Melayu di Kaca Mata Mendiang Swettenham

Tuesday, December 01, 2009 · Posted in

Orang Melayu berbadan pendek, gempal dan tegap. Rambutnya lurus dan hitam, warna kulitnya gelap, hidung dan bibirnya agak tebal dan matanya cerdas dan cerdik.

Biasanya dia bersifat baik hati, gerak gerinya sopan dan senang berbicara.

Orang Melayu tidak pernah menikus, tetapi dengan orang tidak dikenali dia agak pendiam dan agak curiga walaupun tidak ditunjukkan.

Dia seorang yang berani dan amanah dalam menjalankan tugas, tetapi da juga bersikap suka berbelanja, suka meminjam wang dan lambat pula membayar balik.

Dia petah bercakap, berkata-kata dengan kiasan dan ibarat, suka menggunakan peribahasa dan kata-kata pujangga, suka berkelakar dan suka benar dengan jenaka.

Dia mengambil tahu hal ehwal jiran tetangga dan sebab itu kadang-kadang dia juga bercerita tentang hal orang.

Dia pengikut Muhammad dan percaya kepada takdir, tetapi juga percaya kepada tahyul.

Dia tidak pernah minum sebarang minuman memabukkan, jarang-jarang sekali menghisap ganja. Tetapi gemar berjudi, menyabung ayam dan permainan lain seperti itu.

Dia semula jadi suka bersukan, pandai menangkap dan menjinakkan gajah, nelayan yang mahir dan sungguh cekap sekali dengan perahu.

Tetapi yang penting sekali dia seorang yang konservatif, bangga dan cintakan tanah air dan rakyatnya, memuliakan adat resam, takut kepada raja dan menghormati pihak berkuasa.

Tetapi dia mencurigai semua jenis pembaharuan dan akan menentang apa-apa pembaharuan yang dipaksa ke atasnya.

Residen Inggeris Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham - 1850-1946



15 Responses to “Melayu di Kaca Mata Mendiang Swettenham”

i'msosupernotcool said...

betul jugak ape dia cakap nih..
ke aku ni bepikiran penjajah??

Faizal Rahman said...

Yg buruk2 tu kita tinggalkan..

sinaganaga said...

Daniyal - Mamak. Dia bukan Melayu. HA HA.

ZAM7371 said...

Nice N3!
Buat aku berfikiran panjang sket.
Tapi ada ke bangsa lain yg lebih hebat dan perfect?????
Cina? India? Omputih? Org Arab? Yahudi? Nasrani? Hmmm.... Tuhan cakap sesungguhnya manusia tuh walau sempurna sifatnya tapi tetap jugak makhluk yg lemah. Tapi walaupun begitu jgn la pulak kerana alasan tuh kita bole buat bermacam kemungkaran. Mau kena ada azam utk jadi perfect. Walau x seperfect Nabi. Insyaallah.. Kita Islam-Melayu kita reramai berazam ngejas2 mana yg x betul.

jarul said...

kiter akn discuss topik ni bile aku jejakkan kaki kt msia nnti..hahaha

mountdweller said...

Salam sdr.

Izinkan saya copy?

kel@mbu said...

super;
hahaha. mana ada berfikiran penjajah. sebenarnya, apa yang ditulis swettenham ni hasil dari pengalaman sepanjang jadi pegawai tinggi inggeris kat malaya. dia ni seorang pemerhati yang rinci dan fasih berbahasa melayu.

faizal;
ada juga beberapa tabiat melayu yang dah 'langgar' pemerhatian swettenham pada zaman sekarang ni.

naga;
rasis!! hahaha!

zam;
serius, memang tak ada bangsa yang perfect. tulisan swettenham ni berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan kajian. sama juga pengalaman kita tentang bangsa-bangsa lain. cuma tak ada kesempatan berkawan saja. atau bersahabat. :)

jarul;
amacam timor leste?

mount;
bulih pak mount. ini pun copy dari 'malay sketches' tulisan swettenham'.

Anonymous said...

Nie swettenham ker? atau diri ko?
hahaha

ayobkelubi said...

ko mmg bagus bang!.

mana dapat info?.

arkib negara?.

Danielle_Corleone said...

Bahagian akhir paling menarik.

kel@mbu said...

anony;
ini bukan main-main.. ini betul-betul.. hahahah..

ayob;
hahaha. tak payah pergi arkib. pergi saja kedai buku UM. cari 'malay sketches' or 'perihal orang melayu'. itu pun kalau ada stok. heheh..

daniel;
bila lagi mau sembang-sembang kutuk kerajaan? hahaha!

sUe said...

walau payah nak mengaku, tapi semua tu macam tepat kena batang hidung sendiri.

huhu.

DeeN said...

Err... mmg betul beliau seorang berjiwa pengkaji sejati. Boleh dikatakan tepat. Tp masih boleh diperbaiki. Hahahahaa..!

Hambali ® said...

Salam Incik.
Menarik.

Cuma tak disebut yang Melayu itu, bile berdengki sesama sendiri, dengkinya sampai ke kubur.

Melayu ok. Pemimpin melayu yang tak berapa ok sebenaqnya.

kel@mbu said...

sue;
banyak lagi yang dia tulis kena tepat di batang hidung.

deen;
hahaha!

hambali;
:)

Powered by Blogger.