tribute to KBH:yang dikatakan die-hard-fan

Friday, September 05, 2008 · Posted in

TRIBUTE TO KESATRIA BAJA HITAM : YANG DIKATAKAN DIE-HARD-FAN

Dulu aku peminat setia Kesatria Baja Hitam [KBH].

Tahap fanatik aku pada hero mutasi belalang tu bukan saja setakat sanggup ponteng mengaji, tapi sampai ke tahap aku ambil permanent marker warna merah dan aku lukis mata belalang kat kepala hendel BMX aku. Ini barulah sama dengan belalang tempurrrr..

Fanatik aku bukan terhenti setakat itu saja. Setiap kali balik sekolah atau balik mengaji aku akan bawa basikal sambil lepaskan tangan dan lakukan gerakan formasi (bukan gerakan reformasi) seperti mana yang dilakukan hero tu sebelum bertukar kepada sut serba hitam. Bezanya aku tak bertukar apa-apa pun. Cuma setiap kali aku buat gerakan formasi tu aku akan rasa fiil semacam. Fiil seorang hero.

Tak cukup dengan tu. Punyalah fanatiknya aku kat hero tu sampai aku sanggup hasilkan satu karya komik agung seawal usia 9 tahun lagi. Aku lukis semula setiap episod KBH atas kertas A4. Aku lipat dua. Aku stapler di tengah muka surat. Aku bagi kawan-kawan sekelas baca.

Nanti, ada lagi tahap fanatik aku yang aku belum bagitau. Satu hari masa aku buat gerakan formasi hero tu, tiba-tiba aku hilang kawalan. Aku menjunam bersama Belalang Tempur atas jalan penuh batu kerikil. Sudahnya seluar aku koyak dan lutut berdarah banyak. Meleleh-leleh. Sakit gila.

Tapi hero punya pasal aku bangun macam tak ada apa-apa. Padahal lutut dah gigil-gigil. Air mata pun dah standby nak meleleh saja. Tahan. Tahann.

Ya, aku tau korang takkan faham fiil hero ni. Takkan faham.

=====

Info sini sana:
- Siri Masked Rider

One Response to “tribute to KBH:yang dikatakan die-hard-fan”

s a L o m a said...

adeihhhhh.saya minat KBH takde lah macam kamu.saya tahap jatuh pecahkan tv je sebab tak sabor tunggu tok habis semayang nak on tv.time pecah tu KBH versi perempuan menggigil lari nyorok bawah katil sampai mak balik.haha!!

Powered by Blogger.