mggu exam yg pnh debar

Monday, April 02, 2007 · Posted in

MINGGU EXAMINATION YANG PENUH DEBAR I

Aku buat borang penangguhan untuk tangguhkan yuran pengajian. Bukan apa. Duit pinjaman aku tak cukup. Mana ada aku huha sana huha sini. Nak bayar yuran asrama lagi. Duit makan lagi. Duit minyak Suzuki Rongak lagi. Duit assignment lagi. Jadi aku kena buat surat. Jumpa TNC untuk minta pelepasan yuran agar dapat menduduki sesi peperiksaan yang penuh debar.

Tapi itu bukan masalahnya kerana semua sudah aku bereskan. Masalahnya cuma surat yang sudah dicop TNC itu aku keciciran.

Ah, aku rasa sungguh tak berguna.


MINGGU EXAMINATION YANG PENUH DEBAR II

Aku nekad jumpa personal assistant TNC. Si kakak comel yang punya mata sepet dan pipi penuh mungil. Tuturnya sedikit-sedikit dibalas senyum. Sedikit-sedikit dibalas senyum.

Kakak, saya ada masalah besar. [Baris berikut adalah ayat menipu] Beg saya tertinggal dalam kelas. Dalam beg tu ada surat. Tapi beg tu saya tertinggal. Dan ada orang ambil. Jadi saya minta sangat akak fotostat satu untukkat saya. Pleaseeeeee...

Oh, ye ke.. Ok, nanti akak fotostat eh..

Ceh, sia-sia saja aku karang ayat menipu. Pendek saja dia jawab.


MINGGU EXAMINATION YANG PENUH DEBAR III

Ah, lega. Semua sudah beres. Aku sudah dapat slip masuk periksa. Hoyayy!!

Jadi aku pergi kampung dengan Ayie untuk bersarapan. Nasi lemak pagi itu tiba-tiba enaknya lain macam.

Tapi bukan enaknya nasi lemak itu yang mahu aku beritahukan. Cuma seusai kami menikmati sarapan yang penuh enak itu Suzuki Rongak aku tiba-tiba semput. Batuknya lain macam. Dan sebelum melepasi simpang jalan yang satu itu dia pengsan tak tercuit.

Alahai.. Kenapa masa ni kau merajuk sayangggg....


MINGGU EXAMINATION YANG PENUH DEBAR IV

Aku dan Ayie sorong Suzuki Rongak ke bengkel. Bengkel Abang Din.

Di bengkel tiba-tiba Ayie mendengus,
Handphone aku hilang! Aku rasa jatuh masa tolak motor kau tadi!


MINGGU EXAMINATION YANG PENUH DEBAR V

3. 4. 9.

Production Automation. Total Quality Management. Manufacturing Planning & Control Process.
.
.
Bila kau nak studi!!?


MINGGU EXAMINATION YANG PENUH DEBAR VI

Aduh, aku betul-betul perlukan painkiller minggu ini!

Powered by Blogger.