tulis cerita tentang tivi berjenama LG bersaiz 49 inci - Eliana
1. LG bukanlah bermaksud Lu Gila, tetapi singkatan kepada Life's Good sebagai motto utama yang memacu syarikat ini untuk mencipta satu kehidupan yang lebih baik dan hepi.
2. Menurut laman web LG Group, ia bermula seawal tahun 1947 oleh jejaka Korea, Koo In Hwoi yang menubuhkan syarikat Lak Hui Chemical Industrial Corp (sekarang dikenali sebagai LG Chem) dengan memfokuskan operasinya dalam industri pembuatan kimia (plastik).
3. Selepas 11 tahun beroperasi, In Hwoi masih berasa tidak hensem dengan apa yang diusahakannya. Justeru dia mengambil keputusan untuk meluaskan lagi perniagaan pembuatan plastiknya pada 1958 dengan menubuhkan syarikat Goldstar Co Ltd. (sekarang dikenali sebagai LG Electronics Inc)
4. Setahun selepas itu, Goldstar mengeluarkan radio pertama Korea - menandakan bermulanya era industri elektronik di Korea, jauh lebih lama sebelum drama Korea menyerang Malaya.
5. Ketika era lewat 50-an dan pertengahan 60-an, berlaku revolusi budaya China di Korea akibat pengaruh Mao Tse-Tung. Lagu-lagu klasik Barat seperti Beethoven dan Brahms diharamkan dan lagu-lagu dari republik China dimainkan. Ya, tak ada kena mengena dengan jenama LG pun. Hahaha!
7. Chung-hee apa lagi, dia pun naik berang dan bengang serta bertindak mengharamkan lagu-lagu Jung-hyun sehingga beliau (Chung-hee) akhirnya mati dibunuh pada Oktober 1979.
8. Kata keramat Papa Rock Korea Selatan: "(Dictators) try to seal people's lips. Our dictator at that time imposed silence on influential popular stars, taking an oppressive measure on our culture".
9. Melihat kepada konsistensi perjuangan muzik Jung-hyun, ia sebenarnya jauh mengatasi perjuangan 'rambut' papa-papa rock Malaysia pada era lewat 80-an dulu.
10. Aiseh. Jauh terbabas dah. Oklah. Berbalik kepada tivi berjenama LG. Kawan-kawan, sebenarnya tiada tivi LG yang berukuran 49 inci. Cuma ada saiz 42", 47" dan 50". Jadi keputusan sekarang, Kelambu-1 Pembaca Blog-0.
Selesai juga permintaan:
7 Responses to “Cerita Tentang Tivi dari Negara Asia”
dari sejarag LG kepada penyanyi rock korea...hihihi...
cheh...tanak bagi. cakap la tanak bagi
yay!yay!thank you..thank you..terharu ni.hikhik:p.aler..takde 49",42" pon bole jek kalo nak bagi.kalo LG takde,Samsung pon ok,kalo takde gak,bagi je la model tv beli kat toy city sana:p (beria-ria betul dia neh)
apa kena mengena penyanyi rock papa dengan TV LG?
ahahhahah. macam sipottt :p :p
wah.. sungguh informatif. haha. :-p
hawau!
Post a Comment