Cikgu dan kerja lebih masa

Wednesday, November 16, 2011 · Posted in ,


Sebelum terjebak dalam dunia kewartawanan, aku pernah bertugas sebagai pegawai pelatih di sebuah badan berkanun dekat Kelana Jaya dengan waktu pejabat bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Antara momen paling diingati sepanjang aku bekerja di situ ialah apabila jam tepat menunjukkan 15 minit sebelum waktu balik, maka berpusu-pusu dan beratur panjanglah majoriti rakan pejabat untuk men-swipe kad masing-masing.

Apa yang menakjubkan, dalam masa 15 minit saja selepas 4.30 petang, suasana di seluruh ruang pejabat langsung bertukar sunyi sepi dan menakutkan bagaikan dilanda geroda adanya.

Kau tak payah nak buat-buat rajin sebab kalau kau balik lambat sejam, tak mustahil kau akan terkunci dalam pejabat sampai esok pagi.

Dan bila aku baca ada bijak pandai kita merancang mahu menambah masa bekerja untuk cikgu, aku jenuh naik hairan. Apa tidaknya, selama hidup, aku belum pernah ada pengalaman tengok cikgu-cikgu aku berpusu keluar kelas dan beratur panjang nak balik rumah sebaik saja loceng berbunyi.

Benda apakah yang dimakan bijak pandai kita sampai berfikir sebegitu jahanam sekali?

4 Responses to “Cikgu dan kerja lebih masa”

Amirul Idham said...

Pengalaman yang sama aku rasakan masa aku praktikal kat Telekom Malaysia. 15 minit sebelum balik, pak cik-pak cik ni dah dok beratur depan mesin punch card

Aku pun pelik juga kenapa cikgu disuruh kerja lebih masa. Ada pihak yang jaki dengan cikgu-cikgu agaknya?

i'msosupernotcool said...

jahanam dan bangang. itu mereka.

Amyz! said...

hahaha. dia igt cikgu kerja separuh hari je. :-p

Anonymous said...

suruh org2 tu jadi 'cikgu ganti'.. dok kat skolah sminggu, sure dah TOBAT jadi cikgu aa..

Powered by Blogger.