Kau dan Ramadan

Monday, July 23, 2012 · Posted in , ,

Ramadan datang dan kita raikannya dengan keinsafan, dan keinsafan itu biasanya pula kita manifestasikannya dengan kesedihan dan kesengsaraan. Seolah-olah Ramadan itu bulan air mata buat umat Melayu (sepatutnya bukan Ramadan saja, Syawal pun kita bersedih-sedih juga).

Walaupun kau sebenarnya meluat, tapi kau nikmati juga iklan dan drama Melayu yang penuh cerita sedih-duka-nestapa. Sampai satu tahap kau tiba-tiba gelak sampai sakit perut pada babak yang kau sepatutnya bersedih, dan kau keliru apakah manusia itu apabila terlalu lama menikmati sengsara, dia akan cenderung dihinggap penyakit gila.

Atau kau sebenarnya rindukan Ramadan yang gembira. Ah, bukankah aku sudah kata, menulis sengsara itu lebih mudah daripada menulis bahagia.

4 Responses to “Kau dan Ramadan”

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

apa macam tahun ni puasa dengan bini
sudah lancar manifesto kampung sapa mau raya tahu ni ?

Lanzo said...

puasa bagus saja. belum ada apa2 manifesto. tengah gubal di parlimen

Jarul said...

nak gubal di parlimen tunggu berapa lama plak..?

Zaza Khadri said...

followed your twitter and blog :)

Powered by Blogger.