Surat Khabar Yang Menimbun di Rumah Ku

Tuesday, February 10, 2009 · Posted in

Antara petanda ekonomi mula gawat ialah berkurangnya golongan peniaga yang bawa kenderaan dan pusing rumah ke rumah. Seperti brader mat kool, bai roti, bai putu mayyam, apek minta tilam lama, apek minta surat khabar lama dan macam-macam lagi.

Dulu memang ramai golongan-golongan ni datang memeriahkan perumahan-perumahan di Malaysia. Kemudian budak-budak akan berkerumun girang menjerit membeli jajan. Tapi sekarang dah jarang sangat. Lama juga aku tak dengar diorang jerit-jerit atau hon-hon sekitar kawasan apatmen ni. Mungkin diorang dah mati atau tukar kerja lain. Jadi pemandu bas RapidKL ataupun jadi penjual Celcom 3+1 misalnya.

Bukan apa. Surat khabar dalam rumah aku ni dah cecah paras bahu. Tak tahu nak buang mana. Kalau ada kucing yang makan surat khabar boleh juga aku sedekah. Kalaulah apek surat khabar tu tak datang juga, mungkin aku boleh berkira-kira jadikan mengumpul surat khabar lama sebagai hobi.

Oklah.

Apa kata komen di bawah korang berikan sebarang cadangan tentang apa yang aku patut buat dengan surat khabar ni selain daripada jual kat apek surat khabar.
.
.
Sila tulis:
Selain dijual kepada apek, surat khabar lama juga boleh..
1. direka menjadi senjata nuklear [cth]
2. dimasak lemak cili api [cth]

23 Responses to “Surat Khabar Yang Menimbun di Rumah Ku”

Amy Z! said...

tampal kat dinding jadi wallpaper.

azie said...

buat bakul. lilit2, gulung2 pastu anyam and syelek( camtu ke eja syelek?)ah tak kesah. bakul suratkhabar tenganh in sekarang ni.

fafarafa said...

buat gelas atau mangkuk. cam yg kita belajar kat skolah dulu time seni. tak pon, buat sampul buku.

Dato WhY said...

apa kata kite wk paper beg utk tetamu yg hadir utk 'bakal' kenduri kawin member umah kite.xlama lagi kn salah sorg budak umah nk tamat kn zaman bujang...

jarul said...

digunakan untuk kesat tahi kalau air takde..

A t i Q a h said...

Hantar je la kat pusat kitar semula. Eheh.

sis said...

Selain dijual kepada apek, suratkabor lama juga boleh..

* bt as a lapik time mkn..hehe

* kalo rase2 nk cat umah tu leh la suratkabor jd pgalas...

* bguna utk keje2 didapur..cth kopek kentang, siang ikan dll..

* yg paling best time nk kenakan
member2..mane yg smbut besday
& nk kawen, bg la present yg
telah dibalut dgn suratkabar yg
maha tebal..gerenti bengang
thap gaban...hahaha...

~ pendek kata byk fungsi suratkabor lama nie...

fuzama said...

KITAR SEMULA! KITAR SEMULA! KITAR SEMULA!...(dapat duit juga kan)

jangan cakap je!

one love said...

bwk ke ikea, kasi kat deme buat bungkus barang2 for customers.

sekian :)

paiseh said...

lu buat eksesais angkat berat.. kata takmo boroi..

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

krisis ekonomi ke bang?..teruk nya!..ha ha ha.

tasikmerah said...

buat bungkus nasi lemak la weh....



.

msyakiro said...

jual kat peniaga untuk buat bungkus polistrin tak baik untuk kesihatan.

famia said...

ko basahkan sume newspaper tu..
pastu buat model bentok rupa bumi Malaysia. bila lagi nak prektis jadi arkitek kan. ni lah masanya.

barulah kacip patimah.

Miss Safra said...

bacer smule tuk menambah ilmu pengetahuan..

sUe said...

buat origami.
lipat-lipat bentuk burung dan gantung dalam rumah.
kalau nak lawa, boleh cat warna-warni.
macam kat tadika.

Op said...

duk apartment mmg tak merasala hon-hon ni semua. jenuh dorang nak panjat tiap-tiap tingkat tekan hon.

cabincrew are here not to kiss ur ass said...

salat bontot lepas berak?

cabincrew are here not to kiss ur ass said...

eh,kalau kamu rajin buat goreng pisang/cekodok petang2,boleh buat lapik goreng pisang jugak..

13may said...

ko cincang suratkabar tu halus halus...then buat bantal..

ekonomi sikit :)

KT800 said...

bagi kat anai-anai makan.sian dia. dia ramai kan,kan.

cabincrew are here not to kiss ur ass said...

eh,ada lagi.boleh buat gam jugak.ini gam lekat kertas tu lah..

tak pun kamu buat kertas recycle.takyah tebang2 pokok dah.

tisu basah said...

leh wat bantal kalo xcukup bantal mase tgk tb. hahaha...

Powered by Blogger.