KEPENTINGAN
Kita dilahirkan penuh kepentingan. Kepentingan kepada agama, keluarga, tanah air dan bangsa. Itu adalah sesuci kepentingan yang patut diperjuangkan.
Kadangkala demi kepentingan manusia lain kita terpaksa menggadaikan kepentingan diri. Abah dipaksa menjadi pendiam yang sakit merelakan kepentingan manusia lain. Dan kerana resam manusia lalu, aku disumbati hidup penuh protokol dan terlalu menyanjung kepentingan manusia lainnya.
Ya, sekarang aku tersilap kerana terlalu memikirkan kepentingan diri. Barangkali semua itu berlaku kerana manusia seperti aku masih tidak mempunyai kepentingan. Dan apabila aku sudah mempunyai kepentingan barangkali ada pula manusia yang mahu menguji kepentingan aku. Aku patut sabar!
Abah selalu memberitahu jangan jadi manusia yang berkuasa. Berkuasa bermakna mempunyai kepentingan. Kepentingan selalu membuatkan kita menggadaikan kebenaran dan kejujuran.
Seperti matinya Abu Hanifah di lantai penjara, Adi Fimiyyun dipanah mati dan Mashitah yang diratah api. Mereka mati kerana terlalu memikirkan kepentingan manusia lain.
Ya, aku tidak setabah mereka...
Maaf... Maaf kepada sesiapa yang terlibat dalam kepentingan diri aku... Aku sepatutnya lebih memikirkan tentang kalian...
Kelambu: Kejujuran kadangkala menakutkan....
Powered by Blogger.
One Response to “kepentingan”
salam... boleh tak cerita sikit about adi fimiyyun ni? sbb saya selalu dengar nama dia tapi x tahu kisah dia. siapakah dia sbnrnya? tq
Post a Comment