Rebiu Lagenda Budak Setan (Habis) dan Aku Harap Ada Pengarah Adaptasi Novel Selangor vs Kedah (Joe Lerry) Sempena Semangat Piala Dunia

Wednesday, June 23, 2010 · Posted in

1. Sebenarnya, aku malas nak rebiu Lagenda Budak Setan (LBS). Pertama, sebab aku tak ingat apa-apa pun pasal novel tu. Kedua, secara peribadi, cerita tu tak best bagi aku. Dalam erti kata lain, ia produk gagal dan langsung tidak dapat diletakkan seiring dengan fenomena dicetuskan Ahadiat menerusi novel berhantunya itu.

2. Untuk mengangkat sesebuah karya bertulis kepada bentuk wayang gambar, penting bagi seseorang pengarah menghadam isi naskhah tersebut. Tanggungjawab ini sama berat terbeban kepada penulis lakon layar.

3. Ini penting supaya pengarah dapat menentukan sama ada adaptasi naskhah itu akan diterjemahkan berlandaskan 'terilham daripada..' ataupun sekadar salinan seratus peratus setiap plot dalam karya tersebut.

4. Penting juga bagi pengarah mengenal pasti momen-momen penting dalam novel dan semua ini patut diangkat dan divisualkan sebaik mungkin. Kegagalan melakukannya hanya akan mengecewakan pengikut dan peminat novel itu, tambahan lagi kalau ia naskhah besar dan memiliki kelompok pembaca ramai.

5. Momen-momen itu mungkin dalam bentuk lagu, suasana, perkataan atau apa saja yang digambarkan si penulis novel. Pengarah tidak perlu terperangkap dengan memaksa diri menyalin setiap perjalanan novel. Logiknya, mustahil novel beratus-ratus halaman dapat disumbatkan menjadi bentuk filem yang berdurasi sekitar dua jam.

6. Contohnya filem Laskar Pelangi (LP), situasi Ikal dan rakan sekelas dikenakan Mahar ketika beraksi Red Indian, aksi dramatik Lintang menjawab kuiz dan detik menyedihkan semasa Lintang gagal meneruskan pengajian adalah momen-momen penting yang begitu meninggalkan kesan mendalam kepada pembacanya. Naskhah LP menerusi kerja tangan Riri Riza berjaya diterjemahkan dengan begitu mengesankan.

7. Tapi LBS gagal melakukan semua itu. Menurut Jarul, yang menjadikan LBS sebagai novel terakhir pernah dibacanya, ada banyak momen penting dibiarkan begitu saja oleh Sharad Sharan.

8. Antaranya babak Kasyah jatuh cinta dengan Ayu menerusi namanya yang unik. Ke'setan'an Kasyah di kampus. Detik sedih Ayu pulih ingatan ketika sakit melahirkan anak dan rasa meluat melampau pembaca kepada Katerina.

9. Itu saja. Secara peribadi, LBS cuma cerita cinta biasa-biasa saja. Sebenarnya aku lebih suka novel komedi, Joget Cinta Pertama (Mat Romeo) difilemkan. Kalau mahu versi serius, aku pilih Cinta Hari-Hari Rusuhan (Faisal Tehrani).

10. Sempena Piala Dunia, aku harap ada pengarah sudi adaptasikan novel Selangor vs Kedah karya Joe Lerry. Satu-satunya novel pasal demam bola era semi pro pernah wujud di Malaysia.

"Walaupun Nor Radhi Mat Din lebih sukakan merah kuning, tetapi dia tidak kisah kalau disuruh memakai baju hijau kuning. Begitu juga dengan Siti Azman Adnan.."

4 Responses to “Rebiu Lagenda Budak Setan (Habis) dan Aku Harap Ada Pengarah Adaptasi Novel Selangor vs Kedah (Joe Lerry) Sempena Semangat Piala Dunia”

Raja Sawit said...

sharad bukan remaja zaman awal 90an, xde kesempatan utk mendalami 'hantu' Ahadiat Akashah.

Anonymous said...

setuju ngan kelambu. mmg mengecewakan pun sebenarnya. bg aku yg dh khatam byk gak novel ahadiat..'umph' dan unik cerita LBS hilang..

bila menonton trailer,'keghairahan' mahu menonton filem itu tinggi dengan high expectation of its full story..but then..argh! sedih la..myb ramai kata bru kali pertama ada lah kekurangan..so, I'll wait for next movie la..

tp bukan nak compare: mengapa harry potter n laskar pelangi mampu beri keasyikan yg sama mcm novel..? xcukup kreatif kah si pengolah? aish! T.T"

prof nik said...

aku x tgk lagi. tp bile korg cakap mcm ni. rasa teringin lak nk tgk. btl2 x best ke? yg aku tau novel ni dia dah wujud time 1985 x silap. mesti pengemar2 novel ni dah umur 40 an. mane nak cari ek novel ni? mph xde pun. huhuu. 1 lagi. terima kasih kat kelambu coz datang umah aku ari tu. nko kelihatan beritu chubbi @ gendut. hahahaha

Anonymous said...

prof nik: buka fb lagenda budak setan..sekarang tgh promo jualan semula buku2 kasyah ;)

btw, xsemua penggemar2 novel tu umur 40 an..:)

Powered by Blogger.