Disebabkan sikap Abin yang kerap lupa selain butir sebutan yang selalu tak sinkronais dengan buah fikir, petang tu aku cakap lepas,
Cita-Cita Abang Jan yang Setinggi Gunung
Masa aku masuk SMK Syed Omar tingkatan 4, ada satu kemusykilan aku. Kenapa orang panggil abang Jan, PM?
Inilah Sebenarnya Bahagia yang Selalu Kau dan Aku Cari
Tadi aku jumpa orang gila main kayu. Ini bukan gila main-main. Betul-betul punya gila. Tanpa menghiraukan dan mencederakan orang sekeliling, orang gila tu beraksi seperti Harry Potter yang sedang menunggang penyapu terbang dengan wajah penuh bercahaya.
Pengalaman Penuh Tipu Daya Ketika Kali Pertama ke KFC
Sekitar 1992-95, restoran KFC baru dibuka di Alor Setar dekat Stadium Darulaman. Aku rasa itu satu-satunya KFC yang ada drive-thru di Malaysia sebab masa kawan aku dari Selangor datang Kedah sekitar pasca kejatuhan Suharto, dia terkejut sebab KFC sini ada drive thru, selalunya Mc'Donald.
Walaupun setiap kali balik sekolah aku dan kawan-kawan akan kayuh basikal melintas depan KFC tu, tapi kami tak pernahnya singgah. Tak berani dan segan. KFC tu dah macam restoran 5 bintang dan tempat makan orang kaya-kaya. Siapa yang makan KFC masa tu siap boleh buat topik bersembang dalam kelas. Makan ayam KFC dah macam santapan dari syurga.
"Jom aku belanja KFC," kata Anas satu hari ketika balik sekolah.
Anas anak orang kaya dalam kelas kami. Ayah dia bisnesman buka kedai printing. Kekayaan Anas dapat dilihat pada basikal Haro Master. Bapa aku beli RM700, kata Anas sambil tiup jambul sendiri di tengah matahari rembang. Masa tu aku pakai basikal mini modified saja. Tapi tak adalah sampai ikat kepala RXZ di handle macam budak kelas mana entah. Tak senonoh betul.
Anas buka pintu kaca KFC dan aku ikut belakang sambil pandang kiri kanan. Dada memang berdebar-debar macam masuk dewan peperiksaan nak jawab paper Kimia. Orang boleh dibilang dengan jari. Semua muka pelanggan macam individu berpangkat Datuk dan Tan Sri. Aku cemas tapi masih terkawal.
Anas hampiri kaunter, kakak KFC bertopi biru tersenyum memandang dua budak baru baligh di hadapannya. Anas pandang menu. Aku pun ikut pandang juga. Mata aku masa tu cuma nampak ayam saja.
"Err.. hang nak makan apa?" Anas tanya dan aku pun tunjuk set ayam dalam menu bergambar. Tanpa berfikir secara dua marhalah, Anas pun membuat pesanan dengan penuh yakin.
"Miss, give me two dinner plate. Large and original ya."
.
.
Perghh.. Memang tempat orang kaya. Nak order pun kena cakap Inggeris, getus aku dalam hati sambil menyanjung tinggi aksi 'kaya' Anas masa tu. Ya, masa tu.
Yang Namanya Politik Bodoh
Politik yang bodoh adalah:
1. Kerajaan menuduh kita puak pembangkang kerana mengkritik kerajaan.
2. Pembangkang menganggap kita puak pembangkang kerana mengkritik kerajaan.
Sekian terima kasih.