GATHERING GENG JURNAL 2004
Lokasi=>Dewan Sri Pulasan, Kolej Ke-6, UPM
Tarikh=>Ahad, 26/ 12/ 2004, 2.00p.m
Aku: Sape nak ikut aku pegi Gathering Geju? Ada makan-makan, ada awek-awek, dapat souvenir dan dapat tangkap gambar?
Reramai: NAKKKKKKK.....
Aku: Sorang 40 ringgit tau!
Reramai: Err..., balik kampungla... Tengah sengkek ni... Sorry ekk...
Ramai tak nak ikut. Jadi aku hanya berdua bersama cik Lara ke Gathering Geju di UPM. Aku minta Jarul hantarkan aku memandangkan Jarul memiliki pekerti yang baik lagi berhemah tinggi serta kacak..! Terima kaseh Jarul...:)
Ini adalah penyertaan pertama aku dalam gathering besaran-besaran anjuran GEJU.
Bertolak pukul 2 petang dari Shah Alam. Sebelum tu ambil cik Lara. Merahnya tudung makcik! Hehe...
Sampai di UPM pukul 2.48 petang dan mendaftar dengan cik Amyz. Dapat tag bertulis nama Kel@mbu dan beg berisi buku-buku percuma ihsan Karangkraf, pelekat kereta GEJU, kalender GEJU 2005, dan buku aturcara beserta nombor bertuah . Aku bertuah kerana mendapat nombor tahun baru iaitu 2005 tapi tidak bertuah untuk mendapat hadian cabutan bertuahnya. Ya, aku dapat cabutan malang!
MC hari tu Tipah dan Attokz. Wah... voguenya cik Tipah!
Disapa brader OP dan dibawa ke meja 15. Alamak, tak kenal sapa pun... Sembang-sembang dengan brader Unag dan OP. Kemudian baru perasan Purbe dan Uncle EP. Turut ditegur cik Khairusy. Baru saja jumpa diorang masa Gathering Utara beberapa bulan lepas. Seperti biasa cik Lara telah disakati berulang kali oleh uncle EP dan Purbe sehingga mukanya bertukar merah seakan warna tudungnya. Aku hanya mampu tersenyum sambil menghabiskan beriani berlaukkan ayam dan sirap bandung. Nyam! Nyam! Nyam!
Baru dapat berjumpa secara nyata dengan feminisme blogger yang juga merangkap geng meja paling havoc hari tu iaitu Eisya, Lin, Mar, Yanti, Cik XX (tak ingat, sori..), Wira. Sebelah meja je...
Meja belah kanan yang aku kenal ialah saudara Fajar, Sultan Muzaffar dan beberapa blogger lain... Diorang memang cukup friendly...!! Aku kaget seketika!!
Berikut adalah blogger yang aku jumpa:
ND (aku nak suara macam dia!), Yaabna (tak sempat nak tegur kau, masa nak balik aku cari kau tak jumpa!! Orang kata kau hensem!), Zhouls, Tok Rimau (kata-kata Tok tak ubah seperti yang tertulis di dalam blognya), Din_Lebah (aku pun tak reti jalan KL! Jangan takut!), Yadziz, Basri (lupa bawa GT2. Kalau tak, bulih minta sign!), Pak Di (aku rasa kerdil bila di sampingnya), Ayares (Haha.., jumpo pun ko), Langsat, Kak Seri Adriani..
Banyak lagi blogger yang aku jumpa. Maaf, aku terlupa untuk mengingati nama-nama korang untuk ditulis di sini. Ada yang mengenali aku tapi aku tak mengenali mereka. Maaf, aku tak sangka aku glamer..! Ceh!!
Seperti biasa ada acara penyampaian anugerah untuk blogger-blogger dalam kategori-kategori tertentu diselang seli dengan tayangan klip video oleh Tok Rimau, nyanyian ND, Zhouls dan 2 bloggernita, suai kenal para blogger dan cabutan bertuah oleh Tipah dan Attokz.
Majlis ditutup dengan sesi pergambaran bertubi-tubi dan berlagaan pipi sesama sendiri. Aku turut membantu menyusun kembali kerusi-kerusi secara berganti-ganti dengan blogger-blogger lain.
Jarul datang menjemput aku dan Lara. Sebelum tu aku sempat berbual dengan Sultan Muzaffar, pemenang weblog terbaik hari tu. Rasa segan menerpa. Macam berjumpa seorang artis popular! Aku keliru sama ada mahu memanggilnya Tuanku atau tidak. Akhirnya aku memilih untuk memanggilnya Cik Sultan Muzaffar! Dia gelakkan aku bercik-cik dengan dia... Hahaha... Sultan Muzaffar memang blogger analitikal yang low-profile. Mesra orangnya.
Selepas bersalam dengan para blogger dan mengucapkan salam bahagia kami pun pulang dengan hati yang girang dan memori yang indah lagi sukar dilupakan. Aku suka GEJU!! Cik Lara lagi suka sebab dia dapat hadiah cabutan bertuah! Dia tak perlu melara lagi kot!:)
Kelambu: Rugi Mampoih Kalau Tak Join!!
Post a Comment