Sedikit pasal e-mel 'forward'

Friday, February 25, 2011 · Posted in ,

Ini ialah sebuah laman web yang diwujudkan oleh peminat siri novel Dragon Riders of Pern karya penulis Amerika, Anne McCaffrey.

Entri ni respon daripada entri keretamayat. Pasal tulis assalamualaikum sebagai 'akum/a'kum'. Pasal jangan sebut 'salam'. Jangan sebut 'bye bye'. Jangan itu dan jangan ini. Sumpah, aku dah dapat banyak e-mel forward pasal benda ni. Dan sumpah aku tak percaya pun. Lawaknya, ada ramai makhluk yang bila hantar mesej kat aku, diorang akan tulis as salam atau salam penuh. Cepat saja otak aku bagitau, ni mesti percaya e-mel forward.

Bagi aku, sebelum kau nak percaya apa saja e-mel yang di-forward, kau mesti ada menganut satu ideologi, iaitu 'trust nobody'. Ideologi ini perlu kau bawa ke mana-mana, apatah lagi kalau benda yang disampaikan itu bukan dalam ruang lingkup pengetahuan kau. Kau cuma perlu rileks dan bertanya kepada Lebai Google atau Prof Wiki atau sumber bertulis lain. Ideologi ini juga kau kena bawa ketika bertandang ke ceramah politik, tazkirah agama, sembang kencang kedai kopi, berdebat dengan cendekiawan, mat rempit, abang Perkasa, ultra liberalis, Muammar Gaddafi atau Decepticon.

Mereka yang suka menyebarkan dan percaya kepada e-mel seperti itu bolehlah dikategorikan sebagai religious/cultural paranoia atau dalam terma psikiatrik dipanggil psikosis atau bahasa mudahnya gangguan pemikiran. Individu yang berisiko mengalami masalah tersebut boleh dikesan melalui kecenderungan atau minat seseorang itu dalam membincangkan perkara mengenai konspirasi pihak luar terhadap dirinya atau orang lain. Untuk pengetahuan anda, ahli-ahli politik dan orang-orang agama yang hanya belajar dan taksub kepada satu sekolah pemikiran adalah antara kelompok manusia yang berisiko tinggi mengidap psikosis. Mereka ada satu perasaan bahawa diri mereka sentiasa diperhatikan dan berada dalam ancaman.

Dalam konteks Melayu Islam di Malaya, manusia yang berpotensi mengidap penyakit mental ini, ialah individu yang memuat turun dan khatam beberapa kali video The Arrivals, suka mengumpul buku tentang dunia akan kiamat, Yahudi mahu menakluk dunia (tetapi hairannya, diorang ada akaun Facebook!), Dajjal mata satu bakal turun dan seumpamanya. Bagi mereka, buku-buku itu lagi penting berbanding buku pasal cintai sungai kita, kaitan petroleum dan ekonomi dunia, konflik Timur-Barat dan pemikiran al-Farabi atau puisi Maulana Rumi. Bagi aku, mereka semua ini aku kategorikan sebagai psikosis gred 2 (gred 3 paling teruk).

Menjawab atau berfikir sebentar tentang isu salam penuh dan salam 'Akum' sebenarnya tak susah pun. Kau cuma perlu faham bahasa! Aku cuma bagi dua contoh mudah:

Satu.
Ada satu dinasti Islam pernah menguasai daerah Junagadh dalam negeri Gujarat di India pada abad ke-18 hingga 19. Tahu tak apa nama pengasas dinasti tu? Namanya Muhammed Sher Khan Babi dan dalam sejarah India, empayar tersebut dikenali sebagai Dinasti Babi!

Dua.
Dalam bahasa Indonesia, butuh membawa maksud 'perlu', tetapi dalam bahasa Melayu ia membawa maksud kemaluan lelaki.

Persoalan:
1. Apakah kata 'babi' di Malaysia sama dengan 'babi' Islam di India?
2. Apakah ada orang Indonesia menghantar e-mel forward meminta jangan menggunakan perkataan butuh kerana ia membawa maksud 'batang lelaki' dalam bahasa Melayu?

16 Responses to “Sedikit pasal e-mel 'forward'”

Ellie Best said...

"Dalam konteks Melayu Islam di Malaya, manusia yang berpotensi mengidap penyakit mental ini, ialah individu yang memuat turun dan khatam beberapa kali video The Arrivals, suka mengumpul buku tentang dunia akan kiamat, Yahudi mahu menakluk dunia (tetapi hairannya, diorang ada akaun Facebook!), Dajjal mata satu bakal turun dan seumpamanya."

Kelambu, kurang faham lah point atas ni. Boleh jelaskan?

Kap said...

penyakit percaya benda di permukaan ni kena kikis.
asal yang pencerita tu pakai kopiah dan bercerita hal agama kira confirm betul.
orang keliling panggil seseorang tu doktor dan dia bercerita pasal kesihatan saja, sah betul.
tak fikir panjang percaya bulat bulat.
penting untuk banyak baca dari pelbagai sumber.
iqra'. iqra'. iqra'.
jom.

Lanzo said...

ellie;
read with sarcasm. quote tu khas untuk orang yang baca dan percaya cuma pada satu sumber ilmu. sampai satu tahap teks yang dibaca tu menguasai fikiran diorang sampai jadi paranoia.

kap;
betul, kap. sekarang pun berapa ramai orang buat duit atas nama agama dan profesionalisme. ada doktor jadi jurucakap produk kesihatan mlm dan ada ustaz jadi jurucakap produk ubat berjampi.

Anonymous said...

bagus...ade jugak entri2 yg kritis mcm ni..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

malam ni gua tidur pakai kelambu ,bukan bersama kelambu..ada paham

Lanzo said...

anony;
:)

brutal;
kahkahkah!!

Anonymous said...

manusia ada akal utk berfikir, tapi ada rasa mudah terpengaruh. manusia ada semangat yang kuat tapi ada rasa ketakutan walaupun ia tak berdarah..macam permainan bahasa yang ada silang kata. semua melihat seorang, seorang tak mungkin lihat semua. tapi sebenarnya seorang mampu melihat semua dengan sebaiknya dan semua tak mungkin memahami seorang.
haha!

Lanzo said...

anony;
tiba-tiba aku teringat raja cincin dalam skrip teater

Anonymous said...

tak pernah baca skrip tu..arahan kelambu kan? ada masa toss kasi aku baca.. berkongsi bersama agar tiada yang buta seni dan bahasa..haha!

Lanzo said...

anony;
skrip dua malam saja.. ahahaha..

fafarafa said...

hahahhahah. ko patut sebut tentang Illuminati & Freemason jugak. sbb derang ni rajin sungguh tilik & kaitkan setiap satu perkara tuh dgn menatang 2 nih. smpi kecoh 1 mesia. hohohohoho

Lanzo said...

fafa;
aku dah sebut sikit dalam previous entri. ni psikosis gred 3. nak berhujah pun susah.

Zai BPA said...

well said incik lanzo... hehehehe... lg satu pasal email foward mengenai lemak babi... kod apa ntah diaorg kata tu lemak babi sebeno nye... dan org pon laju je mengfoward kn email tu.. di mana dlm email tu siap bg makanan2 yg ada kod tuh... last2 smpi jakim ke apa ntah siap terang kn kat prgm tv bahawa benda tu semua fitnah... betol la apa yg ko kata .. paranoia yg tahap taksub.. laju je foward kn email yg belum tentu kesahihan nye.. buat sesuatu tanpa ilmu..... sebok sngt nak kaji pasal arrivals la, dajjal lah... awat tak pikir kn mcm mane org islam ni nak maju? nak brjaya? nak naik kn islam tu di atas? sbb perkara2 mcm ni perlu usaha yg lebih, tu yg diaorg x nk buat.. benda2 mcm email nih laju je.. sbb setakat foward je.. senang... yg susah x moh buat..

Lanzo said...

zai;
realitinya, itulah wajah orang kita sebenarnya. mudah percaya tanpa mengkaji. dan apa nak hairan orang-orang macam tu jadi mangsa eksploitasi mereka yang ada ilmu dan guna untuk kepentingan peribadi.

rinz raime said...

memang dasar manusia ni dari asalnya terpaksa jadi paranoid dan takut pada yg benda yg tak diketahui..
tp tu lah, aku sokong semua komen2 kat sini..org2 malaysia nih ramai yg sdg menggunakan org2 lain untuk kepentingan diri memasing.. tak ramai org yg suci jernih zahir dan peribadinya.. kalau ada pun, sedang2 elok diperkudakan oleh org2 yang bijak dan panjang akalnya... malangnya, kadang2 dia ketahui, kadang2 pula dia buat2 tak tahu..

Lanzo said...

rinz;
sebab tu sekarang ramai saja orang cari makan dengan jual ketakutan..

Powered by Blogger.