Corat coret Tahun Baru 2011

Friday, December 31, 2010 · Posted in , ,

Sikit jam lagi tahun baru. Aku sekarang di kampung dan aku bukan bercuti, tapi dihantar bertugas di utara sini. Lama aku tak update blog. Terpaksa aku melangut lama berfikir apa benda aku nak tulis. Ini serba ringkas sebelum habis tahun ini.

Banyak sungguh orang mengeluh pasal cepatnya masa berlalu. Padahal masa itu relatif dan semua orang ada 24 jam sehari untuk diisi dengan segala macam aktiviti. Dan aktiviti itulah yang menentukan relatif masa kau.

Ambil contoh Mamat dan Muin menaiki tren sama dan menghala ke satu destinasi sama juga. Dalam tren itu, Mamat cuma tidur dan sedar-sedar dia sudah sampai. "Eh, cepatnya masa berlalu.." kata Mamat sambil menggosok mata.

Lain pula dengan Muin. Macam-macam dia buat. Berjalan merentasi gerabak. Mengeteh di kafeteria. Tangkap gambar awek dan pemandangan serta bermain Facebook. "Eh, dah sampai. Cepatnya masa berlalu.." kata Muin apabila sampai di stesen.

Jadi, dua kes di atas menunjukkan takrif masa yang relatif. Mahu tahu lanjut kau kena studi dari buku Albert Einstein, lelaki Yahudi dari Jerman.

Sebenarnya aku nak tulis pasal kontroversi isu Syiah. Tapi, tak jadi sebab semua pakat demam Malaysia menang Piala AFF Suzuki itu hari. Dari Perlis sampai ke Sabah, masing-masing syok sakan bercerita pasal pasukan kebangsaan kita. Aku ramal tahun depan, mungkin akan berlaku trend orang ramai turun ke stadium tengok bola. Mungkin permainan meyakinkan skuad negara sepanjang kejohanan AFF lalu membangkitkan semula kenangan generasi era Super Mokh dan Semi-Pro. Zaman ketika Malaysia mengecap kemasyhuran bola sepaknya.

Secara rambang, peminat bola yang true dan faham dengan tahap bola sepak tempatan, menang atau kalah bukanlah satu isu pun. Yang penting kau melawan dan main bola betul-betul sebab kerja kau main bola. Senang saja.

Banyak buku tahun ini aku tak habis baca. Aku tak tahu sama ada gejala buruk itu berkadar arus dengan usia yang kian meningkat. Tahun ini, aku harap aku dapat baca banyak buku sains, agama dan falsafah untuk pencerahan. Ini termasuk cerita pasal isu-isu dunia.

Aku harap hidup dan kerja aku sukses. Aku harap aku jadi orang baik-baik. Aku harap aku dapat menggembirakan semua orang. Aku harap wang ringgit dan persekitaran tidak menguburkan akal dan isme yang aku pegang. Aku harap aku dijauhkan sikap hasad dan kikir. Aku harap aku dapat terus berlucu-lucu di blog ini. Aku harap dapat terus berharap.

Selamat tahun baru semua!!

10 Responses to “Corat coret Tahun Baru 2011”

therosputih said...

selamat tahun baru kelambu...

aku juga harap apa yang harap bukanlah setakat harap2 sahaja, tetapi harap yang bakal menjadi kenyataan...aminnn...

Unknown said...

happy new year encik kelambu..semoga azam 2011 berjaya dicapai ye.. :)

..::jane doe::.. said...

SELAMAT TAHUN BARU =) harap semua harapan kau tercapai~

iKhRam said...

selamat tahun baru..

semoga byk buku yg bakala dihbis bacakan tahun ni k?

prof nik said...

kelambu..... selamat tahun baru. meh aku main gosok2kan dagu nko. hahaa

rinz raime said...

aku pun harap apa yg kau harap2kan itu menjadi kenyataan.. hahah, tulis la entry pasal syiah, aku cetek ilmu la tang tuh.. tak paham sgt..

Amyz! said...

selamat tahun baru. ;-)

Unknown said...

ros; aminnn...

ila; happy new year!!

jane doe; untuk kau juga. selamat bertahun baru!!

ikhram;
harap-harap macam tu la..

niki;
nak kena lempang!!

rinz;
pasal syiah nanti ada mood aku tulis. heh..

amyz;
selamat tahun baru!!

FazMelati said...

Happy New Year Kelambu =))

Unknown said...

melati;
happy new year!!

Powered by Blogger.