mari main yo-yo

Tuesday, September 21, 2004

mari main yo-yo


Yo-yo dipercayai berasal dari negara China tetapi ada sejarawan mengatakan ianya berasal dari Greece seawal tahun 500SM. Yo-yo ketika itu diperbuat dari kayu, besi atau cakera terra cotta (sejenis tanah liat). Rupa yo-yo asal dapat dilihat di Muzium Nasional Athens, Greece.

Tapi ada juga lukisan berbentuk seakan yo-yo pada kuil dinding pada zaman Mesir purba. Pada abad ke-16 pula, sejarah juga mencatatkan bahawa para pemburu Filipina menggunakan senjata seperti yo-yo dengan tali sepanjang 20 kaki yang digunakan untuk membaling haiwan liar.

Jadi tiada sejarah yang betul2 tepat sama ada ianya berasal dari Greece, China, Filipina atau pun Mesir.

Di India pula, sejarah yo-yo bermula pada 1765. Yo-yo tersebut dilukis dengan gambar seorang wanita berpakaian merah dan sedang bermain dengan yo-yonya. 25 tahun kemudian, yo-yo pun dibawa merentasi benua Asia ke Eropah dan seterusnya menjadi mainan golongan atasan atau aristokrat (Scotland, Perancis dan England).

Masyarakat British menggelarkan yo-yo sebagai bandalore iaitu permainan putera raja Wales. Masyarakat Perancis menggelarkannya sebagai incroyable atau l'emigrette. Manakala perkataan yo-yo pula berasal dari kata Tagalog yang berasal dari bahasa asli Filipina yang bermaksud 'balik semula'.

Yo-yo dibawa masuk ke US pada tahun 1866 apabila 2 lelaki dari Ohio menerima sebuah yo-yo yang digelar 'bandalore yang dimajukan'. Setahun kemudian, seorang imigran Jerman, Charles Kirchof mempaten dan mengilangkan yo-yonya. Tapi sehingga tahun 1911 tiada apa yang dicatatkan meskipun banyak paten yang dibuat berkenaan yo-yo. Tahun 1916, Pengisytihar Saintifik Amerika mengeluarkan artikel yang bertajuk 'Permainan Filipina' yang menunjukkan tentang nama dan asal yo-yo. Ini sekali gus menerangkan makna bagi yo-yo dan pengisytiharan itu mempunyai signifikan yang sangat penting ke atas apa yang berlaku di US kemudiannya.

Pada tahun 1920-an, lelaki bernama Pedro Flores telah memperkenalkan yo-yo Filipina yang pertama kepada US dan pada tahun 1928 dia membuka sebuah syarikat yo-yo yang menggunakan namanya di California.

Pada tahun 1928 atau 1929, usahawan Donald F Duncan Sr. melihat yo-yo Flores semasa dia berada di San Francisco. Dia telah melihat potensi permainan tersebut yang berjaya menarik ramai khalayak untuk menyaksikan tipu helah yang dilakukan Flores. Duncan kemudiannya memulakan kempen iklan dan demonstrasi yo-yonya di sekitar US dan Eropah Barat. Profesional Duncan Yo-Yo telah mengembara jauh menyeberang US untuk mempromosi perniagaan permainan yo-yonya. Persaingan tiba2 sengit apabila melihat potensi permainan yo-yo semakin menarik minat khalayak. Jadi, pada 1932, Duncan telah mempatenkan nama yo-yo sebagai hak miliknya.

Tetapi pada 1965, Duncan Company diisytiharkan bangkrap. Selepas itu pada setiap 6 Jun maka diistihar sebagai hari kebangsaan yo-yo bersempena hari lahir Donald F Duncan Sr. yang bertanggungjawab membawa fenomena yo-yo ke seluruh dunia.

Aku: Hang beli berapa ringgit yo-yo ni?
Najib: 24 ringgit
Aku: Gila..? Yo-yo macam ni 24 ringgit
Najib: Ni yo-yo Jepun (sambil tunjuk skill)
Aku: Alah, aku pun boleh (tunjuk skill jugak)
[yo-yo terlepas]
Najib:(kerek) Main yo-yo bukan sebarang main tau...

Kelambu: Hidup bagai yo-yo. Boleh kot?

Powered by Blogger.