tambang naik

Friday, April 01, 2005 · Posted in

TAMBANG NAIK

Hari ni dengan secara rasminya berlaku kenaikan tambang bagi pengangkutan awam seperti bas ekspres (ac/nac), bas berhenti-henti (ac/nac), teksi dan kereta sewa.
*ac-aircond
*nac-non aircond

Aku tak mau tau kenderaan lain. Aku cuma nak tau pasal bas sahaja.

KL-Kangar =>33.00
KL-Alor Star => 30.05
KL-Butterworth => 24.00
KL-Ipoh => 13.35
KL-Seremban => 4.20
KL-Melaka => 9.40
KL-Johor Bahru => 24.95
KL-Kuantan => 16.85
KL-K.Terengganu => 29.60
KL-Kota Bharu => 30.85

Sudah tentu tambang sebanyak itu membebankan golongan pelajar seperti aku [kata kelambu yang baru menghantar perjanjian ptptn pada minggu lepas].

Harga tambang KL-Alor Star sebelum kenaikan ini ialah RM25.40.

Jadi dengan RM30 aku sudah boleh sampai KL termasuk tambang ke Shah Alam (RM2). Bukan itu saja, baki selebihnya aku siap boleh makan lagi tau.

Tapi sekarang sudah tak boleh. Ada RM30 pun tak boleh pergi KL lagi sebab kena cari 5 sen. Jadi aku kena sediakan syiling secukupnya nanti.

Aku tak kisah tambang nak naik. Ini semua untuk keuntungan pihak-pihak tersebut. Ye lah, semua minta naik gaji senang saja. Takkanlah golongan pengangkutan awam ni minta tak boleh. Yang berbezanya ialah permintaan golongan pengangkutan awam ini melibatkan duit orang awam secara langsung. Kakitangan awam lain melibatkan duit kerajaan saja walaupun pada dasarnya duit kerajaan ialah duit rakyat. Cuma situasinya secara tak langsung.

Pedulikan. Aku tak kisah sikit pun. Aku pun ada kawan yang bapanya kerja bawa bas. Dia orang pun nak rasa rezeki lebih juga.

Cuma aku nak komplen tentang mutu perkhidmatan bas. Harga naik bas pun mestilah cantik. Maksud aku cantik dari segi fungsi. Air aircond tak meleleh! Enjin tak mati tengah jalan! Suspensi ok! Lampu tak terbakar! Tak laju sangat! Tak perlahan sangat! Tak lambat!! Seat tak rosak! Itu pun susah ke..?

Orang selalu cakap sikap orang Malaysia ni mahu servis bagus tapi nak bayar murah.

Siapa cakap!!! Naiklah berapa banyak nak naik aku tak kisah pun. Tapi yang penting bagi aku ialah servis mesti berbaloi dengan harga. Itu saja. Dan sudah tentu kualiti barang ditentukan dengan ketinggian harga. Makin mahal makin bagus. Boleh gitu?

Sekian saja sesi kenaikan tambang pada kali ini. Selamat menaiki bas dengan senyuman. :)

Baca:

- Utusan Malaysia - Tambang bas, teksi naik -- Kadar baru antara 0.9 sen dan 12 sen berkuat kuasa 1 Mei
- Berita Harian- Tambang bas, teksi naik: Kadar baru hanya untuk Semenanjung berkuat kuasa 1 Mei

Kelambu: Selalu tidur dalam bas..

One Response to “tambang naik”

Anonymous said...

Hm, rindu btul harga tmbng dolu2.. la ni dh mahal...

Powered by Blogger.