Siapa pencipta nasi lemak? Ya memang misteri. Tiada maklumat ditulis tentang siapa pencipta sebenar nasi lemak. Apakah Alfonso Albuquerque, Sultan Mansur Syah ataupun Hang Li Po.
Jika disandarkan kepada nama 'nasi lemak', maka Melayulah pemegang hak cipta makanan warisan ini.
Tapi berdasarkan teori aku, nasi lemak dicipta oleh orang Cina ataupun Cina peranakan iaitu Baba dan Nyonya. Sebabnya di Malaysia, kita mesti nak kena makan nasi lemak guna sudu atau camca. Kalau tak guna sudu/camca, rasa macam tak kena, macam dah melanggar tertib makan nasi lemak.
Pendapat aku, kalau masakan itu asal ciptaan Melayu, ia mesti dimakan guna tangan. Contohnya nasi campur, nasi dagang dan nasi kerabu.Sebabnya orang Melayu mula pandai makan pakai sudu selepas datangnya pedagang-pedagang Cina. Ini diambil berdasarkan perkataan camca yang berasal daripada bahasa Cina. Kenapa perkataan camca dan bukan sudu?
Dalam bahasa utara (Kedah, Perlis, Pulau Pinang), sudu dan camca merujuk kepada objek yang sama. Dan kerana Kerajaan Kedah Tua mempunyai latar sejarah paling tua di Semenanjung Malaysia, maka perkataan camca dijadikan rujukan dalam kes ini.
Ok. Teori kedua. Nasi lemak boleh jadi berasal dari Indonesia. Di sana, ia dikenali sebagai nasi uduk. Dan aku syak resepinya dimahsyurkan di Tanah Melayu oleh Baba Nyonya atau pedagang Cina yang berdagang ke semenanjung.
Resepi nasi goreng juga berasal dari Cina dan nasi goreng pertama di nusantara (aku rasa) adalah nasi goreng Cina. Sebabnya sama juga, kerana kita akan nasi goreng mesti guna camca. Dan kerana tidak mahu kalah dalam resepi nasi goreng ini, chef-chef nusantara bangkit mencipta nasi goreng ala nusantara yang kini diberi nama nasi goreng kampung. Kedua-dua nasi goreng itu kekal menjadi resepi warisan tanah air sebelum nasi goreng mamak ciptaan India Muslim masuk dalam senarai nasi goreng Tanah Melayu.
Tapi siapa pula pencipta nasi goreng USA?
Perghh.. Makin komplikated. Rasa-rasa Cef Wan boleh jawab tak?
Powered by Blogger.
14 Responses to “Pencipta Nasi Lemak Dibongkar PemburuMitos”
aih?? nak makan nasi lemak memang kene pakai camca ke? :o
xleh pakai la teori ni..kalo kata melayu cipta makanan suma yg kena mkn pakai tangan..bistu rilek je aku tgk kat kedai mamak org mkn ns kandar ngn tangan..maknanye melayu la yg cipta ns kandar??complicated ni..
eyyy.. kitorg makan nasik lemak ngan tangan je.. xde hal pon?
cam xley pakai je teori ni..aku xjumpe lg org yg nk mkn nasi lemak mesti nk kne pakai sudu.kalo nasik ayam tu ye la jugak..
farah:
loh, makan guna tangan ke? geng mana nih. :P
anon:
tak semua makanan yang dimakan guna tangan asal melayu. selain melayu, orang asia selatan memang makan guna tangan pun. cth: bangladesh, pakistan, india.
adeqq: makan kat rumah tu biasalah. bihun sup pun boleh makan guna tangan. ini dari segi protokol asal makan nasi lemak.
jane doe:
jawapan sama dengan di atas. tak ada siapa larang pun makan nasi lemak guna tangan. tambah-tambah kalau makan di rumah atau tapau makan di pantri ofis bersama rakan-rakan. tapi dari segi protokol atau tertib makan nasi lemak, ia sebenarnya dimakan guna sudu. sebab itu kat kedai yang ada jual nasi lemak dan kita boleh makan di situ (bukan kedai jual nasi lemak untuk tapau balik) kita selalu disediakan sudu. kalau order nasi lemak pun mesti sudu disediakan sekali. betul tak? hehe.
bahasa apa pulak ni gue tak faham
hehehe
mender pulak yang ditulih cina ni
Takde ulasan GMI ke?
mknace:
entah siapa entah yang tulis cina ni. bikin panas ja..
sinaganaga:
gambar takde. tulis pun tak sedap. :(
pg td bekpes nasik lomak daun pisang...hehehe
ape daa kelambu.. pasal nasi lemak pun nak berpancung pancung. hehe.. hurmm, bila lak nak makan char kuewteow kat GULAM? lama dah x lepak situ.. hahahaha.
Cilake punya entri...
aliya:
perghh.. nak cari nasi lemaklah macam ni..
sitangan:
hahaha.
pipi:
hahaha.
salah benar ko pnya statemnt ni..nasi lemak mmg brasl dri org melyu pnya xda cina ke nyonya ke baba ke...ko nk thu knp ?sbb klo ko pi melaka kt tpt nyonya diaorg pn bljr gn org melayu nsi lemak ni...dn lg satu...ada jgk indnesia claim nsi lemak melayu ni mcm nsi mereka nsi unduk tp jauh sekali sbb dh trnyata org sna x thu nsi lemak,dn bila org mrk bniaga nsi lemak tpt mereka jauh sekali rsa nasi lemak kami dgn mereka.realiti..so dh2 lh claim...msg2 ada mknan tradisi msg2....dn ko pn nk entry pon jgn ikut sdp tekak lah...pndai tulis tp x reti nk cri fkta yg btl..main rasa2...klo x thu brtnya bkn pndpt yg x blh diterima dn trg2 x btl...
Post a Comment