Cerita Dulu-Dulu yang Girang

Wednesday, February 25, 2009 · Posted in

Dulu aku tadika kat belakang Masjid Zahir, Alor Setar. Aku ada dua kawan rapat. Aku panggil diorang Boy dan Girl.

Boy dan Girl ni adik beradik. Boy ni adik dan Girl ni kakak. Mak diorang ni pula kenal dengan mama aku. Mungkin sebab tu kami rapat.

Aku memang rapat gila dengan diorang. Lagipun kakak Boy tu cun. Rambut kerinting original ala Ezlynn. Memang rasa nak pergi tadika hari-hari. Sebab boleh main gegelung simen dan papan gelunsur. Gila best.

Rapatnya aku dengan diorang sampai aku tak mau pergi tadika kalau diorang tak ada. Aku sanggup mengamuk minta mama aku hantar balik rumah. Dan hasil daripada fikiran tak berapa nak beyond 2000 ni ialah aku kena sebat dengan abah. Hahaha!

Frenship kami terputus bila masing-masing dah masuk sekolah. Lagipun famili aku berpindah masa tu. Diorang pun sama.

Sesekali sentimental tu datang, memang ada hati nak jumpa diorang. Aku tak tau sama ada diorang ingat aku lagi atau tak. Memang susah nak jejak diorang. Sebabnya, nama betul diorang pun aku tak ingat. Mungkin masa kecik dulu aku kurang sumber DHA atau termakan banyak semut. Kot.

Satu hari entah tiba-tiba mama aku terbuka cerita pasal diorang.

"Ingat lagi tak kawan masa tadika dulu? Yang adik tu dah kawin. tapi kakak dia tak kawin lagi."

Hah?! Tak kawin lagi? [getus aku dalam hati sambil bayangkan Ezlynn yang comel]

"Kakak dia tu dulu kecik comey ja. Sekarang badan dah naik. Muka pun dah lain sangat."
.
.
Hah!! Cakap mulut aku spontan. Dan wajah Ezlynn yang sedang menyanyi Sesalanku bertukar menjadi Sponge Bob. Ah , kenangan buatkan aku imaji macam-macam.

14 Responses to “Cerita Dulu-Dulu yang Girang”

AtiRa RusLan said...

hahahha.
ni bab bab cinta mana boleh tengok fizikal. tak william shakespear ah camni.

cinta kena tengok ketulusan hati.
eceh

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

haha...

hg ni nmpak sgt tgk rupa.....

spongebob hg kata ish2...

xbaik2....

cabincrew are here not to kiss ur ass said...

cinta itu buta.tanggalkan spek kamu,insyAllah kamu bahagia.

A t i Q a h said...

Hati tu yang penting, hati!

fafarafa said...

spongebob pun comel pe. ekekekekek

azie said...

cheh.

spongebob?comey pe..

minatgiler said...

kejam! hahahha.. badan naik boleh di-diet-kan..

DeeN said...

Hang mana tau dia cam spongebob. Ntah2 mama hang tuh saja wat lawak, nak tgk akai DHA hang tuh. Ce hang risik2 kat mama hang tu, kat ner Girl tuh skang. Sempoi dak idea beyond 2020 aku neh? Keskeskeskes!!

natrah-ishe said...

hehehe.. tu mak saje wat gimmick tu.. tgk respon ank die cane.. ntah2 body lagik cun dr ezlynn. sape taww?
=)

paiseh said...

macamana rupa spongebob pompuan ye..??

Princess Liyana said...

HA HA..dan dan tu tukar fikiran ;P..Sabo jelah.

kel@mbu said...

atira;
cuma doktor bedah saja yang pernah tengok hati secara real.

gadis kg/bandar;
secara realitinya, orang buta saja yang tak dapat tengok rupa. ;)

cabincrew;
betul. perlu jadi sedikit buta untuk bercinta. perghh...

atiqah;
boleh rujuk jawapan yang sama dengan atira

fafarafa;
sponge bob memang comel serius!

azie;
hihihi.

minatgiler;
betul. betul. tabiat buruk juga yang susah nak ubah.

deen;
hahaha!

natrah;
dah asyik terbayang sponge bob je ni. apa cerita? :P

paiseh;
bulu mata lentik. mata sepet. pakai bra dan neck tie kot. hahaha!

liyana;
tukar imajinasi ja.

jarul said...

chubby-chubby-delicious....i like...

kel@mbu said...

jarul;
huh..

Powered by Blogger.