APA KAU BUAT PADA CUTI SABTU PERTAMA KALI
Malam Sabtu. Layan Death Sentence di Cineleisure. Siapa yang kenal James Wan patut tengok ini filem. Thriller drama yang buat aku tabik silang selepas habis tayangan!
Sabtu malam. Shopping di Uptown. Ah, kopak!!
kasih tuhan siapa tahu
KASIH TUHAN SIAPA TAHU
Kerja baru yang masuk 3 minggu.
PC anggun lagi serba baru.
Dan cuti setiap Sabtu yang berkuatkuasa ini minggu.
Haha. Ini minggu penuh rahmat!
kadang2 laju. kadang2 perlahan. begitulah hidup.
KADANG-KADANG LAJU. KADANG-KADANG PERLAHAN. BEGITULAH HIDUP.
Aku dalam bilik.
Di luar bilik. Tivi terpasang. Ada rancangan talkshow Anita Sarawak. Topiknya pasal sakit datang bulan. Anita jemput Linda Onn cerita pengalaman senggugutnya.
Linda jawab lebih kurang macam ni, "I sakit sampai guling-guling atas katil. Kalau ada sape-sape salah sikit mesti I rasa nak marah-marah. Bla.. bla.. bla.. "
Kemudian Anita cakap, "Kita dengar pula apa pendapat dog?"
Hah? Apa neraka Anita tanya pendapat anjing? Getus aku seraya keluar bilik. Aku tengok tivi.
Oooh, dog tu doktor. Boleh tahan slow juga aku ni. Ceh.
rindu yang paling jujur
RINDU YANG PALING JUJUR
Mengenangmu ya Rasul..
Tiada rindu yang paling jujur..
siapa cakap kami tak sayang
SIAPA CAKAP KAMI TAK SAYANG
"Kau nak masuk fan club tak? Aku jumpa fan club baru!"
"Fan club? Fan club apanya? AF?"
"Fan club Kami Sayang Pak Lah!!"
"Ooo. Fan club yang diketuai Ani Maiyuni tu! Hahaha!!"
"Kau pun tahu? Hahaha!!"
Info:
- Kami Sayang Pak Lah
kalau itu keraian bermusim yang patut kita raikan
KALAU ITU KERAIAN BERMUSIM YANG PATUT KITA RAIKAN

Kau ingatkah bagaimana si raja Habsyah yang agamanya Kristian dengan ikhlas hati melindungi Muhammad dan para sahabat?
Kau ingatkah bagaimana bangsa Yahudi ada diberi tempat di dalam Piagam Madinah?
Kau ingatkah bagaimana bangsa Parsi pernah bersorak meraikan bangsa Arab membuka negeri mereka dari belenggu Rom?
Dan Tanah Melayu sendiri pernah meraikan kedatangan Jepun dengan harapan Asia untuk Asia.
Ya, aku benci pada makhluk nasionalisme membuta tuli, penuh asabiyyah, menjerit menakut-nakutkan aku dengan retorik murahan tentang kehilangan ketuanan.
Sepatutnya aku dan kau lebih takut sekiranya kebenaran dan keadilan itu sudah hilang langsung. Dan kita orang-orang bawah sudah tidak punya suara apa-apa. Diinjak-injak.
Dan apabila hak-hak kita tidak dilayan sewajarnya manusia mana pun akan bangun. Meronta-ronta cuba bebas. Dan apa yang terjadi sememangnya satu ketetapan.
Ah, tak payahlah kau takut-takutkan aku.
pabila hasrat suci murnimu terbang menjadi angin
PABILA HASRAT SUCI MURNIMU TERBANG MENJADI ANGIN

Aku mahu sangat pergi mengundi esok. Ya, nama aku memang ada dalam daftar SPR.
Tapi modifikasi hidup yang serba baru seminggu yang lalu. Dan wang belanja di akaun yang sesak. Semua itu buatkan paru-paru aku bernafas pendek dan sangkut.
Natijahnya aku terpaksa melupakan hasrat suci murniku itu.
Apa pun, selamat mengundi warga Malaysia. Tak lupa juga untuk pengundi-pengundi hantu kita ya! Haha!
Modifikasi Hidup Fasa III

Hai, selamat datang soldadu fakir!