Amerika yang real

Saturday, July 07, 2012 · Posted in , ,

”Facebook sounds like a pain in the ass to me.” - The Old Man
Sekarang, Pawn Stars di saluran History 555 jadi rancangan tivi kegemaran aku dan aku tak kisah pun ulang tengok cerita tu banyak kali.

Di Malaysia rancangan realiti nyanyian dan memasak menduduki carta pertama dan kedua paling laku. Sebaliknya, di Amerika Syarikat, Pawn Stars adalah rancangan realiti kedua paling ramai ditonton penduduk Amerika selepas Jersey Shore yang bercerita pasal kisah hidup lapan manusia yang duduk serumah (sebenarnya, aku pun tak tau format cerita ni).

Apa yang dapat disimpulkan, rakyat Malaysia sangat suka bernyanyi-nyanyi dan makan, manakala rakyat AS pula suka bersosial dan berniaga serta nasionalis juga (berdasarkan minat mereka terhadap apa saja barang 'made in USA').

Ah, tidak susah pun mahu tahu tahap pemikiran sesuatu bangsa, lihat saja jenis rancangan realiti yang diminati mereka.

Ok, berbalik kepada Pawn Stars (aku sebut Paun Stars sebab ramai kawan aku keliru antara Pawn dan Porn), format rancangan ini bukanlah berbentuk pertandingan yang memerlukan mana-mana peserta disingkirkan sambil diiringi air mata.

Ia cuma cerita pasal tiga anak-beranak, termasuk seorang rakan baik kepada si anak (namanya Chumlee), menguruskan sebuah premis perniagaan yang menjalankan urusniaga memajak, membeli dan menjual barang kemas, antik dan barangan pengumpul (collector's item).

Hampir 95 peratus cerita Pawn Stars ini berkisar tentang tawar-menawar dan cerita di sebalik barang yang mahu dijual pelanggan kepada mereka berempat, sambil diselit beberapa konflik antara bapa-anak-cucu-kawan cucu. Menariknya, ada ketikanya, bapa bersekutu dengan datuk untuk berkonflik dengan cucu dan sebaliknya, termasuk perangai bodoh alang si Chumlee yang cukup menghiburkan.

Cerita ini mendedahkan sikap gentleman dan real kapitalis orang Amerika dalam berniaga. Tentang, jika kau seorang peniaga, kau perlu ada ilmu mengenai perniagaan kau. Yang penting, kau perlu jujur dan jika kau kurang arif pasal satu-satu perkara, kau tak ada masalah pun panggil dan minta pendapat pihak ketiga agar pelanggan kau puas hati.

Dalam Pawn Stars, setiap jual beli ada akad yang membabitkan persetujuan antara peniaga-pelanggan selepas pelanggan diberikan penerangan tentang nilai barang mereka. Yang penting masing-masing puas hati.

Uniknya, kalau kau tengok cerita ni, kau akan dengar banyak kali Rick si bapa cakap, kau boleh dapat harga yang kau nak kalau kau jual sendiri di Internet atau jualan lelong. Tapi, kalau mau jual sini, inilah harga yang aku tawar sebab aku kena buat untung, pamer dalam kedai dan ambil masa untuk jual.

Di sini, Rick ajarkan aku prinsip meniaga orang Amerika, setiap urusniaga mesti nampak jelas dan dalam situasi menang-menang.

Sekarang kau patut faham kenapa orang Putih menguasai dunia bisnes hari ini. Ia bukanlah semata-mata sistem kapitalis ciptaan mereka yang berorientasikan untung semata-mata. Sebaliknya kapitalis di Barat datang bersama sikap gentleman dan jujur mereka.

Lihat Pawn Stars dan bandingkan cara mereka dan orang kita berniaga. Dan kau akan sedar tentang mengapa orang Amerika menguasai dunia.

7 Responses to “Amerika yang real”

Ellie Best said...

cite ni memang best.storage wars pun layan jugak:)

avid said...

Memang dokumentari yang aku wajib tengok bila balik rumah. Aku suka bila Old Man mula bukak hujah 'Back in my day....'

Lagi satu, Rick's Restoration dan American Pickers pun boleh tahan jugak.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

barat terap nilai islam ..malaysia perap nilai islam

Cornstar said...

@avid : sama la woi. aku pawn stars, american pickers, rick restoration memang wajib tonton dah sekarang.

Nik Zulkhairi said...

paling seronok tgk bila org yg datang jual brg dibagitau yg barang tu palsu. muka sekor2 cuak semacam.

Jarul said...

lama aku tak tgk PS nih...memori rumah puaka time sahur..

Anonymous said...

Akak berharap ramai org Islam yg faham apa yg dituliskan disini. Sebaliknya ramai org Islam yg hanya pandai mengutuk dan menyalahkan org putih akan kekurangan dlm mereka sendiri. alangkan berharganya masa dan usaha2 kita bila kita memilih utk belajar dari contoh yg baik.

Powered by Blogger.