Bir Halalan Toyyiban

Thursday, June 02, 2011 · Posted in

Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) baru-baru ini mengejutkan umat Islam Malaya apabila mengumumkan bir halal dari Timur Tengah sebagai haram selepas ujian makmal mendapati kandungan alkohol dalam minuman itu melebihi kadar dibenarkan syarak.

Apa yang lebih mengejutkan, penemuan kandungan alkohol 0.5 peratus itu dibongkar Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) sebagai susulan daripada aduan pengguna yang ragu tentang status halal minuman tersebut. (Info: Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan cuma 0.01 peratus kandungan alkohol yang dibenarkan dalam makanan atau minuman).

Ok, kita prasangka baik. Mungkin tak ada pengguna yang buat aduan kepada Jakim mengenai status halal bir halal itu.  Maklumlah, Jakim sekarang sibuk pantau markas ajaran sesat.

Aku bukan mahu mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa walaupun al-Qaradawi pernah mencetuskan kontroversi berikutan fatwa beliau yang menghalalkan kandungan 0.05 peratus alkohol (baca). Isunya, kenapa selepas setahun bir halal itu popular baru ia diisytiharkan haram?

Dan soalan yang masih belum dijawab Jakim ialah bir halal yang haram itu jenama apa? Siapa pengedarnya?Syarikatnya di mana? Siapa CEO? Bukan apa, setakat entri ini ditulis, ada dua syarikat bir halal tampil membuat kenyataan media mendakwa bir mereka halalan toyyiban.

Pertama, wakil syarikat pengedar utama minuman berasaskan bijirin barli jenama Istak yang tampil menegaskan produk mereka tiada kaitan dengan produk 'bir halal' yang haram. Malah, bir halal Istak bebas alkohol 100 peratus! (baca)

Tidak cukup dengan itu, wakil syarikat itu mendakwa Istak melepasi piawaian halal untuk Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2009 di Kuala Lumpur dan Islamic Chamber Research and Information Center (ICRIC) yang diiktiraf negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Mereka juga kini sedang dalam proses mendapatkan logo Halal Malaysia keluaran Jakim.

Selain Istak, pengedar kedua yang turut membuat kenyataan media mengenai status halal minuman mereka ialah  syarikat minuman malta jenama Barbican dan bagi menguatkan bukti halalan toyyiban, ditunjukkan mereka sijil Kementerian Kesihatan Dubai, sijil eksport dan sijil halal daripada Islamic Food Research Centre Malaysia Asia Region (IFRC Asia). Kata pengarahnya, Barbican juga dijual di Masjidil Haram, Mekah (baca).

Jadi, aku ulangi sekali lagi soalan kepada Jakim.Bir halal yang haram itu jenama apa? Siapa pengedarnya?Syarikatnya di mana? Siapa CEO?

Kalau pendedahan resipi rahsia ni macamana pulak? Bila mau buat analisis?
Kalau Root Beer?

9 Responses to “Bir Halalan Toyyiban”

Ellie Best said...

minum air suam sudah

Unknown said...

cek betul2 la apa2 produk yang nak masuk malaysia. bila dah bertahun2 orang teguk baru nak kata haram.

:-) said...

Orang Islam ni sangat particular pasal makanan minuman yang halal kan?

Tapi halal haram cara beniaga, hiburan, pergaulan tak mau semak pulak halal ke haram?

cek P said...

hmm tula..aku pn tak phm..
dorg salu x nk kluarkn senarai sebenar dlm media..biar semua org tawu..baru syrkt pengeluar mkn/minumn tuh takut n sibuk nk daftar ngn jakim..
ni tidak suke samar2..
n cube teka n cari sndri produk tuh..
klu betulaa nk jaga..kna laa tegas sket..biar org bkn islam tawu skali..dorg tu ingt x bole ade babi n arak jer..padahal perlu lebih detail lg..ayam tak smbelih btul pn bkn bole mkn..ntah la aku pn x phm..nape bnde2 info mcm nih tak disebarkan..tak yah takut laa ngn syrkt2 tuh..kite sentiasa ada pilihn..

prof nik said...

namanye pun bir.. senang cite. jgn beli.

Unknown said...

ellie;
air suam minum. air manis pun minum. yang halalan toyyiban ya..

ries;
setau aku sesuatu barang tu masuk dulu dalam pasaran selepas kastam periksa. bab mintak logo jakim tu boleh kemudian atau opsyen saja. kalau minuman itu arak atau alkohol, mesti dah kena cukai. soalannya, macamana kastam nak tau minuman tu haram atau ada alkohol ke tak? tengok label botol? ada lab test?

:);
teh o ais 1.70 ada sapa pergi check tak?

cek p;
ni satu benda aku memang cukup tak faham. kenapa tak nak dedahkan produk haram tu jenama apa? ni bukan kes pertama. berlambak lagi jenama misteri haram ada dalam malaysia.

prof nik;
root beer float kau minum tak nik?

Anonymous said...

someone near you

Tgk dari segi rupa botol pun sudah boleh tahu air apa. lagi2 barbican tu.

Mmg tak berani nk cuba pun. Apatah lagi lihat nama pelik2 & mmg ada perasaan was-was.

Belum lagi lihat minuman lain, pepsi, coco cola... sumer tu.

Halal Haram sudah tidak dikira dah sekarang ni. Main tibai sj. Kawan minum kita pun xpa minum ja. Sedap ni. hehehe

Terpulang pada individu kalau itu sendiri sebenarnya. Lagi-lagi pengaruh sekeliling sangat la kuat tak kira dari semua segi.

Unknown said...

anony;
bagi aku, orang yang cepat was-was ni bagus dan peka. Satu segi lagi, kurang keyakinan diri dan cepat percaya cakap orang. terpulang nak masuk kategori mana. :)

Anonymous said...

(Ann)

Perhatian: barbican masih-haram

http://berita-harian-online.com/barbican-masih-haram/

Powered by Blogger.