Pengalaman Penuh Tipu Daya Ketika Kali Pertama ke KFC

Saturday, November 14, 2009 · Posted in

Sekitar 1992-95, restoran KFC baru dibuka di Alor Setar dekat Stadium Darulaman. Aku rasa itu satu-satunya KFC yang ada drive-thru di Malaysia sebab masa kawan aku dari Selangor datang Kedah sekitar pasca kejatuhan Suharto, dia terkejut sebab KFC sini ada drive thru, selalunya Mc'Donald.

Walaupun setiap kali balik sekolah aku dan kawan-kawan akan kayuh basikal melintas depan KFC tu, tapi kami tak pernahnya singgah. Tak berani dan segan. KFC tu dah macam restoran 5 bintang dan tempat makan orang kaya-kaya. Siapa yang makan KFC masa tu siap boleh buat topik bersembang dalam kelas. Makan ayam KFC dah macam santapan dari syurga.

"Jom aku belanja KFC," kata Anas satu hari ketika balik sekolah.

Anas anak orang kaya dalam kelas kami. Ayah dia bisnesman buka kedai printing. Kekayaan Anas dapat dilihat pada basikal Haro Master. Bapa aku beli RM700, kata Anas sambil tiup jambul sendiri di tengah matahari rembang. Masa tu aku pakai basikal mini modified saja. Tapi tak adalah sampai ikat kepala RXZ di handle macam budak kelas mana entah. Tak senonoh betul.

Anas buka pintu kaca KFC dan aku ikut belakang sambil pandang kiri kanan. Dada memang berdebar-debar macam masuk dewan peperiksaan nak jawab paper Kimia. Orang boleh dibilang dengan jari. Semua muka pelanggan macam individu berpangkat Datuk dan Tan Sri. Aku cemas tapi masih terkawal.

Anas hampiri kaunter, kakak KFC bertopi biru tersenyum memandang dua budak baru baligh di hadapannya. Anas pandang menu. Aku pun ikut pandang juga. Mata aku masa tu cuma nampak ayam saja.

"Err.. hang nak makan apa?" Anas tanya dan aku pun tunjuk set ayam dalam menu bergambar. Tanpa berfikir secara dua marhalah, Anas pun membuat pesanan dengan penuh yakin.

"Miss, give me two dinner plate. Large and original ya."

.
.
.

Perghh.. Memang tempat orang kaya. Nak order pun kena cakap Inggeris, getus aku dalam hati sambil menyanjung tinggi aksi 'kaya' Anas masa tu. Ya, masa tu.

14 Responses to “Pengalaman Penuh Tipu Daya Ketika Kali Pertama ke KFC”

JOEker said...

hahaa... nice post... masa tuh~

Adeqq said...

mase tu je laa ek.. hahahaha

btw, jemput laa join contest kat my blog. jemput tauu..

Shemmi said...

haha..

betul! masa tu la..

uena said...

ye, masa tu.. dan hanya tinggal masa tu.

sekarang? mungkin roda yang di atas td sudah di bawah..

/me suke tarian kata encik kelambu. ^^

DeeN said...

Hahaha... aku pon sama. Rasanya first time masuk kfc, cikgu sekolah aku yg blanjer. Tu pon makan burger jer. Aku tak minat ayam kfc. sedap lagi ayam goreng mak aku. Hahaha!

The Spiral Eyes said...

bapok penggemar KFC i la dulu tapi skang dah hilang

Anonymous said...

cikgu bahasa inggeris saya cakap kalau nak pegi kfc kena pandai cakap omputih..

ayobkelubi said...

hohoho,

ko kena cong ngan member kau.

aku?

first time gie kfc dgn adik number 2 aku, bapak aku bawak.

sampai kat kaunter, orang kaunter dah gelak barai tahap cipan.

bapak aku pelik?. apahal?

tengok anak2 dia.

rupanya berkaki ayam. selipar ditinggalkan depan pintu masuk kfc!. hahahahaha.

wahhh, leh wat entri ni. aku pinjam entri ko bang!.

thoyol said...

hoho..

aku dulu pun kagum giler dengan sedara aku order A & W guna bahasa Inggeris..

pemangkin motivasi utk aku belajar bahasa inggeris sampai alhamdulillah, boleh cari makan guna bahasa inggeris. :)

aku paham perasaan ko..

ladyfisz said...

skarang>>> bukan takat bole order kfc cakap English je kan.. ;)

fafarafa said...

ekekekek. mesti time tu ko respek gila babas kat Anas kan

i'msosupernotcool said...

nice..
give me one too..
regular and spicy..
camtu bley??

haha..

kel@mbu said...

joker;
tenkiu!!

adeqq;
main contest-contest ni yang lemah ni. heh.

shemmi;
masa tu je lah kan..

uena;
ewwah.. mari berdansa!!

deen;
betul-betul kampung ni.. hahaha.. :P

spiraleyes;
betul tu. sekarang kfc pun dah tak berapa nak in sangat dah.

anony;
rasanya satu malaysia dulu ada persepsi masuk kfc cakap inggeris kot.

ayob;
kehkehkeh.. ni baru betu-betul kembali ke zaman silam.

thoyol;
hahaha!

ladyfisz;
sekarang cakap urdu pun bulih kot..

fafarafa;
aku syak dia mau berlagak depan aku.. hahaha!

imsuper;
hehehe.. bulih-bulih..

senduduk said...

hebat!!!!

Powered by Blogger.