Empat Sebab Mesti Beli Ini Transisi

Saturday, June 05, 2010 · Posted in

Ini kawan aku, Am. Dulu dia jadi bos meja sukan (paling muda di Malaysia kalau tak silap) di tempat kerja lama aku. Sekarang kami bersekutu di tempat kerja baru, tengah ibu kota.

Tapi ini bukan entri hero remaja. Cuma kalau kau jumpa surat khabar ini di mana-mana (sekitar Lembah Klang), jangan lupa beli. Kalau sudah beli, minta kawan-kawan, saudara mara dan famili beli juga. Kalau tak beli dengar kata nasib malang akan menimpa anda dalam masa dua minggu.

Apa yang special sangat?

Pertama, ini surat khabar universiti pertama di Malaysia yang masuk pasaran arus perdana. Tambah-tambah kalau kau bekas pelajar dan sedang belajar di UUM. Universiti lain pun boleh beli juga. Benda-benda ilmu kita tak boleh rasis.

Kedua, tak ada cerita ala metro atau gadis sunti jadi santapan dukun dalam ini surat khabar. Tapi cerita-cerita hip masih ada. Nanti Lisa Surihani kecil hati pula.

Ketiga, tak ada pro atau anti mana-mana. Orang Umno, MCA, MIC, Pas, PKR dan DAP boleh beli. Abang-abang Perkasa dan triple line pun boleh beli. Selepas habis berdemo bantah itu ini, boleh baca ini surat khabar di kedai mapley sana. Ada analisis politik, akademi, sukan, bisnes, resepi, perubatan, agama dan banyak pula aku kena senarai ni.

Keempat, penulis dia hensem.

9 Responses to “Empat Sebab Mesti Beli Ini Transisi”

therosputih said...

penulis dia ensem? wahhh...promote habis habisan

prof nik said...

wah. produk baru abg kelambu ek.. dah jadi tauke nampak. huhuhuhu

Hambali ® said...

Nanti try cari belah tanjong. Ada dah ka?

dumbdeaf said...

huk9 hensem tang mana tu..n yg mana satu tu? ho9

kingbinjai said...

yang keempat tu aku percaya tu

Anonymous said...

da tgk..bc blum khatam.tp kalo perkemaskn lg layout mst lg cun :)

Unknown said...

ain;
:)

niki;
tauke apanya.. wei bila mau bagi sponsor!

hambali;
ada satu semenanjung. dah bulih cari di kedai buku sana.

azue;
hensem selalu kat muka la. kalu kaki orang tak kata hensem. :P

king;
haha

anony;
layout memang ada kacau sikit. will be improved in the next edition. :)

Anonymous said...

sape penulis dia?...

Unknown said...

tuan punya blog dan kawan2 la.. :)

Powered by Blogger.