Sedikit Tentang Aku, Kita, Kau dan Blog Sempena Hujung Tahun

Friday, December 25, 2009 · Posted in

Genap Julai tahun depan, sudah enam tahun aku berblog sejak 2004. Dan entri ini adalah entri ke-647 aku. Sepanjang enam tahun menulis, penulis-penulis blog datang dan pergi. Ya, menjadi penulis blog konsisten bukan kerja mudah.

Ada kawan aku masih tak faham kenapa aku begitu bersungguh menulis blog. Tambahan lagi aku menulis tanpa dapat apa-apa pun. Tapi sebenarnya yang dia tidak tahu, tidak semua perkara yang kita lakukan perlukan bayaran atau dibayar. Bayangkan seorang ibu tuntut harga bayaran membesarkan kita?

"Mamat, mak sekarang sudah berjaya besarkan kau selama 24 tahun. Sekarang mak nak kau bayar RM1 juta dan jangan lupa masukkan duit dalam tempoh 48 jam. Kalau tak kau masuk neraka!" ujar seorang ibu kepada anaknya, Mamat.

Aku anggap menulis blog ni macam kerja ibu. Macam kerja amal juga. Jadi, orang yang melakukan sesuatu tanpa minta dibayar ini adalah orang yang penuh kasih sayang. Penulis blog boleh buatkan pembacanya gembira dengan catatan entri yang lawak, mampu buatkan pembacanya sedih dan insaf tentang kesusahan hidup dan macam-macam perkara yang memberi kesedaran sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Bukan semua orang yang mempunyai jiwa menulis blog. Tanpa jiwa itu, aku berani jamin dalam masa setahun saja blognya akan bungkus.

Hmm.. Itulah serba sedikit tentang blog. Jadi, sempena tahun baru yang bakal menjelma, aku beri peluang kepada korang untuk tanya apa saja dan aku akan jawab. Harus diingatkan, soalan terbaik tidak akan dapat biasiswa ke United Kingdom.

17 Responses to “Sedikit Tentang Aku, Kita, Kau dan Blog Sempena Hujung Tahun”

Atira Ruslan said...

soalan:
apa perasan kau bila tiba tiba kau kena panggil dengan bos, dan dia tanya solan lanjut pasal entry blog kau?takpun kerja kau tak siap,dan boss kau perli kau habiskan masa banyak sangat dengan blog?

hehehe.

famia said...

1. Kau kerja apa?
2. Kau duduk mana?
3. Bila kau plan nak membina masjid? (soalan Hitler)
4. Seumur hidup kau, apa peristiwa yang paling memberi impak maksima ke arah pembentukan sahsiah diri?(hoh soalan macam ujian kemasukan ke MRSM)
5. Last. Jika diberi pilihan seperti di bawah, yang mana satu merupakan tempat pilihan kau untuk bercuti?
a. Pulau
b. Bandar-bandar besar
c. Taman Tema Hiburan
d. Gunung-ganang

sUe said...

sebab entri ini pasal blog,jadi nak tanya soalan pasal blog jugak lah:

1) apa perasaan jika ahli keluarga baca blog anda?
2) macam mana nak cari 'feel' utk menulis blog?sbb kadang2 idea dan cerita itu ada,cuma malas..hehe!

itu saja.

semoga blog en kelambu terus kekal dan unggul mewarnai persada blogosfera ini..(ceh,ayat sungguh tak boleh blah..=P)

fafarafa said...

bila ko nk blanje aku??? hahhahahah

'ainrahimin said...

taknak tanya pape encik kelambu....just nak share pendapat...

bila berblog, ramai yang tanya, apa y kau dpt bila tulis blog?
ada ke org bace blog kau?

sebenarnya, bukan kita mahu org bace sgt pun, sekadar menulis sesuatu, share something, ada ke tak org nak bace, itu bukan pokok utama, for me, saya menulis kerana saya mmg mahu menulis...

tahniah kat kelambu sbb dah nak lama terlibat dgn berblog...suke bace entry2 kelambu...

doBot said...

Kelambu...
Aku pun dah lama follow blog kor. Cuma kengkadang, aku baca tanpa meninggalkan 'jejak' (komen) di blog kor. Thaniah bro, sebab bertahan 6 tahun. Lebih kurang la kita.

ayobkelubi said...

tabik untuk lu.

blog kita sebaya, cuma setahun yang pertama, blog aku masih lagi private. 2005 baru aku tontonkan untuk bacaan umum. hahahaha!.

betul. kalau jiwa takde, jgn tulis.buat semak database blogger. hahahaha.

betul, kawan-kawan aku masih cakap aku jiwang sebab tulis blog. macam babi kan?. hahahaha.

apa-apa pun, tabik untuk kau!.

p/s : Jiwa blogging aku semakin nak hilang. ada idea untuk kembalikan semangat itu?

rinz raime said...

WOW...heheh, sebagai pembaca setia encek kelambu, saya sgt la bersetuju dgn pendapatnya..blogger dtg dan pergi tapi blogger sejati tetap kekal unggul di mata dunia, ceh wahhh...
aku nak tanya, adakah semua dialog2 dlm blog mu ini seperti yang dinyata atau sudah di makeup sedikit2.. muahaha.. bukan apa, kalau la betul 100%,sungguh berseni hidupmu encek kelambu.. tabik!!!

i'msosupernotcool said...

owh..
blog tu ape?

thoyol said...

aku dah tak ingat baper lama aku dah follow blog ko..

dari unisel sampai ke kerja, cuma dah lama tak meninggalkan komen..

soalan? nanti aku pikir..

BurtalSolo said...

KO NAK TAK AWEK AKU
AKU NAK TUKAR AWEK LAIN
..
TAHAP BERAPA SURIA BERSEMBILAN TELAH KO CAPAI
WAJA TIMUR DAH MATI KE

 IRIS  said...

Salams.

Hehehehe. Best je baca mak mamat tu...adoi...kelakar

jarul said...

ape kata ko tukar konsep blog ko jadi cam teka teki pembunuhan..? ala2 horatia caine solve problem ah.. bru cool...

DeeN said...

Oleh sebab aku tak dapat fikir soalan lain, apa kata hang jawab soalan ni...
... kalo hang tak berblog, apa yg hang buat?

ok, ok, aku bagi pilihan jawapan, kot2 hang senang nak jawab..
(a) berdiari
(b) bernovel
(c) berangan
(d) selain dari jawapan di atas

hahahahaa.... tahniah dude! Kalo diibarat sebuah perkahwinan, hang dah 2-3 orang anak! Kehkehkeh!!

semarak api said...

soklan sy simple jek..

sm tak 'kelambu' dgn diri yg sbnr?

nasr said...

2010 kire da msuk 5 tahun ak follow blog ko. kire cm fan la ni. syabas!! hehee.. knp ko xshare entri2 ko yg terkini kat fb ko??

hazman said...

soalan
1.hang bila mau kawin
2.umur berapa baru nak ada anak
3.orang mana awek hang sekarang
4.mak hang tak bising ka bila mau kawin
5.adakah hg akan jemput aku pi kenduri kawin hang...

jika hang tak dapat jawab soalan pertama..abaikan lah saja soalan seterusnya...hahaha

Powered by Blogger.