hati2, amuk, bola, trust, pc baru & nama

Wednesday, December 15, 2004

HATI-HATI

Berhati-hati menulis. Bertanggungjawab dengan tulisan anda. Kita sememang diberi kebebasan seperti bebasnya beburung kelicap disangkar emas dan dipagari bulan dan bintang... Jangan racuni kebebasan itu kerana burung itu akan dibunuh sama ada disembelih, dipatahkan leher, digantung, dikembiri atau pun diracuni dengan sianida dan asid hidroklorik cair...

Malaysia negara yang aman makmur. Ada Putrajaya, ada awek-awek cantik, harga rokok dan minyak yang berpatutan, ada lebuh raya dan pasukan bola sepak sendiri. Pelajarnya diberi PTPTN yang banyak dan mereka menghabiskan duit itu untuk membeli handphone, pakaian, clubbing, tukar half-cut kereta dan belanja kawan-kawan... KAMI SUKA MALAYSIA..! PERCAYALAHHHH.....!!!



AMUK

Lokasi=> Jalan Tebing, Seksyen 8, rumah sewa
Masa=> Khamis, 09/12/2004

Lalbi@Black mengamuk! Dia sinting lengan baju. Dia ikat tuala Good Morning kat mulut macam penyamun. Dia pegang penyapu. Dia pegang pinggan mangkuk dan periuk-periuk. Peluh bercucuran di dada baju, celah ketiak, belikat belakang, dahi dan tapak tangannya.

Aku tak tahu sama ada itu adalah kesan kemalangan yang dialaminya sebulan setengah yang lalu. Kami seisi rumah semua terkejut! Kami dipaksa untuk mempercayainya. Dia mengemas rumah secara besar-besaran!

Dia bunuh anai-anai di bawah sofa, celah dinding, tepi pintu, dalam kotak dan bawah lantai kayu. Dia buang kasut-kasut yang tak terpakai, dia basuh pinggan mangkuk yang berkulat dan dia ubah lokasi sofa, tv, rak kasut dan meja. Dia buat segala-galanya seorang diri sambil dibantu oleh Ayie dan Salleh secara kecil-kecilan. Aku turut membantu iaitu membantu mengutip stokin-stokinku yang berjumlah lima pasang ke semuanya. Selain itu aku hanya mampu menengok sahaja. Aku KEJAM..!!

Hasilnya, tiada lagi anai-anai dan tapak pelupusan sampah di tingkat 2 rumah kami. Lalbi tampal notis: -DILARANG MEMBUANG SAMPAH DAN MENYIDAI BAJU DI SEKITAR KAWASAN INI. KALAU ANDA TAK PAHAM JUGAK BERENTI BELAJAR KAT UNIVERSITI... BALIK KAMPUNG...!! TIMA KASEH...-

Ya, kami terasa PEDIH...!!

Tiada lagi sampah busuk dan pinggan mangkuk berkulat di dapur kami. Lalbi tampal notis: -TUAN/PUAN SEKALIAN... KALAU DAH GUNA PINGGAN MANGKUK, SUDU, GARFU, SEWAKTU DENGANNYA MINTAK LA BASUH... MASA KECIK2 DULU TAKDE ORANG AJAR KE...?!!-

Ya, kami terasa PEDIH sekali lagi..!!

Masa makan kat restoren 'GELAP', Adie@Bahdin tanya,
Adie: Wei, *tong tong duit belanja Itam (Lalbi) makan
Aku: Hah..., sebab?
Adie: Ye lah, sebab dia tolong kemas umah..
Ayie: Aku pun tolong juga...
Adie: (diam+garu kepala)
Aku: (muka simpati) Aku pun...
Adie: (diam)

*kongsi

Adie pun belanja Lalbi makan. Aku dan Ayie belanja diri sendiri. Maaf, kami memang kejam.

Kelambu: Tima kaseh Lalbi kerana kemas umah..!! Tima kaseh Adie kerana belanja Lalbi!! Kami bangga..!!


BOLA

Ayie: Duit, duit, duit... Nak beli bola. Tong tong sorang sikit...
Aku: Aku mana ada duit. Pakai duit kau dululah Ayie ekk..
Ayie: (tengok Wan) Hah, kau Wan.. Bagilah duit sikit...
Wan: Hah duit..? Kalau kena bagi duit tak naklah aku. Aku tak nak mainlah...
Aku: Kalau kitorang beli bola tu.., ko sentuh je singgit!
Ayie: Tak, kau tengok je bola tu aku cas 5 posen!!

Kelambu: Nak main tapi tak nak bayar. Nak bayar tapi tak nak main.. Mana bagus..? Hehehe...


TRUST


Lokasi=> bilik DP3, kelas Principles of Management
Masa=> Jumaat, 10/12/2004, 8.15 mlm

Aku: Each of us must have 1 princip that we hold in our life. Ayie, what your princip?
Ayie: (serius) Sabar... Be patient... You..?
Aku: (serius) Think positive...
Ayie: How about you, Jarul..?
Jarul: (serius) Trust...!!
Aku: Trust..? Trust who..?
Jarul: (serius) God!
Aku & Ayie: (insaf)
Jarul: God la bukan goat!! Bodoh!!

Kelambu: Jarul selalu membuatkan aku insaf...


PC BARU

Lokasi=> PC FAIR, PWTC, KL
Masa=> Sabtu, 11/12/2004, 3.00 ptg

Pergi PC Fair. Semuanya bebudak umah. Aku, Ayie, Adie, Syem, Lalbi, Joe, Wan Apis dan Salleh.

Kami naik komuter kat Seksyen 19 dan turun kat Bank Negara. Kemudian ambil LRT ke PWTC. Hujan turun lebat dan kami dipaksa berlari. Ayie hampir tergelincir kerana tapak Nikenya kurang memberi cengkaman. Joe gelak besar kat Ayie kerana kasut Line 7 Ultraman yang selalu diketawakan Ayie lebih banyak membantunya berlari berbanding Nike Ayie. Ayie patut belajar sesuatu dari kejadian itu.

Aku beli motherboard, RAM, dan casing. Casing aku beratnya 5 kg bersamaan dengan sekampit beras JATI. Terasa sunggguh penat mengusung kotaknya di sepanjang ruang legar PWTC yang sesak itu. Aku berganti-ganti mendokongnya dengan Adie. Tima kaseh Adie..! Kami berhenti rehat. Aku mencadangkan kat kawan-kawan untuk berehat kat luar dan membiarkan saja aku membeli motherboard bersama Lalbi.

Aku: Korang lepaklah kat luar. Aku gi beli motherboard dengan Lalbi...
Ayie: Ok..!
Lain-lain: (angguk)
Aku: Hah, angkatla casing aku ni. Takkan aku nak tanggung sambil beli motherboard...
Lain-lain: (pandang memandang=tak de volunteer!)
Aku: Oooo..., pakai PC mau... angkat casing tak mau....
Lain-lain: (pedih)

Ayie beli cd kosong, Lalbi beli RAM dan fan, Salleh beli mp3 player, Syem beli err... dia tak beli apa pun sebab dia hanya tahu angka 128 dan 256 sahaja yang bersepah-sepah di sepanjang PC Fair itu.

Patutlah casing aku berat. Ada berpuluh-puluh mouse pad disumbat didalamnya... Kalau ada berpuluh-puluh keping wang ringgit... Aku dah jadi kaya raya!

Lalbi tolong pasang PC aku yang accident bersamanya dan Ayie. Aku, Ayie dan Joe hanya tolong tengok sambil memuji-muji kehandalan Lalbi dan kekacakan PC baruku. Tima kaseh Lalbi!

Kelambu: Muahahah... PC aku dah hidup balik dah... Sayangggg PC..!:)


NAMA

Lokasi=> bilik DP2, Kelas Matematik
Masa=> Khamis, 13/12/2004, 8.00 mlm

Oleh kerana kelas Math agak bosan, seperti biasa aku menghabiskan masa dengan melukis kartun di buku notaku. Aku lukis muka Edy, Ayie, Jarul, Ain, Farhan, Adik sedang tidur, awek baju hitam dan awek hang!

Aku tulis nama Jarul kat karikatur kartun mukanya. Jarul betulkan huruf J kepada Z. ZARUL. Ya, itu nama sebenarnya.

Aku: Kau tak suka ke aku panggil kau Jarul..?
Jarul: Nama tu kan doa. Penat-penat mak ayah aku bagi nama...
Aku: Tapi nama Jarul lebih mesra...
Jarul: Tak, nanti orang ingat aku hip hap (baca hip hop)
Aku: Bila aku panggil Jarul, terasa lebih friendly. Terasa lebih dekat. Ambil contoh Bahdin. Kat depan awek-awek aku panggil Adie tapi kat depan kengkawan aku lebih suka panggil dia Bahdin. Terasa lebih mesra dan berjiwa. Aku tak panggil nama lain pun melainkan namanya..
Jarul: Aku tak marah cuma kau sepatutnya eja nama aku J-A-R-U-L-E!
Aku: Tu bukan JA-RUL tapi JA-RU-LE...

Kelambu: Tak suka Jarule...

Powered by Blogger.