post mortem-'mayat'

Tuesday, August 24, 2004

post mortem-'mayat'

Sepatutnya post-mortem teater kami ni diadakan ketika suasana selepas festival yang masih panas tetapi malam tu rasanya masih panas lagi kot dengan kru2 memakai baju festival warna hitam yang tak ubah macam grup black metal yang baik adanya. Termasuklah aku. Ceh...

Dengan mukadimah yang serba ringkas, post mortem kami berlangsung dengan persoalan mengenai masalah PKKU yang sedikit sebanyak membingungkan aku. Tentang status kami. Bagaimana dengan kedudukan duit bajet teater rm1000? Hamazrul cakap habis kat props, makan dan benda-benda kecil. Tapi katanya lagi duit rm600 yang kitorang dapat masa festival tu akan digunakan untuk claim duit props yang masih berhutang. Jadi ini maknanya duit rm1000 itu masih belum digunakan. Apa sudah jadi Hamazrul?

Aku ingat aku je yang berasa semacam. Rupa2nya perasaan aku turut meresapi Ojai, Awie, Lin, Bob dan beberapa kawan2 lain. Jadi siapa yang silap sebenarnya? Persatuan yang sehijau ini apakah akan dibelenggu masalah kuasa dan wang? (macam besar je bunyinya...).

Apa pun kami bercadang akan membangkitnya dalam mesyuarat nanti. Tapi entah bila? Biarlah secara profesional. Dan aku tetap menaruh rasa percaya kepada Hamazrul bahawa orang2 seni masih ada kejujuran. Mungkin kami yang kurang memahami...

Kelambu: Post mortem mayat+post mortem PKKU=post mortem mayat PKKU :-O

Powered by Blogger.