saya mau masuk teens club

Friday, April 13, 2007 · Posted in

SAYA MAU MASUK TEEN'S CLUB

Dulu. Ketika kami lepakmakanramairamai di Shah Alam sambil melihat gadis-gadis universiti yang seksi dan mungil lalu lalang, aku dan Ayie berbisik nakal mahu membuka kelab bernama Teen's Slut.

Dan Linda terdengar. "Hah kelab apa tu?"

Aku cakap, "Err.. Teens.. Err.. Hah, Teens Club! Khas untuk junior-junior. Banyak aktiviti menarik. Macam menunggang kuda. Siap ada web site. Bestttttt."

"Haah. Ada juga aktiviti lain. Macam err.. Hah, kuda menunggang Lan." Ayie menambah.

Kukikukikukikuki. Linda mengekek. Aku terbahak nakal.
.
.
.
Tapi tak lama lepas tu Linda sudah advanced. Mungkin sebab terdedah dengan sosial rakan, Internet dan media massa.

Satu hari dia tanya aku dengan mata meruncing dan senyum menyenget.

"Bila nak bukak Teens Club ni. Tak sabarlah Linda nak tunggang kudaaa.."
.
.
.
Dan tiba-tiba air liur sendiri aku rasa macam guli tersangkut di kerongkong.


PERASAAN SEORANG SENIOR

Menjawab tag Adeqq [perkara di atas dirujuk] :

Hilang. Mungkin itu antara sepicis perasaan bila mahu meninggalkan junior?

Aku dah tak boleh buat lawak ambiguiti. Aku kehilangan mereka yang akan mendengar dengan muka penuh jujur. Penuh suci. Dan rasa ingin tahu yang menguja-uja. Dan rasa ingin cuba yang penuh energetik. Dan rasa sahabat yang penuh sentimental. Aku kehilangan.

Bila terpaksa meninggalkan junior dan dunia kampus tentulah aku rasa sedih. Sebab aku tau lepas ni aku akan jadi serius. Aku terpaksa berbicara dengan nada dewasa. Nada yang berbaur kematangan. Aku kena berbicara tentang duit yang tak pernah cukup. Kerajaan yang tidak adil. Bos yang kejam dan selalu memaki hamun. Staf muda yang seksi dan melakukan gangguan seksual di pejabat. Staf tua yang selalu berumpatan. Ah, bosannya. Kan? [Atau sebenarnya aku naif dengan dunia kerjaya?]

Aku tak boleh lagi jadi seorang abang psikiatris yang baik. Berbicara tentang cinta yang luhur [how sweet!!]. Berkelakar tentang bodoh orang dan bodoh diri. Jadi pendebat yang tak terkalah. Dan pengkritik dunia yang agung. Dan pemimpin yang cukup sempurna. Aku dah tak boleh yo-o-o lagi.

Melihat junior yang 7 tahun lebih muda buatkan aku rasa cukup tua. Biar pun aku masih lagi muda 5 tahun dari Lis, 3 tahun dari Awie, Setahun dari Lalbi. 9 bulan dari Salleh.

Kita akan melihat realiti yang sama. Cuma persepsi kita yang berubah-ubah. Aku pun akan berubah.

Dan hari ni aku sebenarnya sangat bersedia. Dan teruja. Untuk diberi cabaran. Tekanan. Himpitan. Sakit. Kalau itu akan buatkan aku lebih menerima. Lebih berlapang dada. Lebih baik.

Hmm. Terima kasih pada kehidupan yang diberi Tuhan! =)

Powered by Blogger.