mari berbangsawan

Sunday, August 22, 2004

mari berbangsawan

[dari kiri: linda, lin, aku, as, hamazrul, er]

Sebenarnya kerana kursus bangsawan ni lah yang menyebabkan aku balik ke Shah Alam semula. Sebetulnya atas nama peribadi kerana aku dah pun graduan tapi aku tetap merelakan diri mewakilkan nama PKKU atas dahiku. Dan aku pun bersama-samalah Hamazrul dan Lin mendaftarkan diri. Selepas itu kami pun terlompat-lompat atas tilam Hotel Quality macam kanak-kanak riang. Yea! Yea! Tidur hotel free..

Perkara pertama yang membuatkan aku memilih kursus ini ialah Pak Morad. Sebabnya adalah aku selalu menonton bangsawan arahannya. Ye lah bangsawankan aktif sebelah utara. Kebetulan pula dia tu orang Alor Star dan Taman Budaya tempat dia berbangsawan tu sebelah taman aku je... jalan kaki 5 minit dah sampai. Rajinlah juga aku tengok bangsawan bersama Najib tak pun Mahfuzah. Kesimpulannya bangsawan memang tak asing dalam dunia tonton seni pentas aku..

Akhirnya, barulah aku mengetahui bangsawan dan teater adalah dua seni yang berbeza biarpun keduanya masih bergerak di atas pentas yang sama. Bangsawan adalah seni yang sukar untuk ditokok tambah kerana kata Pak Morad bangsawan lebih mengutamakan warisan dan kesenian bangsawan itu sendiri. Belajar mengenai lenggok intonasi dialog bangsawan membuatkan aku berasa seperti di zaman silam. Sesi audition dibuat. Lin jadi Stage Manager. Dari watak Tanggang aku disuruh menjadi sultan dan akhirnya aku hanya layak untuk jadi pembesar istana sahaja yang tidak berkata apa-apa pun bersama Hamazrul. Mungkin sebab aku tak dapat mengawal intonasi bangsawan yang aku rasa buruk sangat setiap kali aku menuturkannya dan mungkin juga sebab Pak Morad tahu susahnya aku nak menyebut huruf S dengan betul. Ceh...

Dan segalanya berlangsung dengan aman sehingga hari pementasan pada Jumaat berikutnya. Aku yang juga bertugas sebagai lightman terpaksa berkejar ke bawah bila sampai scene aku. Bagi aku hasilnya amat mengagumkan memandangkan dengan sesi latihan kami yang hanya seminggu berbengkel tapi sudah boleh mementaskan sebuah bangsawan. Oklah kan...!

Anyway, thanks untuk adik-adik SMT Shah Alam, Alang Kalibang (Santap Produa), UKM geng, Aswa geng, Hidayah geng, geng2 penari Kebudayaan Selangor dan individu2 dari kebudayaan Selangor. Korang memang best...!!

Kelambu: Malunya sampin aku terlondeh masa ambil sijil....


Powered by Blogger.