Melankolia Jebat

Tuesday, May 22, 2012 · Posted in , , ,



Sejarah menulis, Jebat mengamuk kerana Sultan menghukum bunuh saudaranya, Tuah tanpa usul periksa. Jebat dilabel penderhaka, tetapi hari ini ramai menganggap beliau sebagai revolusioner pertama Melayu yang berani menyanggah daulah atas nama memerangi kezaliman.

Namun, sebelum Tuah difitnah dan dihukum bunuh dan disembunyikan Bendahara di dalam hutan sebelum dipanggil balik (atas idea Bendahara) dan dikerah pula membunuh Jebat (aku dapat bayangkan minda Tuah didoktrin ala tentera Nazi), tiada siapa pun tahu kejahatan apa lagi yang dilakukan Sultan selain hukuman bunuh ke atas Tuah.

Sedangkan Tuah yang bergelar Laksamana pun dihukum bunuh hanya kerana adu domba orang istana, tidaklah dapat dibayangkan nasib rakyat biasa lain yang dizalimi atau dituduh melakukan kesalahan yang belum dibuktikan bersalah.

Mungkinkah ada ramai isteri yang dirampas. Atau ada yang dibunuh kerana melintas dan tertonggeng depan Sultan sebab tak tahan mahu memerut. Semua itu kita tidak tahu pun kerana peel umat Melayu ketika itu sama saja seperti hari ini, mereka lebih gemar berlebong ceramah dan mendengar propaganda semata-mata daripada menulis catatan sejarah dan hal ehwal keilmuan mengenai alam seputar mereka.

Persoalannya, kalau Tuah tidak dihukum bunuh, apakah Jebat ambil peduli pasal perihal kezaliman Sultan terhadap orang lain? Aku rasa tak.

Cuma, dek hukuman tak masuk akal ke atas Tuahlah yang menyebabkan Jebat naik minyak. Mungkin fikir Jebat ketika itu, Tuah patut diberikan sedikit imuniti atas statusnya sebagai orang istana yang banyak berjasa, malah terbukti kesetiaannya. Malangnya, Tuah tak dapat apa-apa pengampunan pun, sebaliknya dihukum pula bunuh dan dendam Jebat meledak, lalu beliau mengamuk.

Jebat bukan penderhaka, tetapi apa dilakukannya itu (mengamuk dan menawan istana) tidaklah pula melayakkan beliau bergelar revolusioner. Beliau cuma lelaki yang terperangkap dalam melankolia kerana keliru kenapa Tuah diperlakukan sedemikian rupa.

Percayalah, Jebat sebenarnya langsung tidak pedulikan perihal rakyat Melaka dan orang Melayu pun.

5 Responses to “Melankolia Jebat”

ayobkelubi said...

atau barangkali cerita tuah dan jebat ini hanya lah sebagai metafora untuk menyindir pihak istana (baca: orang berkuasa) agar jangan membuat keputusan yang bangang?

aku sampai sekarang tak percaya tuah atau jebat wujud.

AinNur Haris said...

bila baca pasal Hang Tuang mesti ingat muka P.Ramlee..

tu je yang lekat dlm kepala.. :)

avid said...

entah kenapa, berapa banyak orang istana yang jebat bunuh pun, sultan mahmud masih antagonis dalam cerekarama ni.

Amyz! said...

*senyum senget*

Jebat tak peduli pun jika sultan menindas org lain. Dia mengamuk sebab saudaranya yang banyak berjasa pada sultan, dihukum bunuh.

Kalau hukuman tu ringan je, tak de la Jebat nak mengamuk macam tu sekali.

Hekhekhek.

syafiqah said...

ye hekayat tuah jebat adalah sindiran terhadap pihak raja dan pentadbiran-pentadbirannya merangkap kerajaan.

yang kelakarnya ramai di antara kita yang akui jebat adalah wira sebenar tetapi bila di'apply'kan ke alam realiti, tiba-tiba kita jadi bodoh dan keliru sedangkan wira yang sebenar kita lihat dan caci maki.


ambil contoh, trilogi beversi Bersih.

Powered by Blogger.