![]() |
Kedai murtabak sedikit kucar kacir diserbu pelanggan. |
Peniaga tak berapa ramai. Jadi, aku tak ada banyak pilihan makanan. Sepatutnya aku turun Param Paya Jaras sebab sana mesti ada tepung pelita dan murtabak tersedap di dunia. Tapi, mengenangkan betapa tak berbaloi dan malasnya aku hidupkan enjin kereta ke sana, aku nekadkan pencarian aku di Param Jalan Nova saja.
Ada dua gerai murtabak di sini. Satu ramai orang dan satu lagi separuh ramai. Aku jenguk kepala tengok murtabak di dua gerai tu dan aku faham kenapa murtabak separuh ramai tu tak berapa nak ramai orang kerumun.
Sebabnya, murtabak dia bikin warna putih, walhal seni warna murtabak tu sepatutnya kuning dan digoreng garing dengan minyak pekat beraroma meleleh-leleh. Baru pelanggan ada rasa berahi dan teruja mahu beli. Dia tak belajar daripada orang Jepun bahawa manusia makan guna mata dulu. Dan dalam bab makan ni, aku tak berani nak 'don't judge a book by its cover'.
Tapi, aku tak beli murtabak pun sebab tiba-tiba aku rasa malas nak beratur. Orang ramai sangat dan aku tak sedap hati nak potong queue. Lagi-lagi aku perasan ada ramai orang sedang muka bengis, satu isyarat tanpa suara kepada sesiapa yang berani potong queue diorang. Itu belum tengok muka kasihan tengah telan air liur sambil tengok brader murtabak canai roti. Jadi, aku surrender.
Sudahnya, selepas dua tiga kali ulang alik Param, aku berbuka kat kedai Siam, pekena nasi putih, ikan kembung masak pedas bersaiz sedang dan jus oren. Harga RM10.80. Mahal! Silap aku juga tak tau harga pasaran ikan kembung dan limau Sunkist. Ceh.
8 Responses to “Seni murtabak di pasar Ramadan”
ikan kembung mmg mahal ni jam.
sekilo belas2 ringgit.
.
selamat menjalani ibadah puasa:)
salam ramadhan kelambu.. :-)
smlm 1st day puasa mmg byk org x meniaga lg..
cuti kot..x byk gerai..
kt kwns umah aku siap ade lokasi param telah bertukar..tp dekat2 situ la..mgkin sbb nk bg senang org parking kot..
smlm jugak cuaca panaslaa..
aku cm mls2 nk jln..
tp terpaksa nk beli mknn maa..isk3..
smlm pn aku terkna beli mknn mahal..daging ciput jer tp rege x munasabah..hamper je..
bln ramadhan nih kena byk bsabar..huhu..
wachaaaaa...
tepung pelita..erm..susah nak cari kuih kegemaran tu area aku ni..T.T" murtabak la sama pesen masa pasar malam biasa jer..xde kelainan yg luarbiasa..mcm murtabak kg baru kl tuh..haha!
Di client site tadi, tengah aku sibuk-sibuk buat kerja (kononnyalah)... terdengar client ramai-ramai bising perihal Murtabak King. Pernah dengar? Kononnya itu murtabak paling sedap dan packagingnya pun sangat menarik... kata merekalah. Murtabak tu ada cheese tak silap. Aku tak taulah king dari negeri mana punya murtabak tu.
Murtabak?? hummm, sedap gak tu. Mcm ner nak olah murtabak tu sesuai dgn diet Mush ni ek? hummm pikir-pikir
tasekM;
kot ye pun sekilo belas2 ringgit, takkan sekor jadi 6 ringgit?
ellie;
salam ramadan!!
cekp;
aku pun hairan sebab apa harga lauk param boleh sama dengan harga makan kat kedai premis.
bloghok;
wachaa!!
anony;
tak tau sebab apa masa ramadan mesti mau cari murtabak. hahaha..
famia;
yang packaging tu frozen murtabak. tapi murtabak king tu merujuk kepada murtabak saiz besar, tebal, gemuk. hari biasa, kedai mamak saja yang selalu jual murtabak king. melayu punya murtabak king masa puasa saja. rare!!
mushroom;
murtabak ok kot. balance diet what? hahaha!
Post a Comment