Resepi Coca-Cola kini dibongkar

Thursday, February 17, 2011 · Posted in ,

Menggemparkan.

Beberapa jam lalu, ada 2-3 portal berita antarabangsa melaporkan kenyataan laman web, thisamericanlife.org yang mendakwa membongkar resepi air sedap, Coca-Cola.

Thisamericanlife.org mendakwa menemui senarai yang diambil daripada sebuah akhbar yang mendedahkan resepi ciptaan ahli farmasi, John Pemberton (1886).

Foto resepi itu diperoleh daripada artikel dalam akhbar Atlanta Journal-Constitution edisi 8 yang bertarikh Februari 1979. Dalam foto itu juga merakamkan aksi seorang hamba Allah memegang buku dengan resepi yang didakwa sama dengan resepi digunakan Pemberton.

Senarai resepi itu dikatakan lengkap dengan bahan dan dos untuk menghasilkan Coca-Cola. Kini, resepi asli Coca-Cola tersebut dikatakan disimpan dalam bilik bertutup di Atlanta, Georgia dan dikawal 24 jam.

Mari saksikan resepi Coca-Cola kita. Sila tukar sendiri metrik:

1. Ekstrak cair coca - 3 dram (unit)
2. Asam Sitrat - 3 aun
3. Kafein - 1 aun
4. Gula - 30 (tak berapa jelas metrik)
5. Air - 2.5 gelen
6. Jus jeruk limau - 2.25 liter
7. Vanila - 1 aun
8. Karamel - 1.5 aun atau lebih untuk warna.

7 jenis penambah perasa (2 aun+ 5 titik sirap)
1. Alkohol - 8 aun
2. Minyak jeruk - 20 titik
3. Minyak lemon - 30 titik
4. Minyak nutmeg - 10 titik
5. Coriander (ketumbar) - 5 titik
6. Neroli - 10 titik
7. Cinnamon (kayu manis) - 10 titik

Sekarang tak payah susah nak ekstrak. Saintis makanan atau chef-chef kita boleh cuba buat ujikaji. Abang-abang penguat kuasa kita macamana? Takkan serbu kedai mapley saja kot? Rasa-rasa akhbar Malaya keluar tak berita ni?

8 Responses to “Resepi Coca-Cola kini dibongkar”

prof nik said...

10. Alkohol - 8 aun

maknenye harammmm la ek... tp nape elok je tulis halal kat tin dia. emmmm.. sape yang harus disalahkan ni

ayobkelubi said...

perrrghhh!!...biar betul...siapa yg nak pergi raid KFC?, MCD, PIZZA?. bukan derang pun serve coke kan?. demmit!.

Can You Brain This? said...

hehehe.

patut lah nice semacam coke ni. :)

Unknown said...

niki;
aku rasa pihak berkuasa kita takkan ambik 'pot' pun pasal pendedahan tu. tau tak sebab apa? sebab namanya coca cola, beb. cuba namanya cola abu sayyaf, sampai ke lubang cacing diorang kejar..

ayob;
seingat aku dalam tahun lepas, pm najib baru saja pecah tanah untuk kilang coca-cola di nilai, ns yang mampu cover rantau asean. so, siapa berani raid!

brain this;
hahaha.. resepi misteri mestilah sedap.. :)

Anonymous said...

boleh caye ke en kelambu...actually i super most hate us product hehe

Unknown said...

anony;
boleh jadi betul, boleh jadi tak. resepi sudah ada. jadi, ini sudah jadi tugas mereka yang ada kepakaran dan kuasa. sebenarnya, aku cuma nak dedahkan perkara ironi pasal sikap double standard pihak berkuasa kita yang kecut telur bila berdepan dengan cukong besar!

rinz raime said...

yeah.. aku sokong..
sikap double standard, yg jadi mangsa org hina marhaen mcm kita2 semua nih.. if korang anak2 somebody mana2, forget it man..

Unknown said...

rinz;
undang-undang kita masih feudal.. itu realitinya..

Powered by Blogger.