Ya Ramadan (4)

Monday, August 23, 2010 · Posted in

Kelmarin aku ada reunion sambil iftar bersama rakan-rakan sepengajian universiti dulu. Kami tempah dua meja bulat besar di sebuah kelab golf kakitangan kerajaan di KL dengan bayaran satu kepala RM47.70.

Tidak seperti siri buffet Ramadan pada tahun-tahun sebelumnya. Sesi iftar kali ini aku nekad mahu lakukan survei peribadi dengan cuba makan semampu mungkin sambil ingat setiap makanan yang terjun ke dalam anak tekak aku.

Hasil survei adalah seperti di bawah. Harga makanan berdasarkan anggaran harga standard bazar Ramadan dan kuantiti makanan yang diambil. Misalnya, murtabak aku letak RM1 sebab aku makan setengah saja. Harga murtabak penuh lebih kurang RM1.50-RM2.

Nasi putih separuh - 0.50
Ikan Patin Masak Lemak - RM1.50
Kambing - RM5
Gulai Kawah - RM1.50
Pecel Lele - RM2.50
Paru - RM1
Ulam Raja - RM0.50
Tempura - RM2
Ayam Masak Minang - RM2
Soya - RM1
Cincau - RM1
Aiskrim - RM2
Roti John - RM1.50
Roti Jala - RM0.50
Kek & Agar-Agar - RM3.50
Kuih-Muih - RM4
Murtabak - RM1

Jumlah = RM31

RM47.70-RM31=RM16.70 (jumlah tak habis)


.
.

Aku rasa minggu depan nak cuba buffet RM90++ pulak. Harap-harap ada daging naga.

10 Responses to “Ya Ramadan (4)”

Ellie Best said...

hehehe.nak makan naga tasik chini?

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

wakakakakakak

dia orng buat untung leby

Anonymous said...

lumayan gak buat buffet ni

sUe said...

byk jugak kamu makan eh?
apsal kurus je...
hurm...*garu-garu dagu*

tok^bomoh^kain^kuning said...

huh.. bukak posa kat hotel la pembaziran yg amat nyata.. tp takpe bro, sekali sekala..
hang makan byk la sikit, kasi gembur2, baru ramai awek.. muahaha...

prof nik said...

kelambu bkn dah debab ke? hari tu datang kt umah aku. siap dah ada air bag tu. huhuhuhu

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

bro kelambu mintak tolong comment tentang gaya penulisan gua yg baru.lu saja sifu yang gua ada

Anonymous said...

ada air bag?hahahah..btolla..klmbu da berisi..sb tu mkn nsik separuh.klmbu nk diet ek?keke..

Unknown said...

hahahahah

Unknown said...

eli;
mana mau cari?

brutal;
ramadan betul-betul pesta bisnes makanan.

anon;
memang pun

sue;
sekarang dah debab dah pun. haha.

tok bomoh;
makan banyak ramai awek. boleh tahan jugak fakta sains hang.

niki;
ada airbag takpe. jangan jadi papan lapis sudah.. hahaha..


brutal lagi;
aku nak komen apa? kat mana?

anony;
airbag untuk keselamatan. lepas ni nak pasang abs pulak.

sfaw;
hahaha..

Powered by Blogger.