Antara Abbey Road dan Kota Melaka

Friday, January 14, 2011 · Posted in ,

Gambar di atas adalah lintasan pejalan kaki (zebra crossing) Abbey Road di barat laut London. Lintasan tersebut pernah digunakan band legenda dari England, The Beatles sebagai kulit album studio ke-11 mereka, 42 tahun lalu (1969).

Bulan lepas, Menteri Warisan Britain, John Penrose mengambil langkah melindungi lintasan tersebut dengan mengisytiharkannya sebagai tapak warisan, susulan reaksi daripada nasihat jabatan warisan Inggeris.

Kini, lintasan tersebut sudah dimasukkan dalam senarai warisan Gred II oleh Penrose walaupun timbul beberapa dakwaan yang menyatakan kedudukan lintasan itu bukan lagi berada di lokasi asal seperti dalam album Abbey Road.

Namun, berdasarkan imej pada album, ramai peminat-peminat muzik dari seluruh dunia, termasuk band-band terkenal, bersetuju menjadikan lintasan itu sebagai tempat ritual seni yang wajib dilawati jika kau mengaku cintakan muzik. Bagi kerajaan Britain, ia menjadi tempat ikon kebudayaan dan sejarah negara itu yang mencetuskan fenomena muzik seluruh dunia.

Lintasan dan kawasan sekelilingnya hendaklah dipulihara dan dijaga seperti yang terpapar pada imej kulit album tersebut dan tiada binaan tambahan dibenarkan didirikan. Semuanya untuk mengekalkan mood dan suasana 70-an sama seperti pada zaman ketika album itu dilancarkan.

Sebaliknya, nun jauh di rantau ini, orang Malaya yang mengaku leluhur mereka amat kaya dengan budaya dan ketamadunan, sejauh manakah kita menghargai bangunan ikon budaya dan sejarah kita?

Misalnya, di Melaka, suatu masa dulu kawasan sekitar kota A Famosa, dikenali Dataran Pahlawan, terbentang luas dan kau tidak perlu mendaki bukit atau menaiki menara Taming Sari (yang huduh) untuk melihat Selat Melaka. Dan kau senang saja berimaji tentang keadaan umat nusantara pada abad ke-15 sambil membayangkan bagaimana berakhirnya riwayat Kesultanan Melayu Melaka hingga tertegaknya kota Portugis itu.

Sekarang. Semua kesan dan tinggalan sejarah itu habis ditenggelamkan bangunan-bangunan moden. Kota lama itu kelihatan kerdil dan mati dikepit hutan-hutan batu atas nama ekonomi pelancongan.

Kau tengok Menara Eiffel. Kau tengok kawasan sekelilingnya. Tiada monumen lain dibina untuk menyaingi ikonik Eiffel. Menara itu dibiarkan gagah berdiri kerana orang Perancis melihat Eiffel sebagai binaan yang melambangkan kebangkitan intelektual dan nikmat demokrasi yang diraih mereka sejurus tercetusnya Revolusi Perancis.

Aku tidak tahu sejak bila orang Malaya semakin buta sejarah. Mungkin sejak juak Arab Wahabi datang ke tanah Malaya dan berjaya mengarabisasikan seluruh pemikiran dan budaya umat Melayu dan nusantara. Ataupun, kita sememangnya sudah tidak faham lagi makna budaya dan sejarah sejak pandai meletakkan apa saja perkara dalam dunia ini atas nama ringgit.


Dua ikon sejarah yang mendapat layanan berbeza

12 Responses to “Antara Abbey Road dan Kota Melaka”

Ellie Best said...

well..what to do..they just don't have a sense of heritage.yet they still claim that today's generation doesn't have knowledge in history and doesn't appreciate history..such a pity:(

Unknown said...

sometimes we have the knowledge, but no voice..

Kemat said...

aku dulu pergi melaka puas keliling bandar nelaka nak cara pintu masuk ke A famosa nie, tenggelam dek bangunan lain. alih2 lepas keluar dari shopping complex dataran pahlawan baru perasan laluan ke afamosa ada kat belakang tu

cek P said...

bagus ulasan ko kali nih..
cara ko ulas ala2 urban planner gitu..ade cket2 ar..hehe :-p
x tau laa mcm mane urban planner tuh plan town die..isk3..

aku: pembaca sisi gelap

ruslina said...

waah.. catatan yang mengharukan ,aku ingin sekali melintas di jalan itu!!

p/s; kurang setuju penggunaan arab wahabi yg berbaur negatif. mungkin kau belum tahu nama wahabi telah diputar belitkan dan di tuduh sebagai ajaran sesat; tidak mengapa ini bukan intipati post dan harap penulis blog abaikan p/s ini ya :)

Unknown said...

kemat;
melaka bangga dapat status bandar raya sejarah. tapi apresiasi sejarah di melaka itu macam mana? orang pergi ke melaka untuk lihat tinggalan sejarah yang sejarawan kita sepakat cakap ia pusat peradaban umat melayu nusantara. aku bukan nak pergi shopping, aku bukan nak naik menara atau roda putar. itu orang boleh cari di KL, taman tema Genting dan banyak tempat lain. melaka tak perlu semua tu untuk tarik pelancong datang. bangunkan melaka seadanya, dengan sejarahnya.

cek p;
aku tak tau kenapa makna pembangunan atau kemodenan mesti diasosiasikan dengan shopping mall dan bangunan pencakar langit dan monumen-monumen suka ria.

TQ.

anna;
aku tak sentuh ideologi wahabisme di segi beza mazhab, nanti berperang. hahaha. tapi kalau kaitkan gerakan wahabisme dengan entri aku, iaitu apresiasi seni dan sejarah, kita akan nampak betapa wahabisme antara gerakan yang memang buta seni dan sejarah. kubur-kubur sahabat nabi dipunggah, menara jam tinggi mengawan dibina sebelah kaabah dan hotel-hotel mewah mengepit tempat suci agama kita. tak ada alasan lain lagi untuk aku bencikan pak-pak arab yang gunakan nama agama untuk pertahankan daulah.

p/s: jangan lupa baca gerakan wahabi yang ditaja keluarga saudi hingga tertubuhnya kerajaan dinasti Arab Saudi pada 1932. lihat dan nilai di segi perkembangan politik, ekonomi dan agama di semenanjung arab. dari situ baru kita tau tembelang pak arab.

Hambali ® said...

Tara tu la malaysia ni ...

Najiro said...

wang sebenarnya membuat manusia buta akan nilai sejarah.

Unknown said...

hambali;
bukan apa, bro. benda-benda macam tu tak susah untuk kita faham sebenarnya. cuma perlu sensitif sikit dan belajar hargai apa yang kita ada. cakap pasal agama, bangsa bukan main..

najiro;
wang memang perlu untuk jaga monumen sejarah. tapi nak cari orang yang faham makna sejarah tu susah. benda sejarah ni untuk kita raikan, bukan untuk simpan berhabuk.

Amyz! said...

Sebabkan kg ayah di Melaka, jadi aku sangat suka pada subjek sejarah. Asal tentang Melaka saja, markah ujian tinggi. feh bangga!

Waktu kecil dulu, setiap kali balik Melaka, ayah bawa pergi mendaki Bukit St Paul, berlari dalam monumen sejarah itu. Dapat tengok laut.

Sekarang laut dah makin jauh. Padang hijau yg dulu ada berderetan kereta lembu membawa pelancong sudah digantikan dengan Dataran Pahlawan. T_T

Bangunan Merah tak lagi gah - berganti dengan kompleks beli belah.

Sayang. Sungguh sayang!

Unknown said...

amyz;
dulu aku protes sebab apa Melaka diangkat sebagai simbol ketamadunan Melayu. walhal kerajaan Melayu di utara lebih lama membina tamadun dan catatan kerajaannya juga jauh lebih lengkap berbanding melaka yang bergantung kepada catatan berunsur mitos. ok, itu cerita lain. tapi, bila aku tengok macamana layanan kita terhadap sejarah Melaka yang digahkan sebagai simbol ketamadunan nusantara, aku tiba-tiba jadi sangat sedih.

Anonymous said...

zebra crossing n eiffel tower adalah warisan bangsa dari bangsa itu sendiri,memang wajar diagungkan oleh mereka..tapi a-famosa adalah warisan penjajah yg dijadikan warisan bangsa..tiada kewajaran pun untuk diagungkan..biarlah ia tersepit antara hutan batu kerana berbangga dengan menara taming sari adalah lebih ber erti bg pewaris bangsa yg punya identiti.

Powered by Blogger.