festival teater selangor 2004

Sunday, August 08, 2004

festival teater selangor 2004

Akhirnya terjawab sudah siri Festival Teater Selangor yang berakhir dengan cakap-cakap mulut sepanjang auditorium dingin MBSA pada malam tadi. Ada yang kata kronilah, hampehlah, bosanlah. Yang kata macam kartun pun ada juga! Samalah juga dengan festival seni glamour lain yang ada kat negara Malaysia ni. Yang disangka menang tak menang yang disangka tak menang tapi menang.

Memperkatakan tentang tema dan persoalan sesebuah karya teater. Patutkah diangkat persoalan lama tahun 70-an dulu yang langsung tak relevan dengan manusia-manusia hari ini? Sekarang ni zaman bunuh-membunuh. Zaman ragut-meragut dan rampas-merampas. Bukannya zaman remeh-temeh dan adegan bean yang memualkan daerah-daerah minda khalayak penonton seni.

Ingat, seni teater adalah untuk mengajar khalayak menterjemah mengenai sesebuah karya seni dan bukannya orang seni yang menterjemahkannya kepada khalayak. Kalau nak buat begitu baik tengok Pi Mai Pi Mai Tang Tu atau pun Senario.

Kelambu: Mahu bikin teater Lord of The Ring versi Malaysia. Ada kuda terbang melintas dari tempat duduk hakim!

Powered by Blogger.