Beza lampu isyarat bodoh dan pandai |
Kajian kesauran ni penting untuk menilai apa saja pro dan kontra yang ada kaitan dengan projek supaya kau dapat meminimumkan kesan buruk selepas sesuatu projek itu siap. Umumnya, feasibiliy study ni adalah kajian yang menjurus kepada perkembangan teknikal dan pelaksanaan projek.
Misalnya, kalau buat projek lebarkan jalan untuk menyuraikan kesesakan lalu lintas, kau mesti kaji sama ada projek kau tu betul-betul dapat atasi masalah tersebut. Lagi teruk kalau projek kau bukan saja gagal selesai masalah, tapi menambahkan lagi masalah.
Satu lagi contoh mengenai kajian kesauran ialah kes lampu isyarat di simpang empat Jalan Kampung Melayu Subang, dekat stesen minyak Esso atau selepas Petronas kalau kau datang dari Shah Alam.
Untuk maklumat, jalan raya sepanjang lampu isyarat itu adalah dua lorong dan dua hala. Oleh kerana ia dibina untuk menyuraikan aliran trafik di simpang empat yang membabitkan kenderaan keluar masuk simpang, sistem lampu isyarat sepatutnya membenarkan kenderaan di kedua-dua lorong bergerak satu hala secara serentak, iaitu jalan terus dan masuk simpang (macam polis trafik selalu buat).
Kalau hanya satu laluan saja dibenarkan bergerak dan satu lagi berhenti, kesesakan akan berlaku, terutama di lorong terus. Ini kerana laluan cuma dua lorong, lainlah kalau laluan terus ada dua atau tiga lorong.
Berdasarkan pemerhatian aku, sistem trafik satu lorong terus dan satu lorong berhenti untuk jalan dua lorong tak pernah berjaya meleraikan masalah kesesakan. Ini kerana kenderaan yang mahu bergerak terus biasanya lebih banyak berbanding kenderaan masuk simpang.
Masalah timbul apabila ada pemandu yang mahu bergerak terus secara tidak sengaja (atau sengaja) masuk ke lorong yang cuma dikhaskan untuk mereka yang mahu masuk simpang. Dan apabila sedar tidak boleh belok, mereka pun beri signal mahu pangkah masuk ke lorong terus. Jadi, inilah punca kesesakan berlaku di simpang lampu isyarat dua lorong.
Contoh lain ialah satu lampu isyarat di Jalan Ipoh menghala ke Sentul dan Jalan Sungai Buloh (dekat kuarters tentera). Setiap hari aku lalu dua jalan tu, mesti ada pemandu silap masuk lorong dan bagi signal mahu jalan terus.
Berbalik kepada lampu isyarat Kampung Melayu Subang, sebelum ini lampu isyarat di simpang tu bergerak dua lorong serentak. Tapi, beberapa hari lepas aku perasan sistem lampu isyarat di situ sudah berubah kepada sistem baru yang aku sebut di atas. Sudahnya, laluan yang memang sudah sesak teruk menjadi semakin teruk hampir sepanjang masa.
Situasi tersebut seolah-olah kau yang boleh saja makan ikut hidung untuk atasi masalah makan guna mulut, tapi diarah doktor supaya makan ikut telinga. Aku tak faham kajian binatang apa yang perancang bandar kita buat.
8 Responses to “Lampu isyarat dan kajian kesauran”
hahaha...dh lame tak gelak sorg2 mcm nih..
dulu salu curi2 bc smbil sengih2..hehe
suke ayt last ko tuh.. :-)
sejak ko dh keje nih..
kurg sket lwk kt entri ko..
byk isu keras..hehe xpe phm..
dh keje mcm2 stress..
ms blaja otak free..
Aaaaa kepimpinan melalui teladan
betul tu.i noticed about this as well.diorang nak change something tapi serupa macam tak fikir and tak ada plan.it's a common sense actually
nice n3 bro
baik ko kahwin cepat.bila nak projek ko cuma pk dua tiga kerat usah panjang panjang
tu namanya perancangan atas kertasa saja. rasanya diorg main game saidina sambil buat perancangan ini..
cek p;
aku dah mula risau bila kau cakap blog aku dah kurang lawak..
king;
hahaha
ellie;
betul. tak payah fikir pecah kepala pun sebenarnya..
brutal;
ish.. kena fikir jugak kot.. kahkahkah..
maria;
main dam haji. pakat kelam kabut nak naik haji kot..
biasanya bukan perancang bandar yang menentukan segalanya.. sesuatu pembangunan masa kini melebihi 1 ekar tanah perlukan "traffic impact assessment report" untuk melayakkan mereka mendapat "kebenaran merancang".. report ini biasanya dilakukan oleh para perunding trafik yang dilantik pemaju.. kajian dilakukan merangkumi semua aspek melibatkan impact prjek tersebut pada lalulintas masa kini dan 10 tahun akan datang.. report ini kemudian perlu dimajukan ke JKR dan PBT tertentu bagi kelulusan.. once dah lulus baru projek dilaksanakan.. dalam masa yang sama setiap jalan yang nak dibuat.. perlu di audit oleh juruaudit jalan yang bertauliah.. kesalahan dari segi perancangan ni melibatkab banyak pihak.. tapi yang paling besar adalah kepada perunding trafik itu sendiri.. kat malaysia ni tak banyak perunding trafik.
fat;
but traffic planner/consultant are also a part of the urban planning rite? macam setup projek it juga. ada programmer, ada system analyst, ada network specialist, tapi semua masih dalam skop it. dalam isu ini, masalah tiris berlaku pada traffic planning, mungkin PBT atau JKR ketepikan kepakaran traffic planner. tak tau sebab apa. reduce cost? corruption? no expertise?
Post a Comment