ais batu kasi tuam atas burung dan pinggang aku. Aku tak tahu sama ada itu kaedah betul di segi ilmu medik. Tapi, kalau aku di tempat abah, itu sajalah ikhtiar paling logik yang aku akan buat sebelum fikirkan tentang hospital. Dan teknik itu berjaya.
Sejak itu, satu perkara aku belajar, 'tiada tolak ansur untuk sakit perut atau kencing'. Dan sepanjang zaman persekolahan, aku bertuah kerana termasuk dalam kelompok yang gagal terkencing atau terburai isi perut dalam kelas.
Jadi aku sangat faham situasi orang lain ketika sedang azab menahan sakit perut. Kalau ada mana-mana kawan aku sakit perut semasa sedang memandu, selepas makan atau tengah sedap bersembang, aku biasanya akan cepat carikan lokasi tandas terdekat. Kalau di kedai makan, aku akan tunjuk dan suruh diorang pergi ke tandas tanpa ragu lagi. Kalau tak ada aku sanggup serahkan kunci kereta aku. Kau cari mana-mana tandas, sudah settle kau datang balik. Serius, aku tak ada masa nak berlawak dan melengah-lengahkan masa dalam isu ini. Bagi aku, ini masalah berat. Lagi berat daripada isu Menara Warisan.
Bersambung kepada insiden aku sakit perut. Ya, aku akhirnya singgah di sebuah stesen Petronas. Tapi tandas lelaki penuh. Puas aku ketuk tapi cuma kedengaran deruan air pili. Dan aku faham sangat bahasa isyarat paling mudah tu.
Aku gesit ke tandas sebelah, perempuan. Baru saja aku melondehkan apa yang patut, pintu tandas diketuk. Sama seperti tandas sebelah tadi, aku biarkan deruan air pili yang menjawab. 2 minit. 4 minit. 6 minit. 8 minit. 10 minit. Selesai.
Sambil menarik nafas steady, aku buka pintu tandas dengan penuh ketenangan. Ada tiga wanita bertaraf kakak sedang beratur, menunggu giliran.
"Hek eleh, dah macam tak ada tandas lain nak masuk!"
Sepantas kilat pelempang aku hinggap ke pipi. Brader-brader Bangla datang cuba kawal keadaan.
22 Responses to “Tragedi Stesen Petronas”
Salam,
Kau lempang pipi kakak kakak tu ke? Kejam betul...
alasan utk pelempangan yang sangat kukuh...
bende ni mmg jgn dibuat gurau. pipi siape ko lempang?? pipiyapong ke?
uik? sape lempang sape?
stuju bab jgn tahan yayak tu.
huhu
majik majik ni. kelambu dah bertukar menjadi raksaksa gorgom. bio btl nko ni. kat u dulu punye la baik depan pompuan. hahahaa
pasal sakit perut ni. teringat kat aie...
TETIBA AKU KAGUM DENGAN TAHAP KELELAKIAN KO
wow ...
erk! siapa yg dilempang dan siapa yg melempang? huhu! serius! nak kena tanya face to face ni.....
*kes ni berat seperti beratnya sakit menahan sakit..haha!
mail;
percaya tak? heheh!
ros;
bab-bab sakit perut semua orang boleh emo.
anony;
apa jadah nak lempang pipiyapong. bukan berak kat rumah dia. kahkah!
nida;
hahaha!
prof nik;
teringat aie, teringat rambut gondrong kau. kahkahkah!
brutal;
bukan apa bro. apa dia ingat lelaki masuk tandas perempuan suka-suka ke? aku berapa kali hadap kes perempuan masuk tandas laki sebab emergency call. rileks saja. siap lady first lagi! come on lah..
juliet;
woowwww!!
anony;
melempang atau dilempang bukan isu besar pun. tapi sebab apa kena keluar ayat seranah macam tu. tau la rambut aku tak sikat dan baju tak tuck in.
kelambu:
owh ini kes kalau mr. kelambu kuar dr toilet tu ala-ala macho gagah (mcm pemain germany..ahaks!) kompem cair kan..ayat seranah jadi bunga2 gitu..haha!
ko lempang pipi ko or pipi bangla tuh?? ade keraguan d situ..hahahh
padan muka kena pelempang
http://therosputih.blogspot.com/2010/10/hamek-kau.html
hahaha!
terbaeeekkkk!=p
kesimpulannya : emergency call menyebabkan sesetengah orang TERemosional... terlepas cakap(?), terlempang(?). =D
Tindakan refleks yang sungguh mengkagumkan. Harus diingatkan diri sendiri (diri aku sendiri) jgn sound orang keluar tandas..Huhuhuu..
Hek eleh, aku pun pernah masuk tandas lelaki kat petrol pump lah. Apa nak kecoh. (aku tak paham kenapa org petrol pump selalu kunci tandas perempuan)
nko berak lupe flush kot. sebab tu dia maki seranah kt nko kelambu. hahaaha.x pun penat dia tunggu nko kuar, dia ingat jejaka kacak yg akan keluar, tapi............... sbb tu dia marah, hahahaa
pasal aie.... itu rambut prof la ngok..
anony;
hahaha.
shazlea;
mana-mana pun boleh. percaya tak? ;)
rosputih;
ahahah.
hasyimah;
biasa saja benda-benda macam ni. :P
zuril;
adoi.. semua percaya ke aku lempang akak tu? huahahah..
mushroom;
kau jugak yang memahami. lelaki tak kisah pun. ada siap bawa anak berderet lagi masuk toilet. tandas pompuan selalu kunci sebab selalu tersumbat. aku syak najis pompuan besar-besar.. hahaha..
niki;
hahaha. takda maknanya. muka dia memang tak puas hati gila. macam nak makan orang. rileks sudah..
see...mr. kelambu tak lempang perempuan punya...haha!
cess! najis pompuan besar2?hhaha
ala..da agk kelambu xkn brani pukul pompuan.hak2! aku lak sgt geli nk msuk toilet laki.bau hancing die ya Allah...
anony;
apa barang lempang perempuan.. pleaseee..
semarak;
bau hancing sebab pam rosak tu. hehe.. (in denial)
barang tak barang la kalau satu hari nanti masa akan datang ko terlempang mcm mana?
nota: emotional is unpredictable. haha!
Post a Comment