kronologi semester akhir

Saturday, January 06, 2007 · Posted in

KRONOLOGI SEMESTER AKHIR

Sekarang aku semester akhir. Perasaannya sama dengan perempuan yang menanti menopous. Gelisah ditinggalkan anak-anak. Gundah kerana tubuh tidak lagi produktif. Tak keruan kerana wajah kian dimamah kerepot.

Banyak yang aku fikirkan. Antaranya tempat untuk latihan industri selepas semester ini. Tentang lubang-lubang kerja untuk aku teruskan hidup selepas itu. Juga tentang cita-cita yang tiba-tiba aku rasa sudah tidak ada. Apa cita-cita aku hah?

Tentang mama dan abah yang semakin menjauh dan dimamah tua. Tentang manusia-manusia yang Tuhan takdirkan bakal bertemu aku. Datang dan pergi. Tentang wang. Tentang mahu survival di negeri orang tanpa sanak-saudara. Tentang perempuan. Tentang perkahwinan. Tentang keinginan mahu bergelandangan ke luar negara. Tentang pinjaman pelajaran yang entah bila akan terlangsai. Tentang sewa beli kereta dan perumahan. Tentang cukai pendapatan. Tentang mahu menunaikan haji dalam usia muda. Tentang mahu berbisnes tapi mahu mulakan di mana. Tentang skil-skil individu yang aku rasa serba tidak cukup.

Ahhh, semuanya terlalu menakutkan. Ya, cukup menakutkan.

Powered by Blogger.