PGL+merdeka

Tuesday, August 31, 2004

PGL+merdeka

Hari ini aku merdeka dengan tengok PGL (Puteri Gunung Ledang) kat TGV Bukit Raja, Klang. Show pukul 5 ptg. Aku beli tiket dengan Jarul seawal pukul 3.00 ptg. Orang ramai sangat. Kami tengok ramai2. 8 orang semuanya.

Sebelum cerita panjang lebar sukalah aku memberitahu PGL ni merupakan filem Malaysia pertama yang menelan bajet paling mahal iaitu RM20-30 juta. Kalau dalam dollar baru USD 5-7 million. The Last Samurai USD 170
million.

Jadi tolonglah jangan terlalu berharap. Orang2 Malaysia ni apabila terdengar filem tempatan dengan bajet mewah selalu sangat membandingkan dengan filem Hollywood walhal dengan bajet seciput itu kita hanya mampu menghasilkan PGL yang punya adegan lawan+terbang yang tak sampai 6 minit dan 2 babak CGI iaitu istana dan pelabuhan yang camdoh. Jadi banyaklah yang mengeluh tidak berbaloi dan apa yang mahalnya PGL tu...

Adalah sorang mamat kat depan aku tak habis2 membebel mulutnya sebab x banyak adegan lawan. Rasanya dia tak baca poster PGL 'sebuah cerita cinta agung' dan bukannya 'sebuah cerita perang agung'. Jadi banyak cerita pasal cintalah. Salahnya ialah mamat tu yang tahu membaca tapi tak faham apa yang dibaca.

Malaslah aku nak komen pasal PGL. Dah banyak dah orang komen. Aku teruja masa part lawan. Elemen (silat) inilah yang patut Malaysia jual pada luar. Cerita cintanya pula tak cukup menyentuh hati dan emosi macam Winter Sonata dan Cinta Si Penggali Kubur. Cuma kata2 Gusti Adi pada Hang Tuah, "Aku berlawan kerana rakyatku, engkau berlawan kerana dirimu sendiri" begitu mengesankan dan mendalam maksudnya.

Dan untuk rakyat Malaysia berhentilah membandingkan filem tempatan dengan Hollywood sebab apa yang akan kita nampak hanyalah kekurangan dan kelemahan. Cubalah banding filem kita dengan Zimbabwe, Afghanistan atau pun Nigeria. Pasti kita berasa cukup bangga dengan filem Malaysia.

Kelambu: Tengok Spiderman=>rasa macam nak jadi
Spiderman
Tengok PGL=>tak rasa macam nak jadi Hang Tuah
Tengok Sembilu=> masih tak boleh nak sukakan Yusof Haslam

Powered by Blogger.