banjir i,ii,iii,iv

Wednesday, January 24, 2007 · Posted in ,

BANJIR I

Jalan utama naik air. Banjir. Universiti Kerajaan Swasta terputus hubungan. Kalau kau di kampus kau tak boleh ke pekan Batang Berjuntai. Kalau kau di pekan kau tak boleh ke kampus.

Apai cakap dia kena bermalam dalam kereta bersama pasukan JKR. Jenuh dia berpusing ke Kuala Selangor tapi jalan yang dua itu pun disekat banjir.

Baik aku balik rumah saja, ujar Apai kesal apabila mendapat informasi bahawa semua kelas Isnin lepas dibatalkan.

Malam tu universiti kami masuk TV3.


BANJIR II

Baru aku tahu bila jalan utama universiti ke pekan terputus maka kami terputus bekalan. Bukan bekalan sigar tapi bekalan makanan. Ya, keperluan hidup sudah terputus.

Di kafe cuma buka meja kecil jual nasi beriani. Kedai makan di kampung pula belum pukul 1 lauk sudah habis licin.

Kedai runcit Good Luck di PKP yang sempit sudah jadi macam kaunter bas jual tiket balik raya. Kau kena masuk menyenget. Kalau ada orang di depan, kau perlu cakap 'excuse me'. Dan orang tu juga perlu menyenget supaya kau yang sedang menyenget dapat menyenget masuk. Bekalan-bekalan mee segera, bubur segera, roti, biskut, aiskrim, gula dan seumpamanya laris macam dvd pirate. Tadi aku masuk semata-mata mahu beli aiskrim Paddle Pop. Adakah berbaloi?

Apa pun, aku rasa tauke Hindustan tu dah kaya gila dalam minggu ni.


BANJIR III

Aku tak boleh update blog. Aku patah kaki. Bukan aku kemalangan. Cuma tayar Suzuki rongak aku pancit.

Aku bawak perlahan-lahan ke kampung belakang. Aku layan saja. Rasa fiil semacam. Seperti menunggang kereta lembu. Sampai di bengkel, getah tiub di celahan rim Suzuki rongak dah terkeluar-keluar.

Tapi bengkel tutup. Waaaaaa..


BANJIR IV

Universiti Kerajaan Swasta buka bilik gerakan banjir. Edi gelak-gelak. Dia cakap entah apa-apa.

Powered by Blogger.