Archive for September 2004

accident

Wednesday, September 29, 2004

accident

message received: Akum, ayie n itam accident. Kancil jfs teruk. Diorang xtau lg...

-Darah aku naik tanpa dikawal. Aku call Bahdin.-

Aku: Macamana boleh jd macam tu?
Bahdin: Ayie bawa laju. Nak present projek...
Aku: Accident kat mana..?
Bahdin: Simpang nak masuk Soto Seksyen 8. 3 biji kereta sekali. Tapi Ayie x salah. India tu cross masuk jalan dia tiba2..
Bahdin: Ayie ok..! Tgh duduk. Itam teruk sikit. Tengah blur2... Kaki berbalut...
Aku: Kau kat mana ni?
Bahdin: Hospital Klang. Balikla tengok diorang..
Aku: Insya-Allah, aku balik nanti. Kirim salam aku kat diorang...

Aku tak faham apa yang dimaksudkan blur2... Aku call pula Jarul

Jarul: Ayie ok cuma Lalbi (Itam) je... Dia tengah mamai2. Tak cakap dengan sapa pun. Muka lebam2 hitam siap berjahit. Mata pun berdarah. Shem tengok sampai terketar2. Linda nangis. Banyak orang turun. Awek2 pun ramai. Kecoh habis satu universiti..
Aku: Kereta macamana?
Jarul: Total lost. Mmg kena tukar enjin sebiji. Gear knob sampai patah. Mmg sapa tengok pn koman2 akan cakap koma...
Aku: Aduh.., kesiannya diorang...
Jarul: Hah lagi satu... PC kau pun accident sekali.. Motherboard out... Aku tengah try nak selamatkan ni..
Aku: Hah...? (aku pula yang mamai)

Kelambu: -....-

korek hidung

Tuesday, September 28, 2004

korek hidung


pesanan=>fakta ini adalah pemerhatian peribadi semata-mata. Tak de kena-mengena dengan sentimen perkauman atau kebangsaan...

Perasan atau tidak?
Ketika anda berhenti dilampu isyarat cuba lihat kenderaan di sebelah anda.
Jika pemandunya orang cina sudah pasti ketika itu dia sedang mengorek hidung!
Walaupun tidak semua tapi nisbahnya lebih kurang 3/5.. -sekian buat kali ini-

Kelambu: Cuba teka lepas korek apa dia buat...?

umno n era

Monday, September 27, 2004

umno n era

Tuan2 dan puan2 sekalian. Ada dua event penting dlm minggu ini iaitu:
i) Persidangan UMNO
ii) Anugerah Era

Hasil yang aku dapat pula:

i) Ada dua hasil lagi yg diperoleh:
a) Islam Hadhari - apa ekk..? cam biasa je.. (nyanyikan lagu Umno sambil tabik senget)
b) tiada jalan pulang utk pengkhianat - huhuhu... (spt kata mat jan nyanyikan lagu SO7 utk Anwar=>Berhenti Berharap)

Kelambu: Politik memang mengharukan



ii) Aku sokong undi secara sms! Yea..! Dengan ini penonton dpt kebebasan utk melakukan revolusi penukaran artis yg tak disangka2 pada bila2 masa shj. Yea..! Hasilnya ialah artis yang mustahil menang telah menang. Yea..! Jadi, kalau rasa tak puas hati dgn artis2 tu juz sms byk2 kt artis lain k. Lantaklah diorang nak cakap penonton M'sia bodoh ke, tak berfikir ke, tak tahu judge ke dan whateverlah. Ahh.., bukan diorang bayar korang punya top-up pun. Anyway, da power is in ur hand. Yea sekali lagi..!!

Kelambu: Tak delah bagi sms pun. Hee...

pakaian dalam

Thursday, September 23, 2004

pakaian dalam

Ada dua perkara lelaki bujang Malaysia cukup segan dalam dunia ni:
i. beli seluar dalam dan bayar kat kaunter yang cashiernya perempuan
ii. melintasi bahagian pakaian dalam perempuan

Lokasi=>Pacific hypermarket, Alor Star, petang yang hujan

Hari ni aku pegi Pacific lagi. Aku pun tak tau sebab apa aku suka sangat pegi Pacific berbanding market2 lain. Mungkin sebab parking senang kot. Tak pun sebab suasananya yang membuatkan aku senang dengannya.

Aku nak beli installer cd untuk Win XP sebab IE aku dah start bengong2. Nanti susah aku nak up-date aku punya blog. Asyik cik Windows suruh send error je...

Masuk je ke pintu gerbang terbentang jualan besar2an pakaian dalam wanita di bahagian ruang legar utama Pacific :-O. Aku rasa itulah pertama kalinya Pacific mengadakan jualan mega/terbuka pakaian dalam wanita sepanjang penglibatan aku mengunjungi Pacific ni. Ada macam2 colour, ada yang ropol2, renda2, bunga2, awan larat, tak de tali, banyak tali, transparency dll. Pendek kata macam2 ada. Pilih jgn tak pilih...

Mungkin masyarakat Malaysia semakin diajar untuk menerima keterbukaan dalam hal ehwal membeli pakaian dalam ni seperti mana kita sudah berani membincangkan soal seks dan kelucahan.

Kelambu: Tak pernah aku tengok ada jualan mega/ terbuka untuk pakaian dalam lelaki. Ini sudah diskriminasi! Lelaki sebenarnya rela dieksploitasi...

u-turn i-turn

Wednesday, September 22, 2004

u-turn i-turn

Balik dari Pacific aku buat u-turn kat SMK Malik. Sebenarnya selepas u-turn tu ada road-block kat depan. Aku ok jer. Ye lah semuanya good condition. Tapi...

En. Polis : Awat u-turn kat situ?
Aku: Eh, memang saya selalu dok u-turn kat situ pun
En. Polis: Kat situ mana boleh u-turn
Aku: Tak tau pula saya. Memang sebelum ni saya u-turn kat situ. Orang2 kat sini pun u-turn kat situ
En. Polis: Ada tanda boleh u-turn tak kat situ?
Aku: Tapi saya tak nampaklah pula tanda tak boleh u-turn
En Polis: Nampak tanda tu (tanda lampu isyarat kat depan & tanda kereta kat depan boleh cross)
Aku: (diam)(mana ada tanda tak leh u-turn la pakcik) Tapi cik, orang kat sini memang u-turn kat situ selepas u-turn kat depan masjid sana tu kena tutup. Takkan saya saja2 nak u-turn depan polis kalau tau tak boleh u-turn.
En Polis: (usha kereta=>sticker Kedah gomen ) kereta sapa?
Aku: Kereta mak
En Polis:Tak pa. Kali ni saya bagi can. Lain kali jangan dok ikut orang. Ikut polis.
Aku: Terima kasih banyak cik (ikut signboard la pakcik, bukan ikut polis)

(kereta belakang pun kena tahan kesalahan yang sama)

Kelambu: JKR salah ke polis salah? Dua2 betul. Yang salah=pengguna jalan raya @ anak muda bawa kereta

mari main yo-yo

Tuesday, September 21, 2004

mari main yo-yo


Yo-yo dipercayai berasal dari negara China tetapi ada sejarawan mengatakan ianya berasal dari Greece seawal tahun 500SM. Yo-yo ketika itu diperbuat dari kayu, besi atau cakera terra cotta (sejenis tanah liat). Rupa yo-yo asal dapat dilihat di Muzium Nasional Athens, Greece.

Tapi ada juga lukisan berbentuk seakan yo-yo pada kuil dinding pada zaman Mesir purba. Pada abad ke-16 pula, sejarah juga mencatatkan bahawa para pemburu Filipina menggunakan senjata seperti yo-yo dengan tali sepanjang 20 kaki yang digunakan untuk membaling haiwan liar.

Jadi tiada sejarah yang betul2 tepat sama ada ianya berasal dari Greece, China, Filipina atau pun Mesir.

Di India pula, sejarah yo-yo bermula pada 1765. Yo-yo tersebut dilukis dengan gambar seorang wanita berpakaian merah dan sedang bermain dengan yo-yonya. 25 tahun kemudian, yo-yo pun dibawa merentasi benua Asia ke Eropah dan seterusnya menjadi mainan golongan atasan atau aristokrat (Scotland, Perancis dan England).

Masyarakat British menggelarkan yo-yo sebagai bandalore iaitu permainan putera raja Wales. Masyarakat Perancis menggelarkannya sebagai incroyable atau l'emigrette. Manakala perkataan yo-yo pula berasal dari kata Tagalog yang berasal dari bahasa asli Filipina yang bermaksud 'balik semula'.

Yo-yo dibawa masuk ke US pada tahun 1866 apabila 2 lelaki dari Ohio menerima sebuah yo-yo yang digelar 'bandalore yang dimajukan'. Setahun kemudian, seorang imigran Jerman, Charles Kirchof mempaten dan mengilangkan yo-yonya. Tapi sehingga tahun 1911 tiada apa yang dicatatkan meskipun banyak paten yang dibuat berkenaan yo-yo. Tahun 1916, Pengisytihar Saintifik Amerika mengeluarkan artikel yang bertajuk 'Permainan Filipina' yang menunjukkan tentang nama dan asal yo-yo. Ini sekali gus menerangkan makna bagi yo-yo dan pengisytiharan itu mempunyai signifikan yang sangat penting ke atas apa yang berlaku di US kemudiannya.

Pada tahun 1920-an, lelaki bernama Pedro Flores telah memperkenalkan yo-yo Filipina yang pertama kepada US dan pada tahun 1928 dia membuka sebuah syarikat yo-yo yang menggunakan namanya di California.

Pada tahun 1928 atau 1929, usahawan Donald F Duncan Sr. melihat yo-yo Flores semasa dia berada di San Francisco. Dia telah melihat potensi permainan tersebut yang berjaya menarik ramai khalayak untuk menyaksikan tipu helah yang dilakukan Flores. Duncan kemudiannya memulakan kempen iklan dan demonstrasi yo-yonya di sekitar US dan Eropah Barat. Profesional Duncan Yo-Yo telah mengembara jauh menyeberang US untuk mempromosi perniagaan permainan yo-yonya. Persaingan tiba2 sengit apabila melihat potensi permainan yo-yo semakin menarik minat khalayak. Jadi, pada 1932, Duncan telah mempatenkan nama yo-yo sebagai hak miliknya.

Tetapi pada 1965, Duncan Company diisytiharkan bangkrap. Selepas itu pada setiap 6 Jun maka diistihar sebagai hari kebangsaan yo-yo bersempena hari lahir Donald F Duncan Sr. yang bertanggungjawab membawa fenomena yo-yo ke seluruh dunia.

Aku: Hang beli berapa ringgit yo-yo ni?
Najib: 24 ringgit
Aku: Gila..? Yo-yo macam ni 24 ringgit
Najib: Ni yo-yo Jepun (sambil tunjuk skill)
Aku: Alah, aku pun boleh (tunjuk skill jugak)
[yo-yo terlepas]
Najib:(kerek) Main yo-yo bukan sebarang main tau...

Kelambu: Hidup bagai yo-yo. Boleh kot?

gema patriotik & mat rempit

Saturday, September 18, 2004

gema patriotik

Hari ni aku, mama dan Najib pergi Taman Budaya nak tengok tarian Mek Mulung Utara tapi rupa2nya ditipu. Yang ada Gema Patriotik Kemerdekaan bersama Kastam Kedah dan DBP. Dah nak habis bulan baru nak buat gema sini sana. Jadi kami pun tengok sajalah. Ada bacaan puisi dari anak2 kastam dan angkatan ASASI Kedah. Pak Affrini Adham pun ada. Dia baca puisi berjudul Malaya Pasti Merdeka yang ditulisnya pada tahun 1955. 49 tahun dulu. Sekarang umur dia 72 tahun. Jadi dia tulis puisi tu masa umur dia 23 tahun. Cukup muda bagi anak muda sekarang untuk memikirkan tentang negaranya. Lagu puisi Ed Lazim (ASASI) boleh tahan! Pengarah Kastam Kedah pun nyanyi lagu puisi juga. Ala2 Broery sikit suaranya.

Kami tengok sampai habis siap nyanyi lagu patriotik lagi, Jalur Gemilang & Keranamu Malaysia.

Kelambu: merdeka 2004=bunga api+konsert=esok cuti!

mat rempit

Lokasi=> jalan depan rumah, lepas balik Gema Patriotik

Najib: Uihh, tengok tu mama. Mat rempit tu buat superman. Terror gila
Mama: Haah, terror le tu. Sekali accident nanti tak sempat nak mengucap.
Najib: Mana boleh tak sempat. Kalau dia accident diakan terbang. Masa terbang tu la dia mengucap. Sempat apa?
Aku: Haah.., jadi sapa yang nak jadi mat rempit dia kena set dalam kepala otak kalau aku accident nanti aku akan mengucap masa aku terbang.

aku & Najib gelak :-D
mama senyum :-)

Kelambu: Mat rempit bergadai nyawa adakah berbaloi..?

bisiklah pada langit, awan dan angin

Friday, September 17, 2004

bisiklah pada langit, awan dan angin

Apabila masalah membelenggu kita sering kali mengatakan bahawa kita memerlukan seseorang untuk melepaskan. Seseorang yang akan mendengar sepenuh hati. Tidak kisahlah sama ada ianya keluarga, sahabat handai, kekasih atau sesiapa sahaja yang paling dipercayai.

Tetapi dalam sedar atau tidak sedar ada sesetengah masalah diri dan peribadi tidak mampu kita ceritakan biarpun kepada manusia yang paling kita percaya. Bukan kerana kita tidak mempercayai sesiapa. Bukan kerana apa-apa sebab pun tetapi kerana sesuatu yang kita sendiri menjadi keliru dan tidak mampu kita beritahu tentangnya.

Barangkali ianya sesuatu yang paling berat dan dalam yang memaksa kita memilih untuk memendam dan membiarkannya hilang pada jantung masa atau hayat badan.

Sejarah selalu membuatkan aku percaya bahawa kemustahilan itu bila2 masa sahaja boleh menjadi sesuatu yang amat ditakut2kan pada diri sendiri. Dan kita harus redha dan terima agar kita menjadi hamba Allah yang paling redha.

Seperti kata Faisal Tehrani; menangislah dan luahkan segalanya pada langit, awan dan angin. Langit akan dengar, awan akan sedar dan angin akan bertiup membawa ia tinggi ke mana-mana.....

Kelambu: Manusia memang sering terlupa

meneman ibu

Tuesday, September 14, 2004

meneman ibu...

Kalaulah tiada kehilangan dan perpisahan di dunia ini pasti hidup manusia itu akan dihujan gembira semata. Kerana kehilangan dan perpisahanlah banyak mengajar seseorang itu agar lebih merenungi dan menghargai. Ada juga yang akan saling menyalahi sedangkan mereka seakurnya tahu dunia itu sendiri wujudnya adalah natijahnya akan dibinasakan dan dipisahkan dari hidup manusia itu sendiri.

Dan aku selalu diajar tentang pengalaman-pengalaman itu. Kehilangan insan-insan yang disayangi kadang-kadang membuat jiwa aku kosong. Dua minggu yang sangat mengejutkan. Mak Ngah dan Uwan yang dijemput Ilahi.

Aku hanya mampu geletar menahan tangis di rantauan. Kadangkala rasa diri sedikit bongkak mementingkan diri dengan sekumit tugasan. Aku tahu kiranya aku pulang aku akan terus diserabut fikiran dan jiwa.

Di Shah Alam aku cuba menahan. Selalunya aku selalu beranggapan gelak tawa kawan akan menghilangkan cerita2 luka diri dan pergi jauh. Tapi tiba2 aku tidak mampu. Hati aku membentak memarahi diri. Keikhlasan dan pemberian kepada rakan2 menjadi sesuatu yang amat menyakitkan. Rasa itulah yang membuatkan aku memarahi diri sendiri. Dan kerana rasa itu jugalah aku memutuskan mahu sendirian melarikan diri dari bingit kawan. Maaf!

Aku mahu dekat dengan mama yang sepi dan baring di sebelahnya. Najib semakin remaja dan lasak dengan aktiviti sekolahnya. Mahfuzah semakin jarang pulang kerana sibuk di matrikulasi. Abang masih di negara orang menimba ilmu. Barangkali di negara orang dapat membuatkan dia melupakan tentang sesuatu atau dia mendapat sesuatu yang manis di sana. Aku hanya mampu mendoakan. Dan Abah mahu tidak mahu tidak boleh lagi seperti dulu2. Abah kian dibebani komitmen. Dan sengsara dan sepinya adalah mama.

Aku tahu mama selalu memikirkan tentang sesuatu. Tentang bakal kehilangan-kehilangan kami. Barangkali tentang aku juga yang selalu berbicara tentang rasa gembira di rantauan.

Melukai mama sedikit pun aku tidak mahu. Mama sudah cukup derita sejak kecilnya. Menjadi anak yatim seusia lima tahun dan dibesar dalam asuh ibu tiri. Itulah yang membuatkan mama selalu memanjakan kami. Sesuatu yang cukup mengharukan aku apabila seorang ibu lebih kerap mengutuskan mesej khabar berbanding anaknya sendiri.

Dan waktu-waktu terdekat ini biarlah aku menemani mama. Biarlah dekatnya aku pada mama akan menyembuhkan kehilangan Uwan yang selalu menjenguk kami dengan motor buruknya dan Mak Ngah yang membasuh kencing berakku saat aku kecil dahulu ketika mama selalu disibukkan dengan kerja pejabat.

Aku tak pernah salahkan sesiapa. Sesiapa pun tidak bersalah. Cuma rasa bersalah itu sahaja datang kepada aku. Dan aku patut melepaskan.....

Kelambu: Al-Fatihah untuk Uwan dan Mak Ngah

mencari tenang

Sunday, September 12, 2004

mencari tenang

Sorry.., kengkawan.. aku sebenarnya lari mencari tenang.

12.00 p.m. - aku rindukan Pudu Raya yang bising. Sudah lama aku tak memerhati manusia. Sudah lama aku tak kena paw tak pun mendengar cerita dari manusia-manusia yang lara hidupnya...

7.00 p.m. - berhenti di hentian Taiping. Baru berangkat tiba2 lalat penuh satu bas. Nak kata busuk tak de lah pula... rupa2nya nak bagitau bas akan rosak 1km selepas bergerak...

Kami ramai2 turun kat tepi jalan macam pelarian. Pakcik drebar dan pembantunya menahan bas2 lain yang kebanyakannya tak mahu berhenti dari mahu berhenti. Ye lah bukan satu kompeni.

Penumpang lain makin surut naik bas lain sehingga tinggal aku, adik matrikulasi Changloon, mamat bundle Kuala Sungai, brader Pakistan dan 2 pakcik berkeluarga...

9.00 p.m. - bas Transnasional berhenti ambil kami dan turun di Butterworth. Dari Butterworth tinggal aku, adik matrikulasi dan mamat bundle. Yang lain turun kat Sungai Petani. Pakcik drebar belanja kami makan. Pukul 12.00 a.m baru kami gerak balik Alor Star.

1.30 a.m. - sampai kat Shahab. Aku telefon mama suruh ambik. Baru aku patah balik nak ucap selamat kat mamat bundle dan adik matrikulasi diorang dah hilang. Balik umah aku tidur. Mesej masuk bertalu2 dalam peti mesej. Aku tak buka. Aku mahu tidur lena... Maaf....

Kelambu: (semasa kandas bas) mamat bundle: nak marah tak sampai hati, orang tualah katakan ....
(selepas kandas bas) mamat bundle: kesian pula aku maki2 dia tadi. Sekarang dia dah belanja aku makan...

talent time II

Saturday, September 11, 2004

talent time II

Seawal pagi aku ke Unisel, telefon dan buat appointment dengan En Juraimi untuk benarkan kami perform 4 Talent Time.

Ye lah aku dan grup siap buat special multimedia presentation untuk final show hari ni. Kesian kat As yang kena salin baju 2-3 kali. Tak kesian ke...?

En Juraimi: Saya mungkin ditamatkan kontrak oleh Unisel gara2 Battle of Band kamu tahu tak..?
Aku: Tapi encik, grup kitorang tak boleh disalahkan. Kami rasa kami dah cukup clean. Kami dah banyak habiskan masa, wang dan tenaga semata2 untuk show hari ini
En Juraimi: Ini arahan orang atas. Saya cuma ikut je. Saya ada anak bini untuk bagi makan. Kalau kamu di tempat saya, apa kamu nak buat?
Aku: Saya follow orang atas je lah..
En Juraimi: Tahu pun...
Aku: (diam+senyum kelat+salam=blahh)

Kelambu: Aku orang kecil.. Engkau orang besar...

golden nite fever PMPI

Friday, September 10, 2004

golden nite fever PMPI

Dengan Suzuki aku yang rongak di sebelah kiri enjin, aku dan Lin bergegas secepat mungkin ke Concorde Hotel seawal 3.00 ptg untuk rehearsal (tapi cancel). Jadi malam ni kitorang terus perform puisi untuk Golden Nite Fever PMPI (Persatuan Mahasiswa Pengurusan Industri).

Actually, kitorang disponsor dinner oleh fakulti pengurusan (tq untuk Ojai). Itu pun dah rasa cukup bertuah dan rasa macam artis. Ye lah artis tarian lain kena bayar half untuk dinner malan tu. Tapi kitorang bawa perut je. Eheh..

Kesian kat Joe dan Wan yang memandang dari pintu gerbang melihat makanan hotel dijamah oleh kami (lepas show diorang terus cergas makan McD). Er lak tak nampak batang hidung lepas menari yang mukanya cam jam 4.40 petang! Fariza dan Sal control ayu, makan ala2 Cinderella (nak menang princess le tu). Budak umah aku memang best+sengal. Tarian India pun bantai menari kat table. Har..har... Cayalah... Lalbi je yang control macho dengan baju ala2 M Daud Kilau dan handy camnya.

Hasil yang aku dapat untuk malam tu ialah:

- aku memang tak boleh menyanyi...
- aku tak puas hati makan sekali jer. Ingatkan ada dua tiga meal lagi. Aku tak tambahlah makan tapi rupa2nya sekali hidang jer... Aduhh..., nasib baiklah free....
- aweks Unisel sekali dress-up 4 hotel dinner memang uh-la-la. Macam kat Grammy Award... walhal sendiri dari kampung dan anak pak lebai masjid... Manalah tahukan...
- budak umah sorang pun tak dapat cabutan bertuah.
- Yea..! Yea...! Ruffedge buat show. Perempuan minat Ruffedge so kami pun minat Ruffedge....! Yea..! Yea...!

Kelambu: Makan nasi lemak kat Dharoos lagi sedap!

talent time vs battle of band

Wednesday, September 08, 2004

talent time

Aku, Ayie, Nik, Lalbi dan As join Talent Time (ala-ala sinaran=sketsa+nyanyian). Sepatutnya acara begini dapat menjemput ramai penyertaan daripada mahasiswa tapi malang 3 penyertaan grup saja. Lainnya individu. Itupun masuk sebab projek ko-kurikulum (Khidmat Masyarakat). Kalau tak haram dia orang nak masuk...!

Talent Time sepatutnya bukan menjadi acara persembahan komedi kosong dari para pelajar semata. Tetapi adalah luahan interpretasi fikiran, keintelektualan, kreativiti dan kerjasama sepasukan mahasiswa dalam menyampaikan sesuatu. Talent Time biarlah menjadi platform yang paling ringan dan bersahaja dalam menyampaikan sesuatu kehendak, teguran dan ketidakpuasan secara jenaka.

Barangkali kerana penyertaan sedikit kali ini, hasilnya grup Jaguh Jalanan menang. Tapi aku tetap berkeyakinan grup kami masih mampu menjadi juara sekiranya berbelas penyertaan sekalipun. Ada berani semua...?

Ayie dan Nik jadi tayar yang tergedik. As jadi polis yang tunggang kuda kotak (dua kali tengok macam pelanduk jer kudanya) dan Lalbi yang slambe jadi mat rempit. Aku jadi tukang cakap belakang tabir jer... Hahaha... Lepas tu Lalbi dan As duet nyanyi lagu 'Seiring dan Sejalan'. Kami bertiga menari sakan kat belakang...

Kelambu: Tahniah untuk Jaguh Jalanan

battle of da Band

Yearhhh, Unisel betul-betul jadi da Very2 Private University of Shah Alam City. Har... Har... Har... Malam Battle of da Band yang menghavockan. Yeargh... yearghhh...

Dengan ketukan dram yang menggetarkan jiwa, petikan gitar solo dan berirama, nyanyian keras dan bingit lagi rancak pastinya menjanjikan persaingan paling sengit dari 12 grup band dari Unisel (sebenarnya ada juga penyertaan luar universiti). Aku rasa macam nak banging saja tapi al-maklumlah universiti. Tapi sayang semuanya lagu Inggeris dan Indonesia. Satu grup saja bawa lagu Melayu (uppss.., mana layan lagu Melayu untuk battle2 ni...)

Paling bestnya ialah kehadiran gadis-gadis Unisel (x pernah nampak pun atau aku tak perasan) dengan midi dan mini skirt ketat yang menampakkan seluar dalam dan baju dalam. Wahhh, kenduri mata untuk lelaki Unisel....! Jadi satu malam ada dua acara = Battle of da Band + Battle of da Chicks.

Hasilnya dalam Battle of da Band ini ialah:

- Awek Unisel memang seksi macam kat New York!
- Malaysia Record = Battle of da Band yang pertama di Malaysia perempuan dan lelaki diasingkan duduk cam forum perdana... Eheh....
- Speaker box dewan Unisel pecah...!
- Pak Guard jumpa botol beer and barang2 stone!
- Replay show 4 Talent Time n Battle of da Band untuk 11hb diharamkan!
- En Juraimi (chief of Khidmat Masyarakat Club) barangkali ditamatkan kontrak kerjanya.
- Battle of da Band mungkin diharamkan selamanya di Unisel...

Kelambu: Buat Battle of da Nasyid je dah lah....

customer always right

Sunday, September 05, 2004

customer always right

Lokasi=> Restoren Soto, Seksyen 8, Shah Alam, malam (waktu perdana)

Hari ini tiba2 aku dan Ayie berdebat dengan Wan pasal isu2 kepenggunaan. Semuanya gara2 nasi goreng Thai yang nasi gorengnya lebih banyak bawang dari ayamnya. Aku dan Ayie pula dapat banyak ayam. Tu yang Wan membebel tak puas hati sampai tersembur2 bawang goreng dari mulut.

Ayie: Tak elok mengomel depan rezeki. Terima je lah. Dah rezeki kau hari ni.
Wan: Sebab orang Malaysia macam kaulah banyak masalah kepenggunaan tak selesai. Sikit2 rezeki. Kalau Orang Putih dah lama kena sita dah kedai macam ni. Customer always right!
Aku: Tu Orang Putih. Kita orang Melayu. Masa bayar nanti kau pergi cakap kat pakcik tauke. Kau pergi sound direct, tak pun kau kias2. Pakcik, saya order nasi goreng Thai tadi tapi dia bagi nasi goreng bawang.
Wan: Sebab tu Melayu jumud. Kita sebagai pengguna, kita kena guna hak kita. Sebab tu kat negara barat para peniaga tak berani nak ambil remeh temeh benda2 jual beli ni. Silap2 boleh naik court. Ni nak kena report MBSA ni.
Aku: Tapi selalunya orang yang selalu komplen ni, benda2 yang dia nak komplen tu selalu jadi kat dia. Ambik contoh Salleh. Dia selalu bengang pasal order lambat sampai. Kalau kau perasan yang lambat sampai setiap kali order ialah dia bukan orang lain...
Wan: Ah, tu pasal order lambat. Ni order tak berbaloi dengan harga.
Aku: Kalau aku jadi kau. Aku tak report. Aku makan nasi tapi tak sentuh langsung ayam.
Wan: Kalau aku macam ni... (sepah2kan ayam dan nasi atas table)
(couple kat table sebelah usya)
Ayie: Kalau aku minta ayam kat kawan!

Kelambu: Selalu minta lain dapat lain...

Powered by Blogger.