bisiklah pada langit, awan dan angin
Apabila masalah membelenggu kita sering kali mengatakan bahawa kita memerlukan seseorang untuk melepaskan. Seseorang yang akan mendengar sepenuh hati. Tidak kisahlah sama ada ianya keluarga, sahabat handai, kekasih atau sesiapa sahaja yang paling dipercayai.
Tetapi dalam sedar atau tidak sedar ada sesetengah masalah diri dan peribadi tidak mampu kita ceritakan biarpun kepada manusia yang paling kita percaya. Bukan kerana kita tidak mempercayai sesiapa. Bukan kerana apa-apa sebab pun tetapi kerana sesuatu yang kita sendiri menjadi keliru dan tidak mampu kita beritahu tentangnya.
Barangkali ianya sesuatu yang paling berat dan dalam yang memaksa kita memilih untuk memendam dan membiarkannya hilang pada jantung masa atau hayat badan.
Sejarah selalu membuatkan aku percaya bahawa kemustahilan itu bila2 masa sahaja boleh menjadi sesuatu yang amat ditakut2kan pada diri sendiri. Dan kita harus redha dan terima agar kita menjadi hamba Allah yang paling redha.
Seperti kata Faisal Tehrani; menangislah dan luahkan segalanya pada langit, awan dan angin. Langit akan dengar, awan akan sedar dan angin akan bertiup membawa ia tinggi ke mana-mana.....
Kelambu: Manusia memang sering terlupa
Powered by Blogger.
Post a Comment