Sedikit Tentang PC Tak Lekang Dek Panas Tak Lapuk Dek Hujan

Sunday, April 04, 2010 · Posted in

1. Internet rumah aku down dua tiga hari ni. Tapi sekarang sudah ok selepas tukar adapter modem.

2. PC aku sudah mula tunjuk tanda keuzuran. Zaman belajar dulu, komputer dengan kuasa Pentium 4 cukup menggiurkan dan menggerunkan.

3. Dulu, PC jadi medium untuk aku siapkan assignment, tengok VCD, mengarang, edit-simpan gambar, internet dan main games.

4. Sekarang, kegunaan PC lebih kepada berinternet, simpan gambar dan siapkan kerja ofis. Main games sudah tak ada langsung.

5. Bercakap pasal PC, semasa belajar dulu aku ada buat kerja separuh masa, repair PC atau digelar pomen PC. Pelanggan aku biasanya kawan sekuliah. Kemudian berjangkit kepada kawan sebilik kepada kawan sekuliah. Kemudian berjangkit lagi kepada kawan kepada kawan sebilik kepada kawan sekuliah dan bla bla.. Begitulah bagaimana perniagaan aku berkembang sebelum bungkus selepas habis belajar.

6. Pelanggan aku semua perempuan. Tapi ini bukan masalah diskriminasi gender, cuma budak lelaki ni kalau PC rosak, diorang akan repair sendiri saja atau minta tolong kawan-kawan yang pandai. Ini jelas menunjukkan pelajar lelaki sangat berkemahiran dan DIY (serta kedekut).

7. Walaupun bersaing sengit dengan pomen PC lain, kekuatan perkhidmatan aku terletak kepada caj cuma RM30 saja untuk format dan repair PC, termasuk install software-macam-bagus. Kalau di kedai komputer, RM30 hanya untuk upah servis.

8. Masalah komputer yang biasa aku hadap ialah serangan virus. Dan kaedah repair yang biasa aku guna ialah format, iaitu install baru Windows menggunakan CD pirate sudah tentu. Kerja yang cukup senang sehingga aku rasa harga RM30 itu sudah cukup tinggi. Biasalah, kawan aku cakap sosialis macam aku ni kalau meniaga betul-betul bisnes boleh bankrap.

9. Kembali kepada PC aku, jika dibandingkan dengan umur manusia, PC aku sekarang ni sudah berusia 55 tahun. Sudah boleh pencen. Cuma khidmatnya aku lanjutkan atas dasar pengalaman dan kasih sayang (termasuk ekonomi).

10. Walaupun bergelar bekas graduan Teknologi Maklumat, nafsu aku terhadap benda-benda komputer kini semakin hari semakin merosot. Di segi saintifik masalah ini dilabelkan sebagai Computeropous atau hilang nafsu kepada komputer (tak payah gatal nak Wikipedia).

11. Apa tidaknya, nafsu aku sekarang lebih kepada berbuat amal kebajikan dan menderma kepada anak yatim. Abaikan poin nombor 11.

15 Responses to “Sedikit Tentang PC Tak Lekang Dek Panas Tak Lapuk Dek Hujan”

Cikgooden said...

ha ha ha....computeropous..

therosputih said...

haih...kelambu kelambu....lepas bace entry ni, lima patah perkataan yang terlintas..

"aku suke bace blog kau"

Anonymous said...

aku google computeropous..yg keluar cuma info tentang kelambu jer..

Anonymous said...

takat nak main LAN network age of mithology ngan kengkawan pun tak bole..asyik hang je..sedekah kat sungai je la bro..hahaha

ayobkelubi said...

poin nombor 11 mmg takleh blah!. pooorrraahhh!

jarul said...

mcm setan entri...ckp jer ah nk buang degree IT, ko kan dh msuk line journalism...hahaha..

Unknown said...

cikgudin;
:)

'ain:
;)

anony1;
sape suruh google. memang aku cipta sendiri istilah tu. hahaha.

anony2;
oit, setakat age of mithology tu boleh main lagi la. tp yang moden-moden sikit tu dah tak boleh nak blah.

ayob;
betullah tu. ingat main-main ka? :P

jarul;
mana boleh buang. kena frame cantek-cantek.

ayobkelubi said...

dgr citer org arsenal marah beno kat messi? keh keh keh

Unknown said...

bro, kalu main macam tu gayanya aku prefer arsenal kalah. menyakitkan hati..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ADA SIMPAN GAMBAR BABYRINA ?

tulip said...

ehe.tringt zmn blaja.sggup amik kursus tuk blaja fomat pc.tp x reti2 buat gk.bl da kje ni bru tau sng gler upenye kje fomat pc nih..

Unknown said...

brutalsolo;
tak ada.

tulip;
senang saja. masuk cd dan ikut step. :D

tulip said...

haah.msuk cd-follow instuction-tggula smp abeh.hehe.zmn blaja kalo tau fomat pc,mst da bgga+riak gler.tp skang bl da jd budak it bru tau,fomat pc tu sbnrnye bnda pling bsic.byk agi technical things yg kena tau n prlu blaja.sronok sbnrnye kn.hmm..

kelambu bole backup dak it kt opis klmbu nih.hehehe:p

Unknown said...

back up sikit-sikit tu boleh la.. :)

Anonymous said...

ahahah gilaaaa

Powered by Blogger.