Masa balik kampung 2-3 minggu lepas adik aku cerita, orang Jitra (mungkin geng-geng dia saja kot) tak suka dR Rozmey sebab overexposed. Ini kerana penduduk Jitra terpaksa mengadap muka dia sepanjang masa yang terpampang di mana-mana sudut bangunan miliknya, Herba Prima Marketing (rujuk gambar di atas). Adik aku hairan macamana pekerja dia boleh tahan kerja di situ yang mana diorang kena mengadap muka dR Rozmey setiap hari. "Silap-silap dalam jamban ofis pun ada muka dia. Uihh, tak boleh blah aku!"
Tapi secara peribadi, walaupun agak lucu, aku sebenarnya respek dengan jutawan kita seorang tu. Dia satu-satunya businessman yang jadikan sosok tubuh sendiri sebagai model jual produk kesihatan dan jual filem.
Ok, korang bising bila iklan di media banyak eksploit wanita. Asyik ambil model pan Asian saja yang tak ada langsung muka Melayu? Korang marah bila iklan tivi dan surat khabar penuh dengan paparan seksual. Tapi datang part dR Rozmey jempul ibu jari, korang panas bontot pulak. Apa cerita ni, brader?
Walaupun tak terasa nak tengok 2 Alam, tapi serius, setiap kali aku nampak muka dia dalam surat khabar, aku jadi hepi. Jadi, orang yang bagi aku hepi, aku kena respek. Simple.
"Kenapa orang tak hepi bila dR tunjuk best? dR bukan tunjuk isyarat lucah pun."
18 Responses to “Bukan rebiu 2 Alam”
mungkin rambut dia tu merimaskan pandangan mereka yang memandang...itu sume fesyen...hahaha
tapi bang...aku rimas asyik nampak muka dia ja...
aku respek die.aku suke sb die hebat dlm bisnes.lg org duk kutuk kaw2,lg die naekkn trget dr 20 juta ke 40 juta.bg aku tu strategi jgk kot.nk tau hebat cmne la flem die tuh smp brangn 40juta,org msti akn pegi tgk.hehe.pndngn aku la..
betul lah lu ckp bro.
gua ubah perspektif gua.
standard org melayu.mana boleh org lain lebih..mesti nak ada perasaan yg tak elok kan?
aku takde masalah dgn dr ni whatsoever dia punya plan or business strategy. sekurang2nya dia berani!. tabik.
dia seorang yg sgt optimistik - itu bagus. dan ingatlah bhw jika terlampau optimistik dan yakin diri, akan membawa kepada takbur serta riak - itu sgt tidak baguss
well entri kau bagus,sbb ssh aku nk jumpa org yg TAK kutuk dR Rozmey secara terang²an skarang ni. hahah.
aku tak kisah sgt dia jadi model utk produk dia.
tapi.. boleh tak dia ubah gaya rambut dia.
terima kasih.
hii
certa dua alam ayah dan ibu tak bagi tengok..kata mereka tiada apa yang boleh di bangakan... tunggu dvd dia lah..add cempaka boleh
muahahhahahah. ok. aku admit...aku antara mereka2 yg menyampah tengok iklan (baca: muka) dia ni merata2.
produk dia mungkin bagus....tp kdg2 bila org menyampah, org jd tanak beli produk dia. so sket2 suda laaa.
sometimes....less is more, right.
& amyz...seriyes aku setuju dgn ko. duit byk...tp gaya rambut mengganggu pemandangan, x guna gak dR. muahhahahahah
ros;
nama pun fesyen.
cikgudin;
amboi, nampak muka maya karin hari-hari takpe. haha!
semarak;
aku rasa itu semua psikologi pemasaran. macam kontinjen sukan atau pasukan bola kita la, sebelum mula event/game, coach akan cakap yakin rangkul kejuaraan. tapi tak dapat juga. aku tak anggap target dR tu di segi tak sedar diri atau perasan best ke apa, sebab mustahil businessman macam dia tak buat market surveying. macam aku cakap, psikologi pemasaran. kadang-kadang benda tu tak masuk akal.
ayob;
sebenarnya, sedar atau tak, ada banyak perkara boleh dilihat di sebalik isu dR overexposed tu. tentang macamana kelompok berwang/kapitalis menundukkan media dengan mengetepikan sentimen umum dan ideologi sendiri. juga pasal hipokrasi dan prejudis dalam diri kita yang kita tak perasan pun.
jane;
aku tak boleh nak judge sama ada dia riak atau tak. kita kata dia riak sebab kita dipengaruhi persepsi umum. bagi aku, apa yang dia buat tu sebahagian daripada ekspresi. ia subjektif. ambil contoh fb, lihatlah macaman kawan-kawan kita ekspres diri diorang. ada yang rasa hepi dapat tunjuk kebahagian dia dengan couple/famili. ada juga yang syok bila dapat publish pic tangkap sendiri bajet cun/macho dan publish di fb. ada tak kita peduli ada orang menyampah tengok pic-pic kita yang mungkin overexposed? aku syak dR pun macam kita jugak. dia tak rasa dia overexposed.
amyz;
itu rambut bakal jadi cult fashion weh. lepas-lepas ni, mana-mana orang yang ada rambut macam tu kita akan cakap, "alaa, takkan kau tak perasan mamat rambut dR rozmey tu.."
cempaka;
tengok 2 alam bukan untuk bangga. nak bangga bantu orang buta lintas jalan. dah add. :)
fafa;
hahaha. tapi aku rasa overexposed dia dalam filem tak akan jejaskan dia punya produk pun. selagi dia dapat yakinkan pelanggan untuk kuruskan badan dengan produk jus mate dan tak menipu, dia masih akan dapat pelanggan baru secara promosi verbal. pasal filem, aku tak jamin. hahaha.
ubat kurus okeh tp buat pilem, tak yah lah dek non oii..
muahahaha..
Dr kita nih dulu kuat agama, selalu g masjid, pastu gi pusat perubatan dan bersalin dia tuh(ala, tapak kedai yg sama mcm dlm gambar tuh).. kira mcm normal la.. tp tetiba je bila arwah bini dia tetiba dan tetiba jd mcm Anita^Sabah tang muka, aku dah mula cuak...
pastuh bila bini dia mati eksiden langgar pokok tepi tasik aku mula sangsi...
kubur merah lg dia kawin lain plak dgn pelakon drama aku mula syak... pastuh lagi tup2 promosi kaw2 ubat kurus, model kurus, pekerja kurus2 dan seksi2, buat Pilem^Putar^Alam takdak kualiti dan lain2 aku jadi bingung..
Dia nih kenapa.. apa yg dia nak..
Boleh tak suruh dia bukak salon rambut plak lepas ni? pastu dia jadi model...
gua fesyen bruce wilis. Jadi bab rambut dia, gua no comment.
Cuma macam ayobkelubi cakap, optimistik tu bagus, cuma kalu terlebih, dah jadi riak.
kak mah;
itu dah masuk emotional attacking. aku tak mau terjebak. hahaha.
mushroom;
nak bukak salun dia kena kasi rebonding dulu la itu rambut mushroom. kahkahkah.
hambali;
bro, jane cakap, bukan ayob. sebenarnya yang judge seseorang tu riak, perasan bagus, takabor etc etc itu kita sendiri. macamana kalau kita ganti dR rozmey dengan maya karin atau lisa surihani. rasa-rasa kita masih cakap tak diorang riak? dia mungkin tak rasa macam tu pun sebab dia anggap itu parts of expression. ambil contoh fb td. aku pun tak suka orang berlebih-lebih sebenarnya. tapi aku anggap itu emosi sendiri saja.
dr segi bisnes, maybe die sgt bagus. confiden level yg sgt tinggi.
mgkin die baru nk ceburi bidang perfileman, so die terlalu teruja kot.
tengs. aku da mula pandang dr dari sudut positif. heheeeeee
nida;
aku rasa lebih baik dia laburkan duit yang banyak tu kepada pengarah yang bagus buat filem. :D
korg tau x nape dia buat movie? cari untung? menang award?
niki;
aku tak rasa dia nak buat untung sebab orang macam dia sepatutnya tau pasal berbaloi atau tak kau melabur lebih-lebih dalam industri ni. aku rasa dia cuma nak nama dia diingati dalam dunia seni saja.
Post a Comment