Fiksi pilihan raya II

Saturday, May 07, 2011 · Posted in

Parti manakah akan disertai Wolverine?
Aku tak faham kenapa orang Gebeng ni duk bantah kilang nadir bumi. Bagi aku, projek ini bagus untuk melahirkan ramai mutan. Selepas projek ini siap nanti lihatlah berapa ramai Profesor X dan Wolverine akan muncul dengan abiliti luar biasa.

Apabila mutan-mutan sudah membentuk satu komuniti besar, korang boleh tubuhkan parti yang dinamakan Pertubuhan Kebangsaan Mutan Bersatu (UMUNO). Inilah masanya korang menegakkan Ketuanan Mutan. Ok, aku faham, mutan juga ada ideologi berbeza. Untuk mutan Islamik, korang boleh tubuhkan Parti Mutan Islam Se-Malaya (PAMS). Untuk mutan liberal dan pro reformasi, boleh tubuhkan Parti Keadilan Mutan (PKM).

Itupun kalau korang mahu berkuasa secara demokratiklah. Kalau tak mahupun tak apa sebab korangkan ada abiliti luar biasa. Eh, ada rumah murah di Gebeng? Akupun mahu jadi mutan juga. Aku suka Wolverine dan Gambit.

4 Responses to “Fiksi pilihan raya II”

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
gua tak kira nak copy masuk blog..tak bagi pun gua buat..

Cikli said...

nasib baik goku tu super sayyan bukan mutan.

Kap said...

lepas tu kau promote ubat "Lihat Pinggangku Ramping."
dia orang mutan tapi metaliti tetap Melayu tipikal tak silap.
takut gemuk macam takut mati.
hahah.

dugongsenyum said...

teenage mutant ninja patin!

Powered by Blogger.